Wednesday, March 24, 2010

4 elements vs 4 seasons 7

Posted by Snow_Queen at 10:07 PM

   Lagi 15 minit menunjukkan pukul 5 petang. Julia duduk di dalam café bersebelahan stesen kereta api. Dia sudah berjanji dengan Lily dan Maria untuk berjumpa mereka di situ. Julia menikmati kopi kegemarannya dengan tenang dan dia membuka paper percuma yang di sediakan untuk bacaan pelanggan di café itu. satu persatu berita di baca sehinggalah bunyi bising menarik perhatiannya. Dia memandang ke arah seorang budak perempuan yang terkial-kial mengambil barang-barang yang terjatuh sambil menahan barang di dalam dakapannya daripada jatuh. Julia bangun dan mengutip barang-barang yang jatuh tersebut dan meletakkan kembali ke dalam dakapan budak itu. dia beredar apabila Lily dan Maria memanggil. Irene melihat kelibat Julia hingga hilang dari pandangan. Itu budak sekolah Jewel dan budak yang sama berlawan dengan Elaine desis hatinya.
  Julia memandang ke luar tingkap. Dia malas hendak menyertai perbualan Lily dan Maria. Malam nanti ada benda yang harus di buatnya dan dia ingin menenangkan fikirannya seketika.
  “Ju mana?” Lily tanya Maria. Maria angkat bahu. Mereka semua sedang menunggu kedatangan Julia ke dewan makan.
“oitt..asal tak makan dulu?” Julia menepuk bahu Lily dan duduk.
“kau pergi mana?” Maria menyoal.
“dating? Hehehe” Julia senyum dekat teman-temannya. Temannya yang berdua itu mencebik. Mereka menikmati makan malam dengan berselera sekali.
  “uihh..asal mengantuk sangat mata ni?” rungut Maria. Mereka bertiga sedang menyiapkan kerja world of mythology.
“aku ingat aku seorang je yang rasa macam tu..” Julia berpura-pura menguap.
“eh pelik..nak kata penat taklah penat mana tapi mata aku rasa macam kena gam” Lily menyungut sambil mengeyeh matanya. Apabila kedua rakannya pengsan masuk ke alam mimpi serentak dengan itu lampu dorm terpadam. Dia mengapungkan kedua orang kawannya dan meletakkan mereka ke atas katil, menyelimutkan mereka dan dia sendiri naik atas katil dan berpura-pura tidur. 10 minit berlalu tiada kedengaran bunyi derapan tapak kaki Miss Wick seperti biasa yang menjalankan tugas rondaannya. Julia senyum. Dia bangun dan menuju ke bilik post dan mengambil barang-barangnya yang di beli tadi.
  Setengah jam sebelum makan malam…
Julia menghilangkan diri sementara menunggu Lily dan Maria keluar ke Hall. Apabila kedua orang rakannya tu pergi dia berlalu ke bilik pejabat wardennya. Dia sudah menyiasat tabiat Miss Wick sebelum keluar membuat rondaan setiap malam mesti menjadi kewajipanya untuk minum teh. Dia mengambil kesempatan itu untuk meletakkan ubat tidur dalam minuman Miss Wick dan berlalu pergi ke Hall…
  Julia masuk ke dalam sebuah stor lama. Di sapu sedikit meja panjang yang terdapat dalam bilik itu. dia bersin beberapa kali. Di letakkan buku 1001 ways to make a great and simple potion atas meja dan dia membawa keluar beberapa bahan-bahan yang harus di gunakan. Dia membelek-belek buku potion tu dan keningnya berkerut. Diangkat buku tu betul-betul depan matanya.
“amboi khusyuknya baca” tegur Dany yang muncul secara tiba-tiba. Julia sengih.
“khusyik kemende..tak faham langsung dia tulis..asal abang suruh Ju beli buku ni?” Julia bertanya.
“memang la kau tak faham. Ni bahasa zaman purba. Hanya orang terror macam abang je yang boleh baca” Dany angkat kening tiga kali. Julia mencebik.
“mana barang-barang?” Dany bertanya. Julia angkat beg kertas dan tunjuk kepada abangnya.
“nak buat apa ni?” Julia bertanya curiga.
“ginger, baby poisonous mushrooms, air mata unicorn dan mer peoples, vanillin, crush marble gold stones, red giant pepper, onions, chicken wings..” Dany tidak peduli soalan adiknya dan menyebut satu persatu nama barang yang di perlukannya.
“semua ada… tetiba tambah chicken wings tu asal? Lapar ke?” Julia angkat kening. Dany sengih. Julia hanya memerhatikan sahaja abangnya membuat potion berdasarkan buku lama tu.
