Monday, March 22, 2010

Guardians 13

Posted by Snow_Queen at 10:58 AM

  Angelica buka matanya perlahan-lahan. Dia melihat Permaisuri Xeera dan Raja Han memandang dirinya. Angelica bangun dan duduk. Devil head bagi minuman kepada Angelica.
“dark chii tu hanya tidur sementara sahaja. Cik Puan mesti sampai ke istana Queen of Bad Forest sebelum bulan mengambang. Apabila bulan mengambang sepenuhnya dark chii cik puan akan bangun sepenuhnya juga. Jadi cik puan harus pandai merangka strategi.” Angelica hanya angguk.
“pedang stone of light ni akan bantu cik puan untuk bunuh Queen of Dark Forest..” Devil head memberi pedang yang mana hulunya di perbuat daripada kaca dan di dalamnya terdapat awan gelap dan petir sabung meyabung. Angelica menyimpan pedang itu ke dalam sarung dan menyangkut pedang itu di belakang badannya.
   “Angel pergi dulu..” Angelica memeluk Permaisuri Xeera dan Raja Han. Dia memejamkan mata dan apabila matanya di buka dia sudah berdiri di luar kawasan hutan Bad Forest. Lolongan serigala terdengar sayup-sayup dari jauh. Dia melangkah masuk ke dalam hutan itu tanpa ragu-ragu lagi…
  “ini adalah bunga ros yang melambangkan diri cik puan. Jika bunga ni masih segar bermakna cik Puan masih hidup. Jika gugur beberapa kelopak bunga ni bermaksud cik Puan ditimpa bahaya ataupun tercedera..jika bunga ni layu bermakna cik Puan dah tak bernyawa..” devil head menyerahkan bunga mawar yang terapung di dalam balang kaca kepada permaisuri Xeera.
  Sudah beberapa hari Yul tidak nampak kelibat Angelica. Dia juga berasa rimas kerana hari-hari Hana muncul meminta itu dan ini. Ada juga dia menghubungi bondanya bertanyakan hal Angelica tetapi jawapan bondanya hanyalah..Angelica ada tugasan yang perlu dibuat jangan kacau dia buat sementara waktu.. dan apa yang mampu dibuat hanyalah menuruti permintaan bondanya. Ada juga tanpa pengetahuan bondanya dia cuba mencari Angelica tetapi gagal yang membuatkan dia bertambah hairan adalah dia langsung tak dapat merasai kehadiran Angelica di mana-mana mahupun bau Angelica seperti sebelum ini. Hatinya kuat mengatakan Angelica dalam bahaya tapi segera dia menafikan perasaan itu.
   Angelica duduk di sebatang sungai. Dia minum darah seekor burung yang baru diburunya. Kadang-kadang buah-buahan liar juga turut menjadi santapannya. Apabila tiba waktu tidurnya dia akan tidur di atas dahan pokok. Dia berkira-kira jarak untuk sampai ke istana Queen of Bad Forest. Dia bangun apabila mendengar bunyi tapak kaki. Iris matanya bertukar warna dan taringnya di keluarkan. Seekor beruang menerpa ke arah dirinya. Dia segera melompat dan menghentak tengkuk binatang itu dengan hulu pedangnya. Sekejap kemudian binatang buas itu sudah tidak bernyawa. Dia menghisap darah binatang buas itu sampai kering. Dengan itu dia tidak akan lapar untuk beberapa hari. dia melompat ke arah sebatang pokok berhampiran untuk melepaskan lelahnya. Sehari lagi telah berlalu. Dia melihat langit. Bulan sabit menampakkan dirinya. Masanya sudah tidak lama. Mahu atau pun tidak dia harus segera mencari istana Queen itu atau dark chii dirinya akan bangun sebelum dia sempat sampai ke istana berkenaan. Dia mengeluh kasar.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review