Wednesday, March 24, 2010

4 elements vs 4 seasons 8

Posted by Snow_Queen at 10:08 PM

“pertama, jangan cemas..tenang saja”
“kedua, senyum semanis mungkin”
“ketiga.. jangan sesekali tanya pasal ex dia”
“keempat.. jangan cerita pasal ex korang kat dia nanti dia menyampah”
“kelima..alamak cikgu dah masuk..” Lily berlalu ke tempat duduknya apabila nampak Madam Ana berjalan untuk masuk ke kelasnya. Kawan-kawan sekelas Lily yang sedap-sedap mendengar tips untuk kali pertama keluar dating mengeluh.
“kepala aku masih berdenyut sakit..” Lily mengadu dekat Julia.
“nanti pergi mintak ubat kat bilik rawatan” Julia menyuruh. Mungkin kesan ubat tidur tu agaknya desis hati Julia.
“selamat pagi kelas.. Julia, Maria dan Lily selepas habis kelas jumpa Sir Edward dekat bilik dia ya..ok kelas bukak muka surat 146” Madam Ana memulakan pengajaran pada pagi itu.
  Alamak..takkan la Sir Edward dah tahu pasal baby mushroom tu..desis hati Julia. Dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Terasa waktu terlalu lama hendak berlalu. Loceng berbunyi dan tiga sekawan itu keluar menuju ke arah bilik Sir Edward. Pintu bilik diketuk dan terdengar suara suruh masuk. Pintu dibuka dan tiga sekawan itu melangkah masuk. Kelihatan Sir Edward sedang mengelap daun Aloe satu demi satu dengan kain basah. Sir Edward memandang tiga orang gadis itu.
  “kenapa Sir nak jumpa kami bertiga?” Maria bersuara bagi pihak kawan-kawannya
“hermm..macam ni saya nak minta tolong kamu bertiga” Sir Edward pusingkan kerusinya ke belakang dan kelihatan mencari sesuatu. Tiga sekawan itu memandang dengan penuh kehairanan namun Julia terasa lega kerana sir Edward bukan nak cakap pasal kehilangan baby mushroom tu. Dia bernafas penuh kelegaan. Sir Edward berpaling menghadap mereka semula. Sekeping surat di baca sebelum dia memandang ke arah anak muridnya.
“macam ni..atas sebab-sebab keselamatan pihak sekolah nak kamu bertiga bergabung dengan lima orang pelajar dari sekolah Roselle keluar cari bahan-bahan herba yang jarang di jumpai di hutan Valley Wood” Sir Edward menerangkan niatnya mencari ketiga-tiga gadis itu.
“eh kami? Kenapa tak suruh 5 eagles je yang buat? Kan ramai pelajar-pelajar hebat dalam kelas tu?” Lily memandang Sir Edward.
“memang pada mulanya nak suruh dorang buat tapi mereka semua perlu menghadiri seminar di kementerian selama seminggu.. jadi pihak atasan sekolah telah memilih kamu berdasarkan kehebatan kamu setiap kali praktikal. Dan nama kamu juga di cadangkan oleh beberapa orang guru” Sir Edward tarik nafas.
“kalau..kalau tak buat tak pe ke?” Julia bertanya ragu-ragu.
“boleh..boleh sangat-sangat..lepas tu saya hantar kamu cuci air swamp nak?” Sir Edward sengaja mengugut tiga orang itu. Maria telan liur. Air Swamp? Mati hidup beberapa kali balik pun dia tak sanggup nak jejak ke tempat busuk yang di penuhi oleh alligator tu.
“baiklah kami setuju” pantas Maria menyatakan persetujuannya. Julia dan Lily menjegilkan mata pada Maria.
“baiklah ini senarai herba yang harus di cari” Sir Edward memberi sekeping kertas yang berlipat.
“kamu akan mulakan pencarian esok. Pencarian ni mungkin akan makan masa beberapa hari mungkin minggu, jadi kamu bawa la apa yang patut” Sir Edward senyum kepada mereka bertiga.
“errr..Sire kenapa nak kena bergabung dengan budak-budak sekolah Roselle? dan nak buat apa dengan benda-benda ni?” Julia bertanya.
“oh sebab barang-barang yang mereka perlukan hanya terdapat di hutan sekolah kita dan kebetulan pihak sekolah kita juga memerlukan barang-barang yang sama sekaligus kamu jadi tour guide kepada mereka agar tak sesat. Kenapa kita perlukan benda-benda ni adalah rahsia pihak sekolah. kamu jangan masuk campur.” Panjang lebar Sir Eward menerangkan.
“ah sir kenapa tak cikgu-cikgu je yang cari? Kenapa kena kami?” Lily bertanya.
“ada lagi pertanyaan dengan sekelip mata saya campak kamu semua ke air swamp” Sir Edward dah malas nak jawab soalan.
“hehehe sir kitaorang keluar dulu ek?” Maria menarik tangan Julia dan Lily keluar.
“gila kejam Sir Edward tu” Lily berbisik perlahan kepada teman-temannya
“saya dengar kamu mengata saya” suara Sir Edward kedengaran di sebalik pintu yang tetutup rapat. Segera tiga sekawan itu beredar.
  Mereka bertiga mengemaskan barang masing-masing. Julia teringat akan potion yang di buat Dany. Secara diam-diam dia mengeluarkan sebotol potion tu dan membalut botol berkenaan dengan sapu tangan.
“agak-agak sapa ek yang kena bergabung dengan kita?” Maria bertanya.
“aku rela sapa-sapa saja asalkan bukan minah gedik tiga orang tu” kata Lily
“oh dan harap-harap bukan jejaka 4 orang yang menyampah tu” Julia menyampuk
“jejaka 4 orang yang menyampah?” serentak Lily dan Maria bertanya.
“ala budak-budak lelaki yang datang dengan minah-minah gedik dekat hall haritu” Julia menerangkan. Segera Maria dan Lily mengangguk apabila mereka teringat 4 orang lelaki tu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review