Friday, March 12, 2010

Guardians 4

Posted by Snow_Queen at 10:56 PM

  Selama beberapa hari Yul tidak menegur angelica. Selama itu hidup angelica aman. Tiada siapa yang membuli dirinya. Yul betul-betul berpegang pada janjinya. Tetapi dia berasa sedikit bersalah kerana aish malas nak sebut perkataan tu. Walau apa pun dia akan minta maaf kepada yul kalau berkesempatan. Matanya semakin lama semakin berat dan akhirnya dia terlena sendiri.
  Jerry berjalan malas ke kelas adiknya. Sampai di muka pintu kelas dia memanggil hana yang sedang membuat latihan.
“malam ni ajak budak vampire tu teman kau. Abang tak bertugas malam ni.” kata jerry.
“kenapa abang tak bertugas? Tak sihatkah?” hana meletakkan tangannya di atas dahi jerry. Terasa dahi abangnya panas sedikit.
“pergi la berehat dan jangan lupa makan ubat. Nanti hana masakkan bubur nasi. Ha lagi..”
“kau ni membebel macam mak nenek la. Taulah abang buat semua benda tu.” Jerry melangkah pergi. Hana mencekak pinggang tidak puas hati. Dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Sebentar lagi sesi pelajar kelas malam akan bermula. Dia tak payah susah-susah hendak mengawal gate dorm kerana pelajar-pelajar sesi pagi akan di kawal oleh angelica. Dia percaya angelica seorang boleh kawal keadaan.
  Angelica bangun apabila terasa angin petang menyapa mukanya. Dia memegang dahinya. Entah kenapa dia terasa pening yang teramat. Telefon bimbit di ambil dan number hana di dail.
“hello angel panjang umur kau..” hana menyapa angelica.
“umur aku memang panjang..” angelica tersenyum.
“yelah-yelah. Eh malam ni kita bertugas berdua. Abang aku tak sihat.” Hana memberitahu. Aduh baru aku nak skip jaga sekolah malam ni. erm takkan aku nak biar dia sorang-sorang desis hati angelica.
“ha yelah. Aku nak bagitau aku mungkin lambat sikit. Kau tak kisah kan?”
“okay. Jumpa kau malam ni” hana memutuskan panggilan.
   Setelah membersihkan diri, angelica duduk di hadapan cermin. Mukanya pucat sedikit. Dia memakai lip bum untuk menutup bibirnya yang kering. Kepalanya makin berat minta untuk berehat tetapi di gagahkan diri untuk berjalan. Dia melilit mafla di lehernya. Sewaktu berjalan keluar dari dorm bahunya di rempuh oleh seseorang dan dia terjatuh. Vivian hanya tersengih. Yul yang kebetulan melihat angelica terjatuh berasa hairan kerana angelica tidak melawan seperti kebiasaannya.
Angelica bangun dengan berpaut pada tiang di sebelahnya. Dia berjalan keluar untuk menjalankan tugasnya. Dilihat pelajar sesi pagi sudah berhimpun di depan gate dorm.
“okay semua sila beratur. Jangan tolak-tolak ya” angelica tersenyum.
Pelajar sesi pagi enggan menerima arahan angelica. Angelica mengetap giginya menahan rasa sakit.
“semua tolong bagi kerjasama. Semalam senpai-senpai semua bagi tahu mereka suka pelajar sesi pagi yang beratur dalam keadaan kemas.” Terpaksa la dia ubah stategi. Pelajar sesi pagi yang mendengar kata-kata angelica terus beratur seperti kebiasaannya. Tapi barisan kali ni lagi cantik, tersusun dan kemas. Dia senyum menang. Pelajar sesi malam sudah keluar. Ada di kalangan mereka mengambil hadiah daripada peminat mereka. setelah pelajar sesi pagi bersurai angelica bersandar di tiang gate. Dia memegang dahinya yang makin panas.
“ermm awak” suara seorang lelaki menegur. Angelica memandang pelajar sesi pagi itu.
“ada apa yang boleh saya bantu?” angelica senyum
“saya nak bagi hadiah. Tanda ucapan terima kasih awak tolong saya hari tu.” Norman menghulurkan bungkusan berwarna violet. Angelica mengucapkan terima kasih sebelum lelaki itu beredar. Bila masa aku tolong budak tu? Ah biarlah desis hati angelica. Angelica memang begitu. Dia memang tak suka ingat benda remeh-temeh. Buat semak kepala katanya.
  Hana mengerling jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam tapi bayang angelica masih tidak kelihatan. Dia setia menunggu di pondok berhampiran taman.
“minta maaf saya lambat sikit.” Angelica menyapa.
“tak apa. Mari kita pergi.” Hana mengajak.
