Friday, March 12, 2010

Guardians 2

Posted by Snow_Queen at 10:51 PM

   Hana menguap panjang di dalam kelas. Dalam beberapa harini dia betul-betul berasa penat. Mana nak kejar study lagi, nak buat pantauan malam-malam.. itu pun nasib baiklah jadual bertugasnya sudah berubah. Ada hari-hari yang dia boleh berehat pada waktu malam kerana angelica akan mengambil alih tugasnya. Dia bersyukur dengan kehadiran gadis itu.
Yuna  melihat temannya. Dia berasa simpati melihat Hana yang sentiasa kepenatan tetapi masih bertenaga untuk buat semua kerja. Kadang-kadang dia tidak faham perangai temannya itu tetapi apa yang dia hanya mampu buat hanyalah memberi sokongan sahaja. Harini pun sudah beberapa kali Hana tertidur dalam kelas sehingga di marahi guru.
xxxx
   sudah semingggu aku berada di sini. Aku masih cuba membiasakan diri dengan tempat baru ni. kawan? Nampaknya tiada yang menyukai kehadiran aku di sini jadi lebih baik aku menyendiri. Lagi senang tak payah nak jaga hati sesiapa dan aku bebas melakukan apa sahaja. Angelica berguling ke kanan dan ke kiri di atas katil. Dilihat jam di dinding menunjukkan pukul 4.30 petang. Masih ada sejam setengah sebelum kelas hendak bermula. Dia bangun dan mengemaskan katilnya sebelum keluar. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dia tersepak bungkusan plastic. Dia pandang bawah dan melihat beberapa plastic sampah elok je bersusun depan pintu biliknya. Dia menarik rambutnya yang panjang itu. Argghhh!! Tensionnya. Itulah yang dia cakap tadi tiada siapa yang sukakan kehadirannya kerana hari-hari dia di buli. Itu tak termasuk kena masak untuk makhluk-makhluk tu semua, basuhkan baju dorang, cuci dorm dan sebagainya. Dan yang paling dia geram Yul pun tumpang sekaki. Memberontak kang padan muka!!. biar dia kerjakan setiap vampire dalam dorm ni seko-seko. Nak tak nak dia mengangkat semua plastic sampah dan membuangnya di tempat pembuangan sampah. Selepas selesai mandi dia turun ke ruang tamu. Dilihat semua “rakan sekelasnya” termasuk Yul berkumpul di situ. Dia buat tak peduli kehadiran mereka.
“hoi budak sini kejap” shiki memanggil.
Angelica? Buat dunno dan terus jalan ke arah dapur.
Shiki menggetap giginya. Dia melihat angelica keluar dari dapur membawa sepiring sandwich dan segelas jus darah. Angelica duduk dan menikmati sarapannya. Baru dia ingin menyisip minumannya, jus di dalam gelas sudah beku. Dia memandang shiki. Shiki hanya tersengih. Dia meletakkan sebelah tangannya di bawah dagu dan sebelah lagi tangannya di atas meja. Jari jemarinya bersedia seolah-olah hendak bermain piano. Dia melagukan rentak di atas meja dengan jarinya yang runcing dan serentak dengan itu bunyi orgel kedengaran. Dia tersenyum sinis. Pantang baginya ada orang menganggu sewaktu dia sedang makan. Lain waktu tak pe. Semua vampire di dalam dorm menjerit kesakitan. Dia menghentikan permainannya apabila Yul memandangnya tajam dan dia meneruskan suapan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
xxxx
   pintu pagar dorm pelajar kelas petang akan di buka sebentar lagi. Ramai pelajar kelas pagi sudah beratur untuk menyapa idola-idola mereka dan yang paling penting mereka hendak melihat pelajar kelas malam yang baru. Sudah seminggu mereka mencari-cari pelajar yang bernama angelica itu tetapi jangan katakan orang nak tengok bayang pun belum tentu dapat. 
Hana dan Jerry mengawal para pelajar kelas pagi daripada bertindak liar. Beberapa minit kemudian pagar terbuka dan pelajar kelas petang keluar. Pelajar kelas pagi menjerit-jerit kesukaan dan teriakan mereka terhenti apabila melihat pelajar terakhir yang keluar dari pagar dorm itu.
“cantiknya..” bisik mereka sesama sendiri.
“macam bidadari..”
“agaknya inilah pelajar baru tu kot. Tapi aku lagi cantik hehehe”
“aku dah jatuh cinta..” bisik para pelajar lelaki pula..
Sewaktu angelica sedang berfikir-fikir tiba-tiba seorang pelajar lelaki jatuh tepat di hadapannya. Dia menghulurkan tangan kepada budak itu sambil tersenyum manis. Budak lelaki itu tergamam sebentar dengan kecantikan angelica. Jantungnya berdegup laju.
“awak ok Norman?” kata angelica sambil menarik tangan pelajar lelaki tersebut.
“macam..macam mana awak tahu nama saya?” muka Norman sudah merah
“tu..” kata angelica sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah uniform pelajar tersebut.
“lain kali hati-hati. Saya pergi dulu..” angelica senyum manis
“terima kasih..” Norman menjerit ke arah angelica yang sudah jauh di hadapan.
Para pelajar kelas malam yang lain hanya mencebik dan memandang angelica dengan pandangan meluat.
  Angelica membaca buku sementara menanti guru subjek sejarah masuk. Dia cuba untuk focus kerana kelas tahun 5 itu bising seperti berada di festival. Bacaannya terhenti apabila valarie menarik buku sejarahnya itu. Dia bangun dan memandang valarie. Seluruh pelajar tahun lima itu diam menanti seolah-olah ada drama menarik yang akan berlaku.
