Monday, March 22, 2010

Guardians 10

Posted by Snow_Queen at 10:54 AM

   Angelica mengemaskan barangnya ke dalam almari. Dia memandang ke arah luar. Cuti sekolah sudah berakhir. Dia baru sahaja sampai ke St Agnes. Apabila jejak sahaja kaki ke sekolah ini bermakna dia sudah tidak boleh mendekati yul. Hatinya sakit apabila memikir keadaan itu. Bunyi sms masuk kedengaran. Dia membaca pesanan ringkas tersebut.
Angel..awak sudah ada di sekolahkah? Mari temankan saya pergi pekan?-Hana
Angelica bersiap dan turun ke bawah. Dorm tempat tinggalnya senyap sunyi kerana semua penghuninya telah masuk tidur.
“minta maaf sebab minta awak teman saya. Sepatutnya sekarang waktu awak tidur” hana berkata serba-salah. Angelica senyum manis dan menarik tangan Hana. Hana membeli beberapa barang di sana. Angelica juga turut tidak ketinggalan membeli beberapa barang keperluan dirinya.
   Usai membeli barang mereka berdua duduk menikmati aiskrim di dalam sebuah kedai yang jauh tersorok. Hana merasakan semua orang merenung mereka berdua.
“Angel..kenapa saya rasa semua orang melihat ke arah kita?” Hana berbisik kepada Angelica yang sedang menikmati aiskrim. Angelica hanya melihat keadaan sekeliling dengan ekor matanya sahaja tanpa kepalanya berkalih. Semua dalam kedai ini vampires dan Hana satu-satunya manusia di sini. Mereka inginkan darah Hana desis hati Angelica.
“kalau korang semua nak hidup dengan lebih lama baik batalkan niat dalam hati korang” Angelica memandang ke arah semua vampires dalam kedai dengan iris matanya berwarna merah. Semua vampires menunduk apabila sedar dengan siapa mereka berhadapan. Angelica menarik tangan Hana dan beredar dari situ. Sewaktu melalui sebuah kawasan sunyi perjalanan mereka disekat oleh 3 vampire. Angelica memandang tenang. Hana dah keluarkan senjata sebagai langkah berjaga-jaga. Belum sempat mereka berdua berbuat apa-apa ketiga-tiga vampire tersebut sudah menjadi debu. Mereka pandang ke belakang melihat Yul, Vicky, Tsubasa dan Danish berdiri tenang.
“tak best betul la kau ni. baru nak main-main dengan dorang” Angelica merungut. Tetapi Yul merenung Angelica tajam.
“lain kali jangan bawa Hana ke tempat-tempat macam ni lagi” bergetar suara Yul memberi amaran. Hati Angelica terguris mendengat kata-kata Yul. Hana tunduk hormat bila jumpa Yul. Hatinya berbunga riang dapat bertembung dengan Yul.
xxxxx
  sudah 3 minggu berlalu dan selama itu Angelica tidak bertegur sapa dengan yul. hatinya begitu terkesan dengan kata-kata Yul semasa mereka di pekan hari itu dan Yul tidak pula menuturkan sebarang kata maaf ditambah pula dengan kesibukan mengulangkaji untuk peperiksaan awal tahun yang berlansung.
  Harini angelica boleh menarik nafas lega apabila paper terakhir diduduki. Sewaktu kelaur dari dewan exam dia terserempak dengan Hana.
“eh Hana dah lama aku nak tanya ni. kenapa aku tak nampak abang kau kebelakangan ni?” angelica bertanya hairan.
“asal rindu?” Hana mengusik. Angelica buat muka toya.
“dia dah tak sekolah kat sini. 2 hari lepas buka sekolah dia dapat surat tawaran masuk Mystique River. Terus dia terima. Jadi sekarang pengawas di sekolah ni hanya kau dan aku.” Angelica mengangguk faham.
“Hana..Hana…” kelihatan seorang pelajar kelas pagi berlari ke arah mereka.
“Yuna kenapa?” Hana memandang cemas. Macam mana Yuna boleh keluar dorm ni? desis hati Hana.
“Hana aku jumpa sesuatu yang menakutkan. Mata dia warna merah. Tadi aku just nak ambil barang kat kelas..then..then..benda tu muncul dan kejar aku” Yuna dah mengigil ketakutan.
   Angelica meletakkan tangannya di atas dahi Yuna dan seketika kemudian Yuna tidak sedarkan diri.
“pergi dia bawa balik dorm. Dia dah takkan ingat benda tu lagi. Aku dah padamkan ingatan dia pasal kejadian malam ni” Angelica berlalu pergi mencari benda yang mengejar Yuna tadi.
   Angelica memandang kawasan sekeliling. Dia memerhatikan persekitaran kawasan sekolah untuk melihat jika ada benda yang asing bagi penglihatannya.
“kami dah uruskan makhluk tu” Tsubasa tiba-tiba muncul dari atas pokok.
“level E?” angelica mendongakkan kepala memandang ke arah Tsubasa. Tsubasa mengangguk. Angelica berlalu pergi. Dia menghampiri bangunan terbiar tempat Mandy tinggal. Tanpa teragak-agak dia masuk ke dalam rumah Mandy. Kelihatan Mandy sedang menjalankan jampinya. Angelica duduk menunggu sehingga urusan Mandy selesai.
 “Cik Puan datang tepat pada masanya” Mandy membuka mata dan menghampiri Angelica.
“jadi benda yang saya minta siasat tu awak dah dapat jalannya?” Angelica bertanya teruja. Mandy mengangguk.
“tapi sanggup cik Puan buat? Benda ni amat merbahaya. Sekali buat tiada jalan untuk berpatah balik.” Mandy masih mahu bermain-main dengan emosi Angelica.
“saya sanggup buat apa sahaja. Sebelum dia di kuasai benda tu” Angelica berkata tegas.
“pergorbanan yang besar cik Puan buat untuk dia tapi dia tak tahu perasaan cik Puan. Jika di sini dia hanya memandang ke arah orang lain” Mandy seolah-olah merintih. Angelica mengigit bawah bibirnya.
“hanya ada seorang yang dapat bantu cik puan. Tapi dia tinggal jauh…dalam Bad Forest.”
“siapa?” angelica bertanya dengan tidak sabar. Memang di akui Bad Forest begitu menakutkan. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu apa yang ada dalam Bad Forest tu. Tak pernah terlintas di fikirannya yang suatu hari nanti dia akan menjejakkan kaki ke dalam Bad Forest.
“Queen of Bad Forest. Cik puan mesti pergi ke tempat tinggalnya dan meminta pertolongannya. Cik puan tak boleh gunakan sebarang magic untuk ke tempat tinggalnya. Hanya jalan kaki seperti manusia normal untuk sampai ke sana. Itu syaratnya. Kalau tak cik puan takkan jumpa temptat tinggal Queen tu dan kalau nak lawan benda-benda asing dalam Bad Forest tu boleh la guna apa magic pun tapi syaratnya mesti jalan kaki untuk menunjukkan keikhlasan cik Puan. Sekali dah mula tiada jalan untuk berpatah balik” Mandy seolah-olah mengingatkan. Angelica mengangguk tanda memahami. Dia menghampiri Mandy dan menyerahkan 30 botol yang di isi dengan darah binatang suci. Mandy menari kegembiraan apabila menerima habuan untuk kerjanya. Angelica membuang pandang ke arah luar tingkap.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review