Monday, March 22, 2010

Guardians 15

Posted by Snow_Queen at 11:00 AM

  Yul terkesima apabila mengetahui cerita sebenar. Tidak di sangka Angelica sanggup mengorbankan dirinya semata-mata untuk menyelamatkan dia. rasa bersalah bertambah terhadap Angelica sebaik sahaja habis membaca surat yang di tulis oleh gadis itu.
“benarkan saya berjuang bersama Angel..” Yul merayu. Raja Han dan Permaisuri Xeera berpandangan antara satu sama lain. pada mulanya mereka enggan membiarkan Yul pergi tetapi sebaik sahaja melihat satu lagi kelopak bunga mawar gugur mereka membenarkan Yul pergi.
  Angelica menjilat lengannya yang terluka akibat terkena pedang salah seorang pengikut Queen Bad Forest. Habis semua orang di dalam istana tu berjaya di bunuhnya. Yang tinggal kini selain daripada Queen Bad Forest adalah 2 orang pembantu perempuanya yang berambut emas dan silver. Dia senyum sinis. Beberapa jarum beracun di halakan kepada dirinya tetapi jarum itu berhenti apabila seinci lagi hampir kena hidung Angelica. Jarum itu berpusing kembali ke arah perempuan berambut silver dan emas itu. mereka mengelak ke tepi. Angelica ambil kesempatan memberi jurus bebola api ke arah Queen Bad Forest tetapi beliau berjaya mengelak. Semua lembing di belakang Angelica naik ke udara seolah-olah ada orang yang mengendalikan senjata tersebut. Sebaik sahaja Angelica mendepakan tangannya ke hadapan semua lembing berkenaan menyerang 2 pembantu Queen Bad Forest dan Queen itu sendiri. Angelica melompat ke udara dan memijak dari satu lembing ke satu lembing yang lain menuju ke arah Queen berkenaan. Percikan api terhasil daripada lagaan 2 bilah pedang. Angelica tunduk dan melibas kakinya ke arah Queen. Queen melompat tinggi dan cuba membenamkan pedang ke tengkuk Angelica. Si rambut silver menolong Queen. Angelica terdorong ke belakang apabila dia menahan tendangan si rambut silver. Dia menjuruskan tendangan angin ke arah si rambut silver dan si rambut silver melambung tinggi ke udara sebelum jatuh mencecah tanah.  Si rambut emas menghalakan pedangnya ke arah Angelica tanpa dia bergerak sedikit pun dari tempatnya. Si rambut emas mengawal pedangnya dari jauh. Si rambut silver juga tidak ketinggalan berbuat demikian. Angelica jatuh apabila karpet yang pijaknya di tarik oleh Queen. 2 pedang itu hampir terbenam di tubuhnya apabila ada satu pedang menghalang. Yul menarik Angelica untuk bangun. Angelica bagaimana pun tidak mengenali Yul hanya menganggap itu satu pertolongan secara kebetulan sahaja. Yul memberi jurus petir kepada si rambut emas. Apabila Yul mengenggam tanganya si rambut emas bertukar menjadi debu. Si rambut silver dan Queen yang melihat keadaan itu terus menjadi berhati-hati.
 “ahah hamba menentang tuan sendiri ya..” Queen menyapa Yul.
“aku takkan jadi hamba kau..aku takkan menyerah kalah dengan begitu mudah.” Yul memberi jurus angin tapi berjaya ditepis oleh Queen dengan mudah. Angelica bertarung dengan si rambut silver manakala Yul bertarung dengan Queen. Semakin lama perlawanan semakin sengit.
 Angelica pejam matanya dan seketika kemudian terdapat lagi satu Angelica muncul. si rambut silver mengambil langkah berhati-hati. Langkahnya di perkemaskan lagi. Angelica menyerang si rambut silver dengan bertubi-tubi tanpa memberikan sedikit pun peluang kepada si rambut silver untuk bertindak balas. Salah satu Angelica hilang dalam sekelip mata. Angelica dan si rambut silver bertentang mata. Angelica lagi satu muncul di belakang rambut Silver tanpa di sedarinya. Apabila si rambut silver ingin menyerang angelica lagi satu meletakkan kedua belah tangannya di pipi si rambut silver dan memulas kepala perempuan itu. bunyi tulang patah kedengaran. Angelica senyum sinis. Dia pergi membantu Yul yang sudah luka di beberapa tempat di bahagian badannya. Angelica membaling beberapa lembing ke arah Queen dan Yul menyerang bertubi-tubi. Queen yang nampak lembing berkenaan terus terbalikkan lembing di udara itu menuju ke arah Angelica kembali. Angelica menundukkan badannya ke belakang dan lembing-lembing berkenaan terbenam di dinding. Angelica bangun kembali. Bunyi pedang berlaga memeriahkan suasana malam.