“mana dapat baby poisonous mushrooms ni?” Dany bertanya.
“Ju curik kat green house. Mampus kena kejar dengan Sir Edward kalau dia tahu..” Julia tarik sengih. Sir Edward cukup pantang kalau tiba-tiba ada sahaja tanaman kesayangannya yang hilang. Untuk gantikan tanaman tu dia bersusah payah cari tumbuhan yang seakan-akan baby mushroom tu. Tak dapat dia bayangkan kalau Sir Edward tahu baby poisonous mushroom tu hilang. Mau kena penggal kepala. Julia pekup hidung. Bau yang naik hasil dari potion abangnya tu cukup busuk. Dia hampir-hampir nak termuntah. Dany sengih je. Dia dah lali dengan bau-bau macam ni.  
“dark witch..betul ke cerita pasal dia?” Julia pandang Dany.
“betul..abang salah satu officer yang terlibat dengan penyiasatan kes tu..”
“careful.. Ju tak dapat bayangkan kalau abang kena tangkap dengan dia..” Julia memandang Dany.
“hehehe..bertuahnya ada orang ambil berat..” Dany kenyit mata dekat adiknya.
“yelah kalau abang kena tangkap dekat siapa lagi Julia nak minta tolong kalau nak buat crime” Julia angkat kening 3 kali.
“ceh ada udang di sebalik tasik rupa-rupanya..ingatkan ambil berat betul-betul” Dany mencebik. Julia tarik sengih.
“Lord pun involve sekali” Dany memandang adiknya.
“oh..” Julia hanya menganggukan kepala. Sememangnya dia kurang rapat dengan abangnya Lord kerana dia belajar di asrama sepanjang Julia membesar. Hanya kakaknya Honey dan abangnya Dany yang menjaga dia sewaktu dia kecik sampailah dia reti belajar benda bukan-bukan yang di ajarkan kakak dan abangnya. Lord hanya balik sekali-sekala sahaja merupakan satu lagi faktor dia kurang rapat dengan abangnya itu. lagipun abangnya macam tak suka kehadiran dia kalau dia cuba nak bermesra walaupun jauh di sudut hatinya dia nak mengenali abangnya yang seorang itu.
“jauh mengelamun” Dany tarik rambut Julia yang di ikat ekor kuda. Julia pukul lengan abangnya. Sekarang abangnya sedang memasukkan potion ke dalam botol sederhana besar. Ada 4 botol kesemuanya. Dany sua botol-botol berkenaan dekat adiknya. Julia kerut kening.
“ambil..guna ni waktu-waktu kecemasan. Potion ni boleh di gunakan untuk tujuan apa sahaja” Dany pandang adiknya.
“kalau guna nak mintak makan chicken wings boleh?” Julia sengih nakal. Dany cubit pipi adiknya.
“tadi kata boleh guna untuk tujuan apa sahaja..” Julia mencebik.
“yelah maksud abang kalau nak ubat orang luka ke, kena racun ke, ikut keadaan semasa la” Dany memandang geram kepada adiknya yang seorang itu.
“dah la abang nak balik. Nak pergi makan chicken wings..” Dany hilang dalam sekelip mata. Julia mencebik. Tiba-tiba Dany muncul balik dan memeluk Julia dengan kuat. Julia ketawa. Ada-ada sahaja abangnya itu. dan Dany beredar. Ek sapa nak kemas ni? desis hatinya sambil melihat peralatan yang di gunakan oleh Dany tadi. Nampaknya akulah yang kena kemas ni..
xxxx
  Adam masuk ke dalam biliknya. Yun, Vince dan Silver memandang Adam pelik.
“kau dari mana?” Vince bertanya.
“aku pergi siasat pasal orang yang kena bunuh petang tadi” Adam duduk atas sofa.
“habis apa yang kau dapat?” Silver bertanya.
“orang tu merupakan orang suruhan Dark Witch”
“dark witch tu sapa?” Yun bertanya. Vince, Adam dan Silver memandang Yun serentak dan mengeluh kasar. Yun tarik sengih dan garu belakang tengkuknya yang gatal tiba-tiba.
“nenek tiri aku” selamba Silver menjawab.
“eh aku tak tahu pun kau ada nenek tiri?” Yun memandang Silver. Adam tepuk dahi.
“tulah kau..waktu subjek sejarah suka sangat tidur..dark witch tu adalah ahli sihir yang hidup selama ratusan tahun. Kerjanya adalah menangkap lelaki dan menjadikan mereka hamba abdi. Tetapi tiada siapa tahu apa pekerjaan yang di buat oleh hamba-hamba berkenaan. Kebelakangan ni dark witch tu aktif kembali mencari mangsanya. Setakat ni dah 10 orang yang hilang” Vince menerangkan. Yun angguk tanda faham.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review