Monday, March 22, 2010

Guardians 14

Posted by Snow_Queen at 10:59 AM
     Hana menanti kehadiran Yul dengan penuh debaran. Hari adalah harinya. Dia akan mengaku perasaanya pada Yul. debaran di dada semakin lama semakin kuat. Dia menelan air liur beberapa kali. Yul resah sepanjang di dalam kelas. Surat yang di terima daripada Hana yang meminta dia ke belakang sekolah juga meresahkan dirinya. Dia seolah-olah dapat mengagak bahawa Hana akan memberitahu isi hatinya. Dia membuat keputusan untuk berterus-terang dengan Hana pada malam itu juga. Setiap detik yang berlalu membuatkan dia semakin resah.
Angelica membuat backflip. Pedang di tangannya tidak di lepaskan. Beberapa vampires mengelilingi dirinya. Dia memandang pergerakan setiap seorang daripada mereka. serentak vampires menyerang dirinya. Dia menghunus pedang pada perut 2 daripada 5 vampires tersebut. Dia menarik nafas sebelum memeluk selah seorang daripada vampires yang tinggal. Tangannya di tusuk ke perut vampire tersebut dan tembus. Hanyir darah membuatkan dia lapar. 2 vampires yang tinggal membuat pergerakan dengan berhati-hati. Angelica memberi tendangan di kepala salah seorang vampires dan melibas pedang di tangannya ke kepala vampire yang seorang lagi. Dia menghisap darah dengan rakus. Luka di tangan tidak di pedulikan.
Permaisuri Xeera melihat sehelai kelopak bunga mawar jatuh.
“tengok..kelopak bunga ni jatuh.. Angel dalam bahaya..kita pergi selamatkan dia..” Permaisuri Xeera bangun. Raja Han segera menenangkan ratu hatinya itu. Permaisuri Xeera memandang suaminya dengan mata berkaca.
“sebelum awak cakap apa-apa tolong dengar apa yang saya nak cakap..” Yul berkata sebaik sahaja dia berjumpa dengan Hana. Hana terkesima.
“saya dan awak tak mungkin bersama..NEVER..” Yul berterus-terang rasa hatinya kepada Hana.
“tapi..”
“saya hanya cintakan Angel seorang..hanya dia..tiada siapa yang memahami saya lebih daripada dia.. lagipun dia isteri saya..” Yul rasa beban di bahunya hilang sebaik sahaja dia berterus-terang. Hana senyum kelat.
“kalau macam tu kenapa awak layan saya dengan baik..” Hana merintih perlahan.
“saya minta maaf jika layanan saya terhadap awak selama ni membuatkan awak salah faham…saya hanya anggap awak macam adik saya dan hanya melaksanakan permintaan ayah awak supaya menjaga awak baik-baik” Yul beredar selepas meluahkan apa yang patut.
“bonda di mana angel?” tanya Yul sebaik sahaja dia bergegas balik. Permaisuri Xeera hanya diam membisu.
“ayahanda?” Raja Han mengeluh kasar..
“Yul..” Raja Han berterus terang kepada Yul benda yang di rahsiakan selama ini. Dari mula hingga ke perjalanan Angelica ke Bad Forest.
Sebaik sahaja tangannya menyentuh pintu pagar istana Queen Bad Forest matanya bertukar warna. Dilihat bulan di langit mengambang penuh malam ni. dalam keadaan separuh sedar itu dia tersenyum lega kerana berjaya sampai ke destinasinya walaupun banyak rintangan melanda dan menduga kesabarannya. Dia harus menyelesaikan tugasannya. Dia memejam mata dan badannya terampung tinggi di udara. Dengan rela hati dibiarkan dark chii mengambil alih tubuhnya sedikit demi sedikit. Sebaik sahaja dark chii mengambil alih tubuhnya badannya kembali menjejak tanah. Dirinya kini di penuhi kejahatan dan instinct liar menguasai dirinya. Dia rasa bertenaga seolah-olah tidak pernah melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan. Pintu pagar di tolak kasar dan dengan pantas dia berlari masuk ke dalam istana Queen Bad Forest.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review