Wednesday, March 24, 2010

4 elements vs 4 seasons 5

Posted by Snow_Queen at 10:04 PM

     Lily termenung jauh. Betul kata Maria yang tidak banyak yang mereka tahu pasal keluarga Julia. Pertama kali mereka bertemu di sekolah ini dan di letakkan pula sebilik Julia banyak mendiamkan diri. Julia hanya mendengar dia dan Maria bercerita pasal diri dan keluarga masing-masing. Yang mereka tahu pasal Julia hanyalah anak bongsu daripada 4 adik beradik. Ada dua abang dan seorang kakak. Itupun dia tidak ketahui secara terperinci apa pekerjaan mereka, apa pula kerja kedua ibu bapa Julia dan baru haritu dia tahu kakak Julia menjadi Mer people dan sekarang siapa Sir Lord pada Julia. Segala persoalan berlegar-legar di kepalanya. Kadang-kadang Julia akan datang meraikan tahun baru ataupun perayaan-perayaan lain bersama keluarganya dan keluarga Maria. Dia mengeluh perlahan. kawannya yang seorang itu cukup misteri.
 “jauh mengelamun..” Julia menegur. Lily senyum kelat.
“Ju..kalau aku tanya ni kau jangan marah ya..” Lily bertekad untuk bertanya segala-galanya pasal Julia. Julia mengangguk.
“mana kau belajar teknik hebat tu..maksud aku waktu kau berlawan dengan Elaine” Lily memandang Julia. Maria yang baru lepas mandi tidak ketinggalan menyertai perbualan Julia dan Lily.
“korang jangan bagitahu sesiapa..aku belajar curi-curi semua tu dengan kakak aku. Dia yang ajar aku” Julia senyum manis. Padanya tidak perlulah mereka tahu perkara sebenar dengan panjang lebar.
“Ju..kitaorang banyak tak..” kata-kata Lily terputus apabila Miss Wick memanggil Julia di muka pintu. mereka memandang Miss Wick serentak.
“Julia..awak ikut saya sebentar..” tegas Miss Wick bersuara. Julia bangun dan membontoti langkah Miss Wick. Lily mendengus kasar. Maria hanya memandang Lily.
   Miss Wick berhenti di hujung koridor yang tersorok dari pandangan umum. Serta-merta asap berkepul-kepul memenuhi ruangan mereka berdiri. Julia terbatuk-batuk. Di hadapannya kini berdiri seorang pemuda segak berusia pertengahan 20-an. Dia tersenyum memandang Julia. Julia memeluk pemuda itu.
“sihat?” Dany bertanya khabar adiknya. Julia mengangguk.
“kenapa datang? Pandai ek menyamar jadi warden dorm Ju” Ju tunjuk thumb up kepada dany.
“eh mestilah..kata kerja kat kementerian kalau tak pandai apa-apa buat malu je..by the way saja nak tanya Honey macam mana?” Dany lebih banyak kepada berbisik.
“dia sihat je..Ju dah tengok baby..comel gilerr dia..” Ju teruja apabila berbicara mengenai anak buahnya.
“iye..abang ingat malam ni baru nak pergi melawat dia..”
“nak ikut..nak main dengan baby..” Julia memandang Dany. Dany mengangguk dan menyelak rambutnya ke belakang.
Abangnya memang segak Cuma dia hairan apabila abangnya masih tiada teman wanita. Kata abangnya lebih bahagia solo. Julia mengaduh perlahan.
“orang tanya berangan” Dany sengih jahat dekat adiknya.
“apa dia?”
“kau serang anak murid Lord ke haritu?” serius Dany bertanya.
“eh ada pulak Ju serang dia..dorang yang nak berlawan..Ju malas nak panjangkan cerita. Sekali bagi jelah dekat perempuan tu. Si Lord tu pulak bukan nak halang idea bodoh tu sekali dia pulak setuju..” Julia mengadu tak puas hati. Dany mengangguk perlahan.
“bro..kawan-kawan Ju semua nak tahu pasal family kita tapi..Ju tak nak bagitahu dorang macam tak best je nak bagitahu. Keluarga kita bukan macam keluarga dorang” Ju meminta pandangan Dany. Dany senyum manis.