Mereka berjalan di kawasan sekolah. satu persatu tempat di pantau bagi memastikan tiada pelajar sesi pagi merayau selain ancaman-amcaman yang merbahaya kepada pelajar-pelajar sekolah St. Agnes.
“nah..” angelica menyuakan bungkusan coklat kepada hana.
“apa ni?”
“ada pelajar sesi pagi bagi tadi. Saya tak minat” angelica memandang ke arah tepi. Dia berasa iris matanya sudah bertukar warna. Hana membuka bungkusan dan mengunyah coklat yang diberi angelica tadi.
“hana..saya rasa nak duduk sekejap. Awak pergi pantau kat depan tu sorang-sorang tak pe kan?” angelica sudah duduk di bangku berhampiran sambil pejam mata.
“awak ok? Kenapa muka awak pucat sangat ni?” hana tanya risau.
“saya rasa pening. Nanti baiklah. Awak pergi dulu. Saya menyusul kemudian”
Hana meningalkan angelica sendirian walaupun hatinya tak ingin berbuat demikian.
Selepas hana pergi angelica membuka mata. Iris matanya bertukar warna merah darah yang pekat. Dia melukakan jarinya sendiri sebelum menghisap darah dari jarinya. Seluruh pelajar sesi malam terbau darah. Mereka bertukar menjadi sedikit aggressive kerana bau darah yang istimewa itu. Yul bangun dan mengarahkan mereka bertenang dan tidak bertindak sebarangan. Dia cam bau darah tu. Sekelip mata yul sudah berdiri di hadapan angelica.
“kalau tahu tak sihat kenapa tak berehat di dorm saja?” yul duduk sebelah angelica. Dia memegang tangan angelica dan memulihkan kesan luka di jari angelica.
“tak apa. jangan sentuh aku. Nanti hana salah faham.” Angelica menolak tangan yul.
“kau cemburu?” yul mengusik angelica.
“buang masa aku nak cemburu. Tinggalkan aku sendirian.” Angelica menolak bahu yul supaya beredar dari situ.
Yul mencempung tubuh angelica. Angelica tergamam dengan tindakan yul itu. Kebetulan hana sampai di tempat angelica berehat. Dia melihat yul mendukung angelica. Hatinya terselit rasa cemburu. Dia memaniskan muka dan menghampiri yul.
“hana kalau malam ni awak bertugas sorang-sorang tak apa kan? Saya nak bawak budak degil ni balik dorm berehat.” Yul bertanya
“sapa budak degil?” angelica menjegilkan mata. Hana tersenyum.
“tak apa. Angel, awak pergi balik berehat. Kalau tak saya marah nanti” hana buat-buat muka garang.
Dalam sekelip mata yul dan angelica hilang dari pandangan. Hana terasa dadanya sesak. Inikah yang di namakan cemburu?
   Yul membaringkan angelica di atas katil. Dia duduk di sebelah angelica dan menyandarkan belakangnya di kepala katil. Dia bermain dengan rambut angelica.
“aku dah ok. Kau pergi la” angelica menghalau.
“kalau aku tak nak macam mana?” yul menguji.
“aku tendang kau keluar tingkap”
Yul ketawa geli hati. Budak ni sakit-sakit pun ada hati nak berlawan. Angelica memukul tangan yul yang asyik main rambutnya. Yul buat tak tahu dan terus bermain rambut angelica.
“dia cemburu..” angelica berkata setelah sekian lama berdiam diri.
“sapa? Hana?”
“a’ha.. dia sukakan kau..”
“kau..kau tak sukakan aku?” yul merenung sepasang mata yang nak-tak-nak buka.
Angelica hanya diam. Dia hanya biarkan soalan itu tidak berjawab.
“walau macam mana pun dia suka aku. Kami dari dua dunia berbeza.” Yul senyum
“kau boleh ubah dia jadi macam kita..?” angelica bertanya menguji.
“aku takkan ubah dia jadi macam kita. Takkan pernah” yul berkata tegas. Angelica senyum pahit. Kepalanya semakin sakit. Dia mengaduh perlahan. Yul meletakkan telapak tangannya di dahi angelica. Angelica berasa sakit kepalanya sedikit demi sedikit hilang. Yul memandang wajah angelica. Dia tahu gadis itu telah banyak menderita demi dirinya. Dia tidak boleh selalu mendekati gadis itu khuatir rahsia yang mereka simpan akan terbongkar. Dan dia tidak mahu membebankan gadis itu lagi. Yul bangun dan langkahnya terhenti. Tangannya di pegang oleh angelica.
“aku nak minta maaf pasal kejadian kat padang hari tu.” Perlahan angelica berkata. Yul senyum sebelum melepaskan pegangan angelica dan berlalu pergi..

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review