Friday, March 12, 2010

Guardians 3

Posted by Snow_Queen at 10:54 PM
Hana tersedar dari lenanya. Dia cepat-cepat angkat kepala dari bahu Yul. Mukanya sudah merah padam. Dia melihat jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.

“minta maaf.. tak sangka saya tidur lama pula. Mesti bahu awak kebas kan?”

“tak apa. Mesti awak penat sangat. Pergilah balik asrama sambung tidur.” Kata yul sambil melihat hana lompat turun dari dahan pokok.

“hana..lap air liur basi awak dulu ya..” Yul menegur.

Hana memegang kedua belah pipinya. Eh kering je desis hatinya. Dia terdengar bunyi ketawa halus. Dia pusing ke belakang dan menunjukkan penumbuknya kepada Yul dan beredar pergi. Yul hanya senyum melihat telatah hana.
xxxxx
    angelica duduk bersila di atas sebuah batu besar di tepi padang. Dia melihat pelajar tahun 5 membuat aktiviti senaman bagi kelas pendidikan fizikal. Ada yang bersenam secara berkumpulan dan ada secara individu. Dia? malas nak turut serta lagi pun dia tiada kawan untuk buat aktiviti bersama. Baiklah dia baca novel yang di pinjam daripada Hana.

Angelica merasakan ada sesuatu yang bersandar di belakang badannya. Dia hanya membiarkan sahaja.

“apa yang kau lihat tadi buat-buat tak nampak sahaja.” Yul meletakkan kaki kanannya ke atas kaki kiri.

“ aku tahulah. Yang kau bersandar kat belakang badan aku ni apa hal? Berat la.” Angelica menyungut.

“saja nak buli kau. Kau kan mainan aku.” Yul senyum dingin.

“ha ha ha..” angelica gelak sebiji-sebiji.

“pergi la join dorang. Jangan ganggu aku. Dorang dah tengok kita semacam ni. nanti teruk aku kena buli.” Angelica mengerutkan keningnya.

“hei..nak bertaruh dengan aku?” yul membuka tawaran.

“apa dia?” angelica tanya minat-tak-minat

“kalau kau dapat kalahkan aku dalam permainan bola keranjang kau tak payah buat semua kerja rumah di dorm tu. Aku akan buat. Kau hanya perlu jaringkan 5 gol sahaja. Berminat?” Yul bangun berdiri di hadapan angelica.

“betul?” angelica sudah memakan umpan yul. Yul angguk kepala. Yul menghulurkan tangannya kepada angelica. Angelica bangun tanpa sambut huluran tangan yul.

Seluruh padang sudah dikosongkan. Semua pelajar tahun 5 berkumpul di tepi padang. Jaring bola keranjang di apungkan di udara. Angelica mengikat rambutnya.

“jangan main tipu. Main secara adil” angelica memberi amaran.

Pengadil melambungkan bola di udara. Serentak yul dan angelica melompat untuk mencapai bola. Angelica mengaduh kesakitan apabila yul menolak dahinya. Ooo nak main kotor ye desis hati angelica. Yul sudah menjaringkan 1 gol. Pelajar tahun 5 bersorak untuk yul.

Pusingan kedua..
  Yul berlari sambil mengapungkan bola di udara. Angelica mengalihkan batu mengahalang jalan yul dan yul tersungkur apabila tersepak batu. Angelica merampas bola dan membuat jaring secara balingan jauh.

Pusingan 3..
   Angelica baru hendak berlari sebelum menyedari kakinya tidak boleh bergerak. Dia melihat akar-akar kayu membelit kakinya. Dia senyum sinis. Yul berdiri di hadapan angelica sambil gelak jahat. Yul hairan apabila tangannya tidak boleh mengambil bola di tangan angelica yang tersenyum sinis dari tadi seolah-olah bola itu melekat kuat di tangan angelica.
“hoi.. kau buat apa tu? Orang dah jaring gol kau main-main dengan patung tu buat apa?” yul berpaling ke arah jaring dan melihat angelica sedang bermain dengan bola di atas bahunya. Yul berpaling semula ke hadapan. Bila jarinya menyentuh bola di tangan angelica palsu serta-merta bola dan angelica palsu menjadi pasir. yul bertepuk tangan kerana angelica berjaya memperdayakan dirinya.

Pusingan 3
  Yul melarikan bola daripada jangkauan angelica. Angelica mengeluarkan jurus angin. Yul mengelak tetapi bola tercampak. Angelica segera mengutip bola. Baru sahaja dia nak buat lompatan yul menarik bahunya. Angelica jatuh dan yul menjaringkan bola 3 kali. Angelica menyepak kaki yul kerana geram.

Pusingan 5
  Yul mengeluarkan jurus api. Dia menyerang angelica yang membawa lari bola. Semua penonton bersorak

untuk yul. Uih mampus aku macam ni dah la main kasar desis hati angelica. Nah rasakan nak main sangat

dengan aku desis hati yul. Yul muncul secara tiba-tiba di hadapannya membuatkan langkah angelica terhenti

tiba-tiba. Dia terkejut dengan kahadiran yul yang secara tiba-tiba itu. Angelica memegang bola dengan sekuat

hatinya. Yul juga menarik bola dari tangan angelica sekuat hatinya.

 “mengalah jelah. Dengan hanya 1 jaringan lagi aku akan menang.” Yul senyum sinis.

“selagi aku hidup jangan harap la” angelica senyum manis kerana tiba-tiba otaknya yang bergeliga itu

mendapat 1 idea kotor. Angelica menarik bola, yul tarik balik. Angelica mendekatkan mukanya dengan muka

yul dan mengucup pipi lelaki itu. Yul yang terkejut melepaskan pegangan bola. Angelica lari dan buat 4

jaringan. Dia tersenyum kemenangan. Yul memegang bibirnya dan dia masih kaku di situ. Seluruh pelajar

tahun 5 memekik marah. Angelica buat tak peduli. Dia berdiri di hadapan yul.

“kau kalah. Tunaikan janji kau.” Kata angelica berlalu sebelum balik ke dorm dengan senang hati…
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review