 Angelica dan Yul bergabung menentang Queen. Angelica menendang kepala Queen apabila dia berjaya memboloskan diri untuk berdiri di belakang Queen. Yul mengalihkan perhatian Queen dan Angelica mengambil kesempatan itu untuk membenamkan mata pedang Stone of light ke jantung Queen berkenaan. Dia turut memecahkan hulu pedang berkenaan untuk membebaskan petir yang ada dalam batu yang ada di hulu pedang berkenaan. Queen menjerit nyaring sebelum terbaring tidak bernyawa.
 Angelica memandang Yul dengan pandangan tidak berperasaan. Dia menghampiri Queen berkenaan dan membawa keluar sebuah peti kecil yang mempunya tengkorak kambing dan beberapa jarum kecil terdapat di sekeliling peti berkenaan. Dia menusukkan jari Queen ke salah jarum satu peti tersebut serta merta semua jarum bertukar menjadi warna merah. Dia menghampiri Yul dan mengambil tangan lelaki tersebut. Di tusuk jari yul di tempat yang sama jari Queen di tusuk tadi. Yul menjerit kesakitan kerana merasakan seluruh tubuhnya seolah-olah akan berkecai. Tetapi sebetulnya roh jahat yang di tanam di dalam badan Yul yang meronta-ronta ingin keluar. Yul pengsan apabila roh jahat berkenaan keluar dari tubuhnya dan Angelica mengunci roh berkenaan di dalam kotak berkenaan. Di hadapannya kini berdiri permaisuri Xeera dan Raja Han. Dia memandang tanpa perasaan. Sebaik sahaja dia ingin melangkah pergi pandangannya menjadi gelap-gelita.
  Yul melihat Angelica yang tidak sedarkan diri di dalam balang khas di ruang bawah tanah. Angelica terapung bersama-sama cecair khas yang di masukkan devil head. Sebaik sahaja Angelica ingin beredar dari istana berkenaan selepas pertarungan itu devil head telah menusukkan jarum ke tengkuk Angelica dan dia pengsan tidak sedarkan diri. Roh yang ditangkap itu juga sudah di musnahkan. Yul merasakan badannya kembali bertenaga selepas beberapa hari tidak sedarkan diri. Dia segera mendapatkan Angelica sebaik sahaja dia mengetahui gadis itu sedang di rawat di ruang bawah tanah.
 “berapa lama lagi dia akan macam ni?” Yul bertanya.
“sampai dark chii dalam badannya dapat di kuburkan kembali. Kalau tak selagi itu Cik Puan takkan sedar..” devil head bersuara. Yul mengeluh perlahan.
xxxx
   Angelica memandang kebun bunga di depannya. Dia menghirup udara yang segar. Sebaik sahaja dia tersedar dia mendapati dia berada di dalam balang. Segera dia memecahkan balang tersebut dan melepaskan diri. Yul yang ingin melawat Angelica seperti hari-hari sebelumnya terkejut apabila mendapati balang khas tempat Angelica di rawat sudah pecah. Dia mencari Angelica di seluruh kawasan istana. Dia memandang seorang gadis yang sedang berdiri menghadap kebun bunga.
 “Angel..” Yul menegur. Angelica berpaling ke belakang.
“kau okay?” Yul bertanya. Angelica mengerutkan keningnya.
“saya kenal awak?” Angelica bertanya. Kini giliran Yul pula mengerutkan keningnya. Takkan la ada effect kat kepala budak ni kot.
“jangan la main-main Angel..” Yul merenung tajam ke arah Angelica.
“mungkin awak dah silap orang kot..” Angelica senyum manis. Yul tiba- tiba dapat idea.
“erm mungkin juga saya salah orang..tak apa lah saya nak pergi cari mak we saya..” dan Yul melangkah pergi. Angelica yang mendengarkan kata-kata lelaki itu terus memeluk Yul dari belakang. Yul tersenyum.
“jangan berani nak cari lain ek..” Angelica memberi amaran.
“tak..awak sorang pun dah susah nak jaga..nikkan pula nak tambah lagi” Dan mereka berdua tersenyum antara satu sama lain.

Mouse run away
This story is done anyway.. ^_^ ENJOY..

6 under spell:

kumako said...

da abis ke????takkan la takde special episdoe..apa2 pown mmg best cte nieh...smua cte snow buat semuanya best...

Snow_Queen said...

ahaha..nk special episod ke? nty snow pertimbngkn ek..skang nk fokus kat 4 elements vs 4 seasons ^^

dya ?anna ?anis ? said...

buat la special episode :)
best 2

shareena said...

best gle!

Haruno Hana 하나 said...

baru siap baca :)
hehe
bestla citer ni tambah2 lak kim jeong hoon heronya
xD

Jolyn Eve said...

nice story..suka cte vampire ne >_<

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review