Sunday, March 28, 2010

4 elements vs 4 seasons 9

Posted by Snow_Queen at 11:59 PM

    Tiga sekawan itu menikmati sarapan mereka dengan tenang. Mereka tidak perlu tergopoh-gapah untuk mengejar ke kelas seperti selalu. Mereka berpakaian kasual haritu. Hanya mengenakan seluar, kasut sukan dan t-shirt. Cuma Julia yang mengenakan t-shirt lengan panjang. Pelajar-pelajar lain melihat mereka bertiga dengan pelik namun tidak di endahkan pandangan itu.
“senarai barang ada?” Julia bertanya. Lily angguk.
“tak ada apa-apa barang yang tertinggal?” Julia tanya lagi.
“ya Ju..semua ada kau jangan risau. Kau ni membebel mengalahkan mak aku” Maria sengih perli dekat Julia. Julia buat muncung. Apabila jam di tangan tepat pukul 8 mereka bertolak ke hutan valley wood. Kelima-lima pelajar Roselle akan berjumpa mereka di hadapan hutan itu.
   Berkerut dahi Silver apabila melihat kelibat pelajar Jewel. Dia tidak menyangka akan berjumpa lagi dengan Julia dan kawan-kawannya. Maria dan Lily buat tak tahu walhal dalam hati mereka mengutuk jejaka-jejaka di hadapan mereka. Julia pula dah membebel dalam hati. Hish apasal pulak mamat-mamat ni yang jadi wakil getus hatinya. Dia buat muka menyampah. Irene melihat Julia dan kawan-kawannya. Dia jadi kaku. Nak berkawan dengar cerita semua budak-budak sekolah Jewel sangat jahat. dan dia lagi tak selesa dengan 4 orang lelaki di sebelahnya walaupun mereka 1 sekolah tetapi masing-masing diam. Hanya berbual sesama mereka saja.
“well tak sangka kita akan berjumpa lagi” Adam bersuara memecahkan kesunyian.
“oh aku memang harap tak jumpa korang terus..” Julia angkat kening memandang jejaka di hadapannya.
“kau..” Silver dah mara ke arah Julia namun di tahan Vince.
“jadi..boleh kita pergi sekarang?” Vince bertanya dengan penuh diplomasi. Sekurang-kurangnya ada yang berbudi bahasa desis hati Maria. Mereka berlapan berjalan masuk ke dalam hutan Valley Wood itu dengan tiga pelajar Jewel di hadapan manakala 5 pelajar Roselle mengekori dari belakang. Adam buat muka memandang gadis-gadis di hadapannya.
“kalau kita-kita je boleh meluncurkan?” Lily memandang Julia dan Maria. Kedua-dua rakannya itu mengangguk. Irene menjadi semakin resah. Dia tersepit antara dua pihak itu. nampaknya mereka bertujuh memang tak sehaluan langsung. Macam mana nak ada semangat team work ni desis hatinya.
 Julia pusing belakang tiba-tiba. Silver yang tak sempat berhenti berlaga badan dengan Julia. Julia terdorong ke belakang.
“sakit la bongek..kau ni kayu ke apa?” Julia memarahi Silver.
“kau yang berhenti tiba-tiba” Silver mempertahankan dirinya.
“jangan la ikut dekat-dekat sangat badigol..korang kena jauh 5 meter dari kami” Julia memandang garang ke arah pelajar-pelajar Roselle. pelajar Roselle buat muka.
“kalau kita asyik bergaduh macam ni sampai esok pun tak habis. Kenapa kita semua tak bersatu?” Irene bersuara tiba-tiba. Semua memandang ke arah Irene. Irene telan air liur.
“yang kau ni sapa?” Maria memandang Irene.
“aku..Irene..” Irene memperkenalkan diri.
“kita..semua..bersatu?” satu satu Julia menyebut.
“N.E.V.E.R” serentak meraka bertujuh berkata dan meneruskan perjalanan. Huh masing-masing keras kepala. Nasib kau lah Irene desis hati Irene
