Wednesday, March 24, 2010

4 elements vs 4 seasons 4

Posted by Snow_Queen at 10:02 PM

    “sapa kau pada mereka Ju?” Maria menyoal sebaik sahaja mereka selamat kembali hostel tanpa di tangkap.
“apa?” Julia mengerutkan kening tanda tak faham atau buat-buat tak faham.
“kau jangan buat-buat tak tahu pula..” Lily jungkit kening.
“Mer people perempuan yang aku peluk tadi tu kakak aku..” lirih suara Julia.
“kakak kau?” Maria dan Lily jungkit kening sambil memandang Julia. Julia angguk.
“kakak aku Honey jatuh cinta dengan putera Mer people tu lalu dia sanggup bertukar menjadi Mer people. Family aku marah sangat kat dia jadi mereka larang aku dan abang-abang aku pergi cari dia lagi. Mereka dah tak anggap dia sebagai anak lagi. Tapi aku sayang kat kakak aku sementelah kitaorang rapat sejak aku kecil lagi. Abang-abang aku pun kadang-kadang cari juga kakak aku. Korang nampak tak yang budak kecik tadi?” Julia bertanya teruja. Maria dan Lily mengangguk.
“tu anak buah aku..comel betul..aku rasa macam nak bawak dia balik je tadi” Julia sengih lebar.
“kau selalu cari diaorang?” Maria menyoal.
“kadang-kadang je. Gila apa nak cari selalu mampus aku kena tangkap denganMiss Wick nanti” Julia buat muka bila sebut pasal warden mereka. Julia berlalu untuk mandi sebelum masuk tidur.
“banyak yang kita tak tahu pasal family dia kan?” Maria memandang Lily. Lily hanya senyum tawar.
   Keesokan harinya pelajar 4 dove berkumpul di padang sekolah. subjek kuasa-kuasa magis akan berlangsung sebentar lagi. Mereka bersembang sementara menunggu Madam Ai muncul.
“baiklah semua buat bulatan besar” Madam Ai muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka. mereka buat bulatan mengelilingi Madam Ai yang berdiri di tengah-tengah.
“harini kita akan belajar teleport” Madam Ai senyum memandang pelajarnya. Yang lain teruja hendak belajar teleport.
Madam Ai pejam matanya dan menumpukan perhatian. Beberapa minit kemudian terdapat lubang di sekeliling Madam Ai dan dia hilang di telan lubang berkenaan. Madam Ai muncul di belakang Gee.
“ini yang kamu boleh buat kalau menguasai teleport. Kamu boleh pergi ke mana-mana sahaja. Tapi bukan semua orang dapat menguasai teleport jadi kamu semua perlu memberi perhatian yang lebih bila nak buat teleport” Madam Ai memandang para pelajarnya.
Mereka semua berdiri dan cuba menumpukan perhatian. Ada yang berjaya, ada yang terbenam separuh badannya di dalam tanah, ada yang tiba-tiba muncul atas bumbung sekolah. mereka tergelak sahaja. Julia, Maria dan Lily menutup mata dan cuba memberi perhatian ke mana mereka hendak pergi. Apabila membuka mata Julia mendapati dirinya berdiri di dalam hutan. Dia memandang sekeliling. Terasa hutan itu begitu asing bagi dirinya. Dia cuba bertenang dan cuba untuk membuat teleport sekali lagi tetapi oleh kerana dia nervous dia gagal untuk membuat teleport berkenaan. Dia mengambil keputusan untuk meredah hutan berkenaan mencari jalan keluar. Dia memegang kejap wand di tangannya sambil berwaspada. Dia berpaling ke belakang apabila terdengar bunyi gerakan. Dia mengurut dada. Hanya burung je Ju..tenang…tenang..jangan gabra desis hatinya.
 salakan anjing liar membuatkan bulu roma Julia berdiri. Oleh kerana dia merasakan dirinya tak selamat di atas tanah dia mengambil keputusan untuk melompat dari pokok ke pokok. Kadang-kadang dia akan bergayut dari tali ke tali. Dia berasa seronok. Hilang segala ketakutannya. Dia mendarat di atas satu pokok besar dengan sebelah lututnya di atas dahan pokok berkenaan. Dia memandang Maria yang berwaspada di bawah sana. Timbul satu idea untuk mengenakan Maria.
“Maria…lama nenek tunggu kamu kemari hohoho” Julia meniru suara nenek tua.
Maria yang mendengar suara tiba-tiba memandang sekeliling. Hish Maria kau berkhayal je..mana ada suara..imaginasi..imaginasi..desis hati Maria.
“Maria.. kemari nak..nenek mahu kamu..hehehe” terdengar lagi bunyi suara. Julia kerut kening. Ah sudah suara siapa pulak tu desis hati Julia. Dia memandang ke atas pokok. Dilihat Lily tersengih memandang ke arah dirinya. Mereka ketawa perlahan.
“kalau berani keluar la..datang la nenek kebayan ke nenek hantu ke aku tak takut. Apa barang sembunyi-sembunyi” Maria menyergah apabila di rasakan dirinya sudah berani. Berani ke buat-buat berani minah ni desis hati Lily. Julia dan Lily serentak terjun dari pokok. Maria yang melihat 2 orang kawannya tu terus berapi.
“ayam goreng korang..tadi tu korang kan?” Maria menyergah.
“hehehe..lek la Maria..kalau kau dapat tengok muka kau yang pucat tiba-tiba tadi” Lily mengusik. Maria buat muncung. Dia melangkah pergi dari situ. Julia dan Lily mengejar Maria.