“cakap je kat dorang kalau betul sayangkan Ju jangan tanya apa-apa pasal family kita sampai la Ju bersedia nak bagitahu” Dany mengenyit mata. Julia menimbang-nimbang cadangan bernas Dany.
“Julia..awak bercakap denga siapa?” Miss Wick menegur. Julia mengurut dada. Dia melihat ke hadapan abangnya sudah tiada.
“saya cakap dengan diri sendiri..hehehe” Julia sengih kepada Miss Wick. Miss Wick hanya menggelengkan kepala. Sebelum dia beredar dia seolah-olah terdengar bisikan abangnya ‘tunggu kat depan Stone West tengah malam nanti’
     Julia sengih gembira apabila dapat bermain dengan anak buahnya. Dany pula seolah-olah membincangkan sesuatu yang penting dengan Honey dan suaminya. Mereka berbicara dengan suara rendah hingga butir bicaranya tidak kedengaran. Walaupun kini mereka adalah dua makhluk berbeza tetapi itu bukan penghalang kasih sayang antara adik beradik di antara mereka. Honey amat bersyukur kerana adik beradiknya yang lain dapat menerima keputusan yang di buatnya. Dia melihat Julia yang leka bermain dengan Alicia anak dia yang baru berusia 5 tahun. Dany juga tidak ketinggalan bermain dengan anak buahnya apabila perbincangan mereka selesai.
 Tepat jam 2 pagi Dany dan Julia meminta diri untuk pulang. Dany guna teleport untuk menghantar Julia pulang ke hostelnya. Julia membersihkan diri dan baring di atas katilnya perlahan-lahan khuatir menganggu tidur kawan-kawanya. Lily yang tersedar Julia baru balik hanya membatukan diri untuk melihat tindak-tanduk Julia. Sewaktu Julia pulang tadi dia dapat bau sedikit hanyir. Mungkin dia pergi berjumpa dengan kakaknya desis hati Lily. Kemudian dia memaksa matanya untuk tidur sementelah esok mereka akan keluar ke Bandar.
  Suasana di Bandar amat meriah. Pelajar-pelajar Jewel berpecah mengikut kumpulan masing-masing dan hanya akan berkumpul di stesen kereta api pada pukul 5 petang. Maria mengerling jam di tangannya baru menunjukkan pukul 2 petang. Masih ada banyak masa desis hatinya. Kadang-kadang mereka akan berselisih dengan pelajar-pelajar sekolah Roselle.
 Maria, Lily dan Julia masuk ke dalam kedai ais krim. Maria teringin untuk makan ais krim di heaven full yang menjual ais krim pelbagai perisa. Mereka duduk dan sementara menunggu pesanan sampai mereka berbual-bual. Tray ais krim sampai di tempat mereka. dengan sendiri cawan-cawan ais krim keluar dari dulangnya. Masing-masing diam.
 “hei tengok kita jumpa siapa di sini..” Elaine berdiri di meja makan Julia. Julia buat bodoh.
“haritu..kau bernasib baik saja..lain kali kau akan terima balasannya pula” Elaine mengancam.
“kalau dah habis berkata-kata kau boleh pergi perempuan hodoh” Maria menghalau.
“sapa perempuan hodoh? Oh aku tahu korang mesti jeles dengan kecantikan kitaorang” Moon berkata-kata.
“kalau korang tak nak terima nasib macam Elaine haritu baik korang berambus” Julia mengancam. Elaine dan kawan-kawannya dah pucat apabila mendengar ancaman Julia dan beredar.
 Di satu sudut..
 “wow perempuan tu memang lain..” Yun memuji.
“apa yang lainnya. Perempuan juga” Silver mencelah.
“selama ni mana ada orang pernah buat Elaine macam tu. Mereka memang berani” Yun memandang ke arah meja Julia lagi.
“aku tak sabar nak tahu setakat mana kehandalan dorang tu..” Adam senyum sinis..

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review