Monday, March 22, 2010

Guardians 12

Posted by Snow_Queen at 10:57 AM
      Angelica hanya memerhatikan sahaja apabila dari hari ke hari Yul semakin rapat dengan Hana. Yul pula semakin pelik dengan tingkah laku Angelica dan Hana dari hari ke hari. Angelica tidak lagi segan-silu untuk menegur dirinya sama ada di dorm ataupun kelas seolah-olah mahu semua orang tahu mereka berdua mempunyai hubungan rapat. Hana pula hari-hari datang mencari dia dengan pelbagai alasan. Perangai mereka kadang-kadang membuatkan Yul sakit kepala tapi dia buat tak tahu sahaja untuk melihat sejauh mana permainan yang ingin mereka berdua mainkan.
Hana duduk di taman bersama Yul. Yul menikmati masakan Hana. mereka bersembang dengan gembira. Tiba-tiba Yul memegang dahinya. Kepalanya di serang kesakitan yang amat.
“Yul awak ok?” Hana bertanya risau. Yul hanya menganggukkan kepala. Angelica yang muncul secara tiba-tiba menarik tangan Yul pergi dari situ. Hana merentap pegangan Angelica.
“kau nak bawa dia pergi mana?” Hana menyergah.
“kau boleh cure dia ke? Aku boleh..” angkuh sekali Angelica bersuara. Hana memandang mata Yul yang sudah menjadi hitam kesuluruhannya. Dia melepaskan pegangan. Angelica tanpa berlengah bawa Yul balik ke dalam Dorm. Dia mendudukan Yul dan memberi Yul minum penawar. Yul merentap pergelangan tangan Angelica menyebabkan gadis itu terduduk.
“apa yang terjadi dengan aku? Kau mesti tahu kan?” Yul bertanya. Angelica hanya mendiamkan diri.
Sementara itu….
Permaisuri Xeera tidak habis-habis menyalahkan dirinya terhadap apa yang terjadi pada diri Yul. dia teringat dirinya menghadapi masalah sewaktu ingin melahirkan Yul. di saat-saat genting datang Queen of Bad Forest menawarkan bantuan. Permaisuri Xeera tanpa berfikir panjang bersetuju. Setelah selamat melahirkan Yul, Queen of Bad Forest menyumpah Yul apabila umur Yul meningkat 18 tahun lelaki itu akan menjadi hamba kepada dirinya. Permaisuri Xeera pengsan apabila mendengar sumpahan itu. setelah bangun dari pengsannya dia ingatkan semua yang terjadi adalah mimpi sehinggalah waktu Yul berumur 8 tahun sewaktu Yul sedang bermain-main keseluruhan matanya bertukar menjadi warna hitam. Dia mengambil langkah berjaga-jaga semenjak dari hari itu. kini tinggal beberapa minggu lagi umur Yul akan menginjak ke 18 tahun menyebabkan mereka semua berada dalam keadaan tertekan.
xxxx
Angelica bangun dari katilnya. Sepanjang malam dia tak dapat melelapkan matanya. Tingkap biliknya dibuka. Dia memejamkan mata. Beberapa saat kemudian dia sudah berada di hadapan permaisuri Xeera.
“malam ni..Angel akan pergi..” perlahan dia berkata. Permaisuri xeera memeluk Angelica.
“maafkan bonda..”
“tak..sepanjang hayat ni Angel berterima kasih kepada bonda dan ayahanda kerana sanggup terima Angel. Dan hanya ini yang mampu Angel buat untuk membalas jasa kalian berdua..” Angelica senyum manis. Dia berlalu ke bilik Yul dan merebahkan badannya di atas katil Yul. segera perbualannya dengan devil head tergiang-giang kembali.
“ada jalan nak tolong Tuan Putera..tapi risikonya agak tinggi” devil head menjawab soalannya sewaktu dia mengetahui bala yang akan menimpa Yul.
“awak tak boleh buat apa-apa ke? Kan awak ahli sihir terhebat?” Angelica bertanya geram.
“even ahli sihir terhebat ada benda yang dia tak boleh buat..tapi cik Puan boleh tolong merungkaikan sihir tu..” devil head memandang cik puannya.
“apa yang saya boleh buat?” Angelica bertanya teruja.
“Cik Puan harus bunuh Queen of Bad Forest. Tapi..”
“tapi apa?” Angelica memotong.
“tapi kalau cik Puan nak lawan dia haruslah kejahatan lawan kejahatan..” Angelica kerut kening tanda tak faham.