“tengok ada orang berlagak bagus dengan baca buku.” Valarie menjerit.
Dia kemudian mengapungkan buku itu di udara. Angelica membebel dalam hati sebelum melompat mendapatkan kembali buku sejarah itu.
“aku nak buat apa suka hati aku la. Ada aku kacau kau?” kata angelica sambil memegang bukunya.
“wow budak baru nak tunjuk belang dia la..tak sedar diri. Kau tahu tak kedudukan kau di sekolah ni?” valarie masih lagi mahu membakar hati angelica.
“whatever.. sekurang-kurangnya aku tak payah nak kena repeat exam banyak kali macam kau..” angelica sudah malas nak melayan budak kurang cerdik macam valarie. Seluruh kelas ketawa suka apabila mendengar kenyataan angelica.
“kau…” valarie sudah gengam penumbuk.
“ada apa-apa yang menarik yang kamu semua nak kongsi dengan saya?” Madam Sophie memandang garang ke arah para pelajarnya sambil memeluk tubuhnya. Mereka semua kembali ke tempat masing-masing. Madam sophie ni adalah seorang yang tidak boleh dijangka. Kalau anginnya dah datang habislah mereka semua. 
Seluruh kelas menumpukan perhatian kepada ajaran madam sophie.
“baiklah. Ada sesiapa yang boleh tunjukkan kepada saya susunan kerabat diraja pada abad ke 98?” madam sophie menyoal sambil memandang ke arah para pelajarnya. Dia menjadi kurang sabar apabila semua pelajar tahun lima itu hanya tundukkan kepala sahaja.
“awak semua buat apa masa saya mengajar? Benda ni saya baru ajar beberapa hari lepas.” iris madam sophie sudah bertukar warna. Madam sophie menjadi sedikit tenang apabila mendengar bunyi marker pen berlaga dengan whiteboard. Dia tidak memandang whiteboard sehingga jawapan kepada soalannya selesai di tulis. 2 minit kemudian dia memandang whiteboard dan melihat satu demi satu jawapan yang tertulis. Dia senyum.
“bagus sekali angelica. Tiada yang salah mahupun tertinggal. Awak semua harus belajar lebih rajin macam angelica.” Madam sophie memuji angelica dan beliau meneruskan pengajarannya. Angelica merasakan bahang-bahang tak puas hati tapi dia buat dunno je sampailah loceng bagi mata pelajaran pertama berbunyi. Dia segera keluar dari kelas untuk memulakan pantauan di kawasan sekolah.
   Jerry berjalan sambil memerhatikan suasana sekeliling. Dia berhenti sebentar duduk di bawah sepohon pokok di taman. Adiknya tidak kelihatan pada hari itu. Dia mengeluarkan novel dan mula membaca. Angelica berjalan sambil mengunyah blood chip cookies. Dia memang menggemari makanan ringan. Dia berhenti apabila nampak Jerry sedang membaca. Dia menghampiri.
“hai..boleh saya duduk?” angelica menyapa.
Jerry hanya memandang angelica dengan pandangan tersirat. Dia menyambung kembali bacaannya tanpa mempedulikan angelica. Angelica duduk di sebelah Jerry. Dia menggerakkan mulutnya ke kanan dan ke kiri berulang kali apabila Jerry tidak memperdulikan kehadirannya.
“awak suka membaca? Jarang jumpa lelaki suka baca buku” angelica mula bercakap apabila tiada tanda Jerry akan memulakan perbualan.
“ermmm” hanya itu balasan Jerry.
“awak nak cookies?” angelica menyuakan bungkusan blood chip cookies kepada Jerry.
Jerry memandang Angelica kemudian memandang ke arah bungkusan cookies tersebut.
“ awak ni mesti suka tanya soalan kurang cerdik kan? Blood chip cookies? Awak nak bagi saya makan benda tu? Jangan buat lawak” Jerry menutup bukunya dan berlalu pergi.
Ha tulah kau suka buat lawak kurang cerdik . Angelica mengetuk kepalanya.
  Hana tersengguk-sengguk apabila duduk di atas pokok di kawasan belakang sekolah. sumpah dia mengantuk yang amat harini. Dia dah tak berdaya untuk berjalan apatah lagi menyeret kakinya balik asrama. Apabila dia hampir-hampir nak jatuh terdapat sepasang tangan memegang bahunya dari belakang. Dia menoleh. Yul tersenyum manis sebelum duduk sebelah Hana yang mengantuk.
“mengantuk? Kenapa tak balik tidur? Kan ada orang lain yang jaga harini?” Yul menyoal.
“tak apa. Lagi pun harini memang shift saya. Esok baru free.” Hana memandang ke bawah kerana malu untuk berlawan pandang dengan Yul.
Yul menarik kepala Hana supaya baring di atas bahunya. Hana tersentak dengan tindakan Yul itu.
“tidurlah sebentar. Biar saya jadi bantal awak sekejap.” Yul mengusap rambut Hana. Hana menutup mata dan menikmati saat-saat bersendirian dengan Yul.
   Angelica yang kebetulan lalu di kawasan belakang sekolah berhenti tepat di bawah pokok di mana Hana dan Yul duduk. Yul memandang dingin ke arah angelica. Angelica memasukkan sekeping biskut blood chip cookies ke dalam mulutnya sambil mendongak ke arah Yul sebelum berlalu pergi….

4 under spell:

atashi79 said...

writer, the story is quite interesting but too short.

apple_pie said...

starting dia ala2 vampire knight..anime gitu..sy anime maniac+giler nover.spesis kipas susah mati.hehehe..

Snow_Queen said...

same here..lol!!

in_an said...

same here...cite ni mmg ala2 vampire night..tp dah x continue dah tgk cite 2 sbb kesian kat kaname...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review