Monday, March 22, 2010

Guardians 11

Posted by Snow_Queen at 10:56 AM

    Pelajar kelas malam St Agnes sedikit kecoh apabila mendengar khabar Permaisuri Xeera dan Raja Han datang ke sekolah itu. Bukan selalu mereka dapat melihat Raja dan Permaisuri.
  Tuan pengetua menyambut kedatangan Raja Han dan Permaisuri Xeera dengan hati terbuka walaupun tidak mengetahui urusan mereka di sekolah itu. Yul dan Hana berada di bilik Tuan Pengetua. Hana teruja apabila pertama kali berjumpa dengan ibu bapa Yul. dia cuba melayan ibu bapa Yul sebaik mungkin untuk meninggalkan tangapan yang baik terhadap mereka berdua. Angelica melangkah masuk apabila tiada siapa lagi yang berhimpun di hadapan bilik Tuan Pengetua selepas di halau Yul. permaisuri Xeera yang melihat Angelica melangkah masuk segera memeluk Angelica usai pintu di tutup. Hana curiga melihat tindakan Permaisuri Xeera yang tiba-tiba itu. Apa hubungan Angel dengan keluarga Yul? soalan itu berlegar-legar di dalam kepalanya apatah lagi melihat kemesraan mereka berdua membuatkan dirinya marah kerana Angelica seolah-olah telah merampas perhatian ibu bapa Yul dari dirinya.
 “saya minta semua orang tinggalkan Angel dengan kami” Raja Han meminta. Semua orang keluar. Yang tinggal dalam bilik itu hanya Permaisuri Xeera dan Raja Han serta Angelica yang meneguk minumannya dengan tenang.
“jadi macam mana?” Permaisuri Xeera bertanya dengan tidak sabar. Mereka terus bekejar ke St. Agnes apabila mendapat pesanan daripada Angelica sementelah pelajar tidak dibenarkan pulang ke rumah melainkan jika di beri cuti oleh pihak sekolah.
Lalu dengan tenang Angelica menceritakan semula apa yang di katakan oleh Mandy. Selepas habis bercerita Permaisuri Xeera memicit kepalanya. Raja Han berdehem perlahan.
“ Saya takkan benarkan Angel pergi jumpa perempuan jahat tu” tegas sekali Permaisuri Xeera menuturkan kata-katanya.
“tapi..” Angelica tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Permaisuri Xeera mendepakan tangannya ke arah Angelica tanda menyuruhnya diam.
“jika itu sahaja jalan yang ada..terpaksalah..” Raja Han bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
“abang..” bergenang air mata Permaisuri Xeera memandang ke arah suami tersayang.
“Angel sanggup bonda..Angel sangggup buat apa sahaja untuk dia” Angelica berkata perlahan.
“Angel akan balik apabila tiba masanya.” Agelica bangun meninggalkan Permaisuri Xeera yang teresak-esak di pangkuan suaminya. Yul hanya mengerutkan keningnya apabila melihat bondanya menangis apabila dia masuk kembali ke dalam bilik Tuan Pengetua. Dia cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka tetapi gagal kerana Raja Han meletakkan pendinding menyebabkan dia tidak mendengar sebarang butir bicara anak beranak itu.
xxxxx
  Yul menghampiri Angelica yang duduk di atas batu besar di tepi padang. Kelihatan Angelica termenung jauh.
“kenapa bonda menangis?” Yul bertanya sebaik sahaja dia menyandarkan belakangnya di belakang badan Angelica.
“rahsia..tapi kau jangan risau la bukan ada apa pun” Angelica senyum tawar.
“yul kebelakangan ni kau ada rasa sesuatu tak? Ada apa-apa perubahan yang kau rasa kat diri kau?” Angelica bertanya curiga.
“kenapa?” Yul membuat muka pelik meskipun Angelica tidak nampak ekspresi muka berkenaan.
“jawab jelah..” Angelica mendesak.
“ermm..kadang-kadang bila aku tidur aku rasa macam ada orang memerhatikan diri aku..kadang-kadang aku rasa macam bukan diri sendiri. Kenapa?”
  Masa dah tak banyak. Sebelum benda dalam badan Yul sedar sepenuhnya dan sebelum Yul bertukar menjadi orang lain dia mesti bertindak segera. Tapi kadang-kadang dia sendiri pun merasa takut mampukah dia menyelesaikan tugasan yang di beri. Angelica mendengus kasar. Dia bangun tiba-tiba menyebabkan Yul hampir-hampir terjatuh. Yul memandang tajam ke arah Angelica.
“ambil ni. kalau kau rasa pelik tiba-tiba atau kau rasa kau dah tak waras minum benda ni” Angelica memberi sebotol cecair sederhana besar bewarna merah pekat. Yul menghidu bau cecair berkenaan. Tak bau darah tapi bau sweet menerpa hidung Yul.
“ingat Yul..kau mesti kuat” Angelica memegang tangan Yul sekejap yang mungkin. Yul hanya mengangguk. Dia berlalu pergi meninggalkan Angelica.
  “apa hubungan korang berdua? Kenapa parents Yul rapat dengan kau Angel?” Hana muncul tiba-tiba di hadapan Angelica. tiada lagi kata ganti nama awak saya yang di gunakan terhadap Angelica. Angelica menarik nafas sedalam yang mungkin.
“awak sukakan Yul kan Hana?” Angelica bertanya kembali kepada Hana.
“ya aku sukakan dia..” dengan selamba Hana menjawab.
“aku pun sukakan dia..jadi mari bertarung secara adil untuk memenangi hati dia” Angelica berlalu pergi selepas menuturkan kata-kata tersebut.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review