“cik Puan harus biar dark chii dalam diri cik Puan menguasai diri cik Puan sepenuhnya. Dan biarkan kebaikan dalam diri cik Puan ‘tidur’ sepenuhnya. Hanya itu sahaja caranya. Tapi ia menjadi risiko kerana apabila kejahatan menguasai diri bukan mudah nak biar kebaikan bangun semula” devil head memandang Angelica yang hanya merenung lantai.
Angelica buka matanya. Jika itu harga yang harus di bayar dia akan bayar tanpa ragu-ragu. Tapi jika dirinya di kuasai dark chii dia bukan lagi menjadi Angelica sekarang..dia akan berubah menjadi orang lain.. dikerling jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang. Dia bangun membersihkan diri dan memakai pakaian yang sepatutnya. Dia turun ke bilik bawah tanah di mana Permaisuri Xeera dan Raja Han bersama devil head menunggu.
Angelica senyum manis kepada mereka semua walhal tangannya sudah terasa sejuk seperti di rendam dalam ais.
“betulkah Angel nak buat? Tak menyesal?” Raja Han bertanya sekali lagi. Angelica angguk.
“baiklah Cik Puan sila baring..” Devil head mengarah Angelica supaya baring di atas meja yang di sediakan. Angelica baring dan tarik nafas dalam-dalam. Devil Head membuka satu peti kecil yang terdapat di atas rak dan membukanya. Di bawa keluar 1 botol kecil yang mana berisi cecair berwarna hitam pekat. Angelica memanggil permaisuri xeera. Permaisuri xeera mendekati. Dia bagi surat kepada permaisuri Xeera dan meminta agar surat itu di serahkan kepada Yul. permaisuri xeera mengangguk dan cium dahi angelica.
“sebelum kita teruskan..saya akan kekalkan 2 perkara di ingatan yang perlu cik puan buat sekiranya Queen of Bad Forest berjaya di kalahkan agar cik puan tidak terlupa iaitu cara untuk menghapuskan roh kejahatan yang di tanam dalam badan tuan putera dan cara untuk bunuh Queen of Bad Forest walaupun dark chii mengawal diri cik puan. segalanya terserah kepada cik puan” devil head meletakkan tangannya di atas dahi Angelica. Kelihatan cahaya berwarna putih terpancar. Kemudian Raja Han dan Permaisuri Xeera berdiri di kiri dan kanan Angelica. Mereka mengikat Angelica dengan tali sihir yang kuat dan hujung tali itu di pegang kejap oleh Raja Han dan Permaisuri Xeera. Devil Head membuka mulut Angelica dan memasukkan cecair berwarna hitam itu. Angelica ingin memuntahkan kembali cecair berkenaan tetapi mulutnya di katup rapat oleh devil head. Sesaat kemudian Angelica diam tidak bergerak. Angelica membuka matanya secara tiba-tiba. Seluruh matanya sudah bertukar menjadi warna hitam. Devil Head pandang kedua orang tuannya.
“dark chii cik puan sudah bangun sepenuhnya.” Dia memberitahu. Angelica meronta kuat untuk melepaskan diri. Semakin kejap Permaisuri Xeera dan Raja Han memegang tali berkenaan. Angelica menjerit tidak keruan apabila devil head mula membaca jampi.
“bila aku terlepas aku akan bunuh korang semua dengan tangan aku sendiri..” Angelica mengancam. Dia sengih jahat. Permaisuri Xeera mengalirkan air matanya melihat keadaan Angelica.
“Angel..bertahan sekejap lagi..” Permaisuri Xeera merintih. Semakin kuat devil head baca jampi semakin kuat Angelica meronta ingin melepaskan diri. Devil head bagi isyarat kepada kedua orang tuannya. Raja Han pandang Permaisuri Xeera. Permaisuri Xeera mengangguk. Mereka berdua menghentak dada Angelica serentak. Angelica menjerit kuat sebelum pengsan kembali.
“yul kenapa?” Hana menyoal apabila Yul berdiri tiba-tiba. Yul bangun kerana dia mendengar suara Angelica menjerit. Mungkin perasaan aku saja desis hati Yul. dia duduk kembali di sebelah Hana. harini seharian dia tak berjumpa dengan Angelica. Bukan dia tak cuba nak cari tapi sebaik sahaja dia keluar dari kelas Hana sudah berdiri di depan kelasnya meminta agar Yul mengajarnya beberapa subjek yang dia tak faham akhirnya dia tersangkut dengan Hana di taman semata-mata untuk mengajar gadis itu walaupun hatinya meronta untuk pergi cari Angelica.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review