Wednesday, March 24, 2010

4 elements vs 4 seasons 6

Posted by Snow_Queen at 10:06 PM

    Julia singgah ke kedai buku. Dia membelek-belek jika ada buku yang dia berkenan di hati. Ada 1 buku menarik perhatiannya. Serentak tangannya dan tangan seseorang mencapai buku berkenaan serentak. Dia pandang lelaki tu. Lelaki itu pandang dia. Julia melepaskan pegangan. Tak rela dia bersentuh tangan dengan musuh. Silver mengambil buku itu dan beredar. Julia buat muka jijik. Dia berlalu keluar dari kedai itu. Lily dan Maria telah pergi ke shopping complex Earth Down. Dia malas nak ikut. Hanya mengirimkan pesanan kepada dua orang rakannya tu.
  Sampai di satu lorong yang sedikit tersorok Julia mengetuk batu-bata dinding di lorong itu. sekelip mata ada satu pintu terbuka untuknya. Penjaga pintu berkenaan merenung Julia. Julia menunjukkan plak di emas kepada lelaki tua berkenaan. Lelaki itu tunduk hormat. Dia memasuki 1 bar yang dinamakan Dine. Dia selalu datang ke situ jika keluar ke Bandar. Di bar berkenaan dia boleh mengetahui berita-berita terkini. Pemilik bar berkenaan angkat tangan apabila nampak Julia. Dia menghampiri.
“apa cerita hangat Sire..” Julia duduk di kaunter.
“macam-macam..kau tahu pasal Dark Witch?” pemilik bar berkenaan berbisik apabila menyebut nama itu. Julia angguk.
“dengar kata dia dah mula buat kacau. Sekarang kementerian tengah berusaha nak tangkap dia tapi bukan senang kerja tu.. setiap lelaki yang dia tangkap tak tahu apa yang dia buat dengan mereka. cerita ni tak keluar media sebab benda sulit.” Julia angguk.
“barang yang saya pesan tu dah sampai?” Julia memandang pemilik Bar berkenaan. Pemilik bar berkenaan angguk. Dia mengeluarkan 1 bungkusan kecil dan memberinya kepada Julia. Julia menyerahkan duit dalam sampul surat. Pemilik bar berkenaan senyum puas hati dengan habuannya. Dia senang bekerja dengan Julia.
“kalau nak minta tolong apa-apa datang je sini..” pemilik bar berkenaan sengih.
“boleh main?” Julia menunjukkan ke arah piano. Pemilik bar berkenaan angguk. Julia menghampiri dan membuka penutup piano berkenaan dan memulakan permainan.
    Adam, Silver, Yun dan Vince yang kebetulan berada di bar berkenaan memandang curiga ke arah Julia. Mereka baru sahaja nampak Julia membuat transaksi dengan pemilik bar berkenaan.
“perempuan ni mencurigakan. Aku dah siasat pasal dia tapi korang tahu apa yang aku jumpa? Nothing..seolah-olah dia ni tak punya latar belakang. Kawan-kawan dia yang dua orang tu latar belakang mereka agak menarik tapi dia ni..” Adam memandang ke arah Julia yang sedang bermain piano. Yang lain juga semakin tertarik untuk mengetahui siapa sebenarnya gadis bernama Julia ni. Julia bangun dan meninggalkan bar berkenaan. Mereka berempat mengikuti Julia secara senyap-senyap. Semakin lama mereka semakin bosan untuk ikut Julia kerana tiada apa-apa yang menarik. Dia hanya singgah di beberapa kedai membeli bahan untuk buat potion dan sebagainya. Julia mengeposkan barang-barangnya di pejabat post barang. Barang-barangnya akan terus sampai ke kotak postnya di hostel. Dia berjalan sehingga sampai ke satu lorong dan berhenti. 4 orang jejaka tadi yang mulanya nak berpatah balik tidak jadi apabila Julia masuk ke dalam satu lorong.
   Julia menyepak kasar seorang lelaki yang tidur di tepi jalan lorong berkenaan. Terkejut 4 jejaka Roselle melihat tindakan kasar Julia. Silver ingin menolong lelaki berkenaan tetapi dihalang oleh kawan-kawannya yang lain. lelaki yang tidur di tepi jalan itu menyumpah seranah apabila tidurnya terganggu. Tetapi apabila melihat orang yang menyepaknya dia menjadi pucat serta-merta. Lelaki berkenaan melutut di hadapan Julia menangis meminta ampun.
“merayu sampai keluar air mata darah sekali pun takkan terhapus dosa kau bedebah. Kau akan mati harini” Julia sengih sinis. Lelaki itu lari untuk menyelamatkan diri tetapi Julia dengan tenang berjalan mengikuti langkah lelaki berkenaan. Apabila lelaki itu tidak nampak Julia dia tarik nafas lega tetapi semua itu hanya seketika. Julia muncul tiba-tiba di belakang lelaki itu dan membenamkan jarum beracun di dalam tengkuk lelaki berkenaan. Lelaki itu rebah serta-merta dan tidak bernyawa lagi. Julia meletakkan tangannya di hujung jari lelaki itu dan sedikit demi sedikit mayat berkenaan menjadi abu. Julia bangun dan berjalan ke arah jalan besar kembali. Dia berpaling ke satu arah.
“seronok ke tengok wayang free?” Julia memandang dinding. Tidak lama kemudian 4 jejaka Roselle muncul. Mereka memandang Julia.
“sangat menarik..seorang pelajar melakukan pembunuhan. Kalau direport ke sekolah, kementerian dan media mesti gempak” Adam bersuara.
“yeke? Kalau korang berani buat macam tu buatlah..aku boleh libatkan korang sebagai rakan subahat aku..mesti menarik kan headline paper nanti” Julia sengih sinis. 4 orang jejaka Roselle itu memandang Julia geram. Mereka tak boleh tersilap langkah buruk padahnya.
“by the way..aku bukan la suka sangat nak bunuh-bunuh ni. aku buat semua benda ada sebab. Kalau nak tahu siasat la sendiri..blah dulu..” Julia melambaikan tangan tanpa berpaling ke belakang dan menghilang.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review