3 pelajar Jewel berhenti. Maria lompat naik atas pokok. Dia memandang sekeliling dan melompat turun kembali. Huh nak tunjuk hebat la tu desis hati Yun. Maria buat tak peduli.
“dah masuk tengah hari. kita berhenti rehat dan makan dulu. Di hadapan sana ada tempat yang sesuai untuk berehat” Maria memberitahu.
“dan kenapa kami kena ikut cakap kau?” silver bersuara. Julia jalan mendekati Silver dan memandang wajah lelaki tu. Eh hensem jugak dia ni desis hati Julia nakal.
“sebab..kami lapar. Kalau you guys tak lapar go ahead. Ada kami peduli? Jangan kata kami tak bagi amaran yang kawasan hutan ni penuh dengan haiwan-haiwan merbahaya.” Julia senyum sinis dekat Silver dan berpusing mendapatkan Maria dan Lily. Mereka mengekori 3 pelajar Jewel berkenaan. Sampai sahaja di tempat berhampiran pokok dragon fruit terdapat pak belang, mak belang dan baby belang. Irene menyorok belakang Adam. Adam menarik bajunya yang di tarik oleh Irene namun Irene buat tak peduli dan menarik kembali baju Adam. Adam dah malas nak peduli.
“dan sekarang cik Julia apa yang kita nak buat?” Silver bertanya sinis.
Eh mana dia tahu nama aku? Mesti peminat ni hehehe desis hatinya nakal. Eh apa yang kau merepek ni ngeng desis akal fikirannya pula. Julia melangkah ke arah keluarga pak belang berkenaan. Maria dan Lily hanya menunggu tindakan Julia. 4 orang jejaka itu telan air liur. Eh biar betul minah tu. Sekali tengok pun dah tahu jenis liar desis hati Vince.
Julia angkat baby harimau itu dan mencium. Pak belang dan mak belang pun macam tak kisah anak mereka di pegang oleh Julia. Irene yang melihat perbuatan Julia tu memandang dengan penuh rasa kagum. Begitu juga 4 orang jejaka tersebut. Seterusnya Julia memeluk pula mak belang dan pak belang.
“korang makan la kat hujung sana. Jangan risau mereka takkan apa-apa kan korang” Julia menyuruh. Maria dan Lily juga mendekati dan bermain-main dengan baby rimau. 5 orang pelajar Roselle beredar ke hujung dan mengeluarkan bekalan mereka. silver memandang Julia dengan penuh minat. Dia melihat Julia siap main guling-guling lagi dengan keluarga pak  belang berkenaan seolah-olah tengah bermain dengan anak kucing. Mereka bertiga berhenti bermain dan mengeluarkan bekalan mereka. mereka juga menjamu keluarga pak belang berkenaan.
“mula-mula kita nak cari apa?” tanya Julia kepada Lily dan Maria. Lily keluarkan kertas.
“ermm..benih queen dew” Lily memberitahu. Queen dew adalah sejenis herba yang seakan-akan bunga ros tetapi di tengah-tengahnya terdapat biji benih tumbuhan berkenaan.
    Bodohnya..kalau macam tu bekalan dorang akan cepat habis. Dah la perjalanan masih jauh desis hati Adam yang melihat 3 pelajar Jewel menjamu pak belang berkenaan.
Selepas habis berehat dan makan mereka memulakan perjalanan kembali. Julia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga pak belang dan melangkah pergi. Dia tersenyum puas. Baginya tiada apa yang eprlu ditakutkan kerana dia sudah biasa dengan sebahagian haiwan-haiwan di dalam hutan ni. namun dalam hatinya juga terselit kerisauan kerana dia tak tahu sejauh mana hutan ini harus di redah. Dan ada juga haiwan-haiwan lain yang tidak pernah dia temui.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review