    Mereka bertiga berhenti apabila sampai di satu kawasan padang terbuka. Mereka melihat sekumpulan pelajar bersama cikgu mereka di situ. Mereka semua juga memandang Julia, Maria dan Lily yang muncul tiba-tiba. Mereka menelan air liur. Mereka semua adalah pelajar Roselle desis hati Maria.
Kita sesat sampai ke sekolah mereka ke? Desis hati Lily pula.
Mungkin juga. Buat muka selamba je. Lagipun takkan la dorang nak buat hal sedangkan cikgu dorang ada kat depan mata desis hati Julia pula. Seolah-olah mereka semua berkomunikasi melalui suara hati sahaja.
eh manalah tau kalau-kalau cikgu dorang tu pun jahat jugak Maria berkata lagi dalam hati. Mereka semua hanya membatukan diri apabila pelajar-pelajar Roselle serta cikgu mereka menghampiri.
“apa yang pelajar-pelajar Jewel buat kat sini?” Sir Lord bertanya.
“kami sesat sebab teleport tak menjadi” Maria bersuara.
“oh yeke..saya tak sangka yang pelajar Jewel selemah itu..” sinis Sir Lord menuturkan kata-kata.
“kata pertama kali..semua orang pun macam tu juga..kau dulu pun bukan sangkut kat pokok ke?” Julia memandang Sir Lord dengan pandangan sinis.
Sir Lord berdehem kuat. Semua pelajar Roselle berbisik sesama mereka.
“Sir..apa kata kita berlawan dengan mereka” Elaine mengemukakan cadangan. Maria, Julia dan Lily memandang Elaine. E’eh minah ni aku sepak lelaju kang naya je..kasi cadangan tak bernas langsung..desis hati Lily. Dia buat muka.
“bagus cadangan kamu Elaine..bukan selalu kita dapat tetamu yang tak di undang macam ni” Sir Lord bersuara sinis.
“Elaine kamu ke depan..dan kalau kamu pelajar bercermin mata kalau dapat kalahkan Elaine saya akan hantar kamu balik..kalau tak kamu semua cari la jalan balik sendiri” Sir Lord mengemukan tawaran sambil memandang Julia.
  Elaine dan Julia berdiri di tengah-tengah padang. Pelajar Roselle yang lain berkumpul di tepi. Maria dan Lily berdiri sebelah Sir Lord. Mereka rasa lagi selamat berdiri sebelah cikgu kejam tu daripada berdiri di kalangan pelajar Roselle yang lain. Yun dari tadi memandang Lily. Hatinya berdegup semacam apabila melihat Lily. Adam berdehem perlahan dan Yun mengalihkan pandangannya dari Lily. Lily terasa bulu romanya berdiri seolah-olah ada orang memandang dia secara curi tapi dia buang perasaan tu jauh-jauh.
 Julia buat muka bosan. Dia berdiri tegak sahaja. Elaine nampaknya sudah tak sabar nak memalukan pelajar Jewel tu. Dia memegang kejap wandnya.
“scubert” wand Elaine dihalakan ke arah Julia. Tetapi sebaik sahaja bebola api itu sampai tepat di depan Julia, Julia hanya meniup bebola api itu. sekali tiup api itu padam. Maria dan Lily dah bersorak kegembiraan walaupun mereka berasa hairan di mana Julia belajar teknik tu.
“aku akan buat dengan cepat dan ringkas..” Julia tiba-tiba berdiri di belakang Elaine dan mencucukan jarum beracun ke dalam tengkuk Elaine dan dia jatuh tidak sedarkan diri. Seluruh badan dan muka Elaine bertukar menjadi biru dan pucat.
 Julia senyum sinis. Yun, Adam, Silver dan Vince memandang Julia. Baru pertama kali mereka melihat sorang ahli sihir yang begitu berbakat. Dalam hati masing-masing berkata bahawa Julia bukan orang sebarangan. Sir Lord mendekati Elaine dan memeriksa pelajarnya itu. dia mencuba beberapa sihir untuk bangunkan Elaine dan menawarkan racun dalam badan Elaine. Maria dan Lily mendekati Julia. Mereka melompat kegembiraan.
“siapa kata pelajar Jewel tak hebat..kami bukan bodoh sombong macam kamu semua yang asyik berlagak sahaja” Maria bersuara dengan angkuh sekali.
“jadi Sir Lord boleh hantar kami balik?” Julia memandang sinis kepada abang keduanya. Betul abangnya adalah tenaga pengajar di sekolah itu dan abang sulungnya bekerja di ministry of Wizard. Julia mempunyai 4 orang adik beradik dan Julia adalah anak bongsu manakala kakaknya adalah anak ketiga. Sir Lord mengarahkan beberapa orang pelajar membawa Elaine ke bilik rawatan. Dia menghampiri Julia dan rakan-rakannya, membuat teleport dan hilang.
 Mereka bertiga muncul di padang sekolah mereka semula. Madam Ai memandang tajam ke arah Sir Lord.
“mereka sesat di hutan sekolah kami” penuh berdiplomasi Sir Lord berkata-kata.
“terima kasih kerana menghantar mereka balik.” Madam Ai juga bersopan seboleh yang mungkin.
“jadi sampai kita berjumpa lagi..adik” Sir Lord memandang Julia sebelum hilang. Lily yang mendengar kata-kata Sir Lord tergamam. Apa maksud Sir Lord tu desis hatinya. Maria tidak dapat mendengar ucapan Sir Lord kerana pelajar lain mendapatkan dia untuk mendengar cerita dari dia. Julia hanya memandang abangnya dengan pandangan tak berperasaan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review