Monday, March 22, 2010

4 elements vs 4 seasons 3

Posted by Snow_Queen at 11:05 AM
     Suasana di perpustakaan sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi derapan tapak kaki dan pena yang menari-nari di atas kertas. Julia mematahkan jarinya satu persatu. Di tarik cermin mata dan membuang pandang jauh ke luar tingkap. Essei potion dah habis ditulis dan dia dah tak larat nak menyambung essei subjek history of wizard’s world. Maria awal-awal lagi dah selamat. Lily pun dah tersengguk-sengguk.

    Julia menggoncangkan bahu Maria dan menepuk tangan Lily yang tersengguk-sengguk tanda isyarat untuk beredar. Mereka mengemaskan peralatan dan bangun menuju ke hostel.
Maria dan Lily merebahkan badan mereka di atas katil dan menyambung kembali tidur mereka yang terganggu. Julia keluar dari bilik dan menuju ke susunan kotak kayu yang pada depannya tertulis nama setiap pelajar di sekolah itu yang dipanggil bilik post di mana setiap barang dari ibu bapa mahu pun kawan-kawan akan di poskan secara magis dan akan selamat sampai di dalam kotak post pelajar berkenaan.
Julia berdiri di hadapan kotak yang tertulis namanya. Dia membuka pintu kotak itu terdapat sekeping surat daripada ibunya. Dia mengambil dan membaca surat berkenaan sebelum meramas surat itu sehingga menjadi abu.

   “selamat petang Julia.. ambil surat?” Miss Bun pekerja di bilik post berkenaan menegur. Dia hanya tersenyum sebelum melangkah pergi.

    Maria bangun dan mengerdipkan matanya beberapa kali untuk menyesuaikan matanya untuk melihat dalam keadaan gelap. Dia membuka suis lampu bilik dan melihat jam tangan tepat pukul 8 malam. Segera dia mengejutkan Julia dan Lily.
“waktu makan malam dah lepas” Maria dah muncung. Dia berlalu ke bilik air dan membersihkan diri. Lily rebah kembali atas katil dan Julia bangun mencapai tuala selepas Maria keluar.

Masing-masing duduk di ruang tamu dan mengunyah biskut bersama air gas.

“tak kenyang la macam ni..” Lily menyungut.

“nak buat macam mana..dah tidur mampus ni jelah yang ada..” Maria bersuara.

“nak main curi keluar malam ni?” Julia buka mulut. Lily dan Maria angkat kening.

“pergi mana?” pantas mereka berdua bertanya.

“adalah..sementara menunggu waktu yang sesuai baik kita buat kerja lain dulu.” Julia bangun dan membuka buku-buku rujukan yang di pinjamnya dari perpustakaan untuk membuat essei history of wizard’s world. Maria dan Lily mengikut jejak langkah Julia.

     Tepat jam 11 malam lampu dorm semuanya tertutup secara automatic. Maria pandang Julia dan Lily. Mereka merebahkan badan di atas katil dan berpura-pura tidur dengan nyenyak. Setiap malam Miss Wick akan membuat rondaan di setiap bilik untuk memastikan semua pelajar ada di dalam bilik. Apabila Miss Wick berlalu mereka menunggu beberapa minit sebelum bertindak. Di buka tingkap bilik seluas yang mungkin seorang demi seorang daripada mereka melompat keluar dari tingkap selepas mengemaskan kedudukan di atas penyapu terbang. Mereka mendarat di hutan Stone West yang terletak jauh di arah barat. Mereka menyorokkan penyapu masing-masing sebelum melangkah masuk ke dalam hutan berkenaan. Bunyi burung hantu bersahut-sahutan memeriahkan suasana malam dan tidak ketinggalan lolongan serigala.

“kita nak buat apa kat sini ni Ju?” Maria bertanya kerana dia tidak beberapa gemar untuk masuk ke dalam hutan itu sementelah dia pernah hampir-hampir di serang serigala di dalam hutan itu kerana sesat jalan.

“ korang ikut jelah..jangan risau” Julia memberi jaminan. Sampai di satu cabang mereka berhenti.

“masuk seorang demi seorang..denai ni sempit untuk kita bertiga jalan sekaligus” Julia memberitahu.

“wei Ju..jom lah balik..aku seram la kat sini..” Lily memujuk.

“huh tak adventure betul korang ni” Julia merungut tetapi dia masih meneruskan langkah untuk masuk ke dalam denai berkenaan. Maria dan Lily terpaksa mengikut. Selepas hampir beberapa minit melalui denai yang sempit itu mereka sampai di suatu kawasan yang lapang dan luas.

“Ju..apa nama tempat ni..” Lily menyoal.

“Maria..sekarang pukul berapa?” Julia tak mengendahkan pertanyaan Lily.

“ermm lagi 2 minit nak pukul 12..” Maria memberitahu. Tiada masalah untuk dia melihat dalam gelap kerana mempunyai keupayaan mata helang.
Julia hanya membatukan diri. Lily dan Maria dah resah apabila bunyi lolongan serigala semakin galak berbunyi.

2 minit berlalu…
   
    Sedikit demi sedikit tempat mereka berdiri mengeluarkan cahaya. Lily dan Maria yang baru pertama kali melihat peristiwa ini tergamam melihat kecantikan tempat mereka berdiri.

“tempat ni namanya Hollow Garden..pada waktu siang ianya kelihatan biasa dan pada waktu malam pun ia kelihatan biasa tapi..setiap malam ke 12 dalam setiap bulan tempat ni akan mengeluarkan cahaya seperti ini. Mengikut kata-kata orang tua jika kita berada di tempat ni semasa ia mengeluarkan cahaya kuasa magis seseorang itu akan bertambah kuat tapi tak di ketahui kesahihan cerita ini sebab bukan semua orang sampai ke sini” Julia membuka bicara. Setiap tumbuhan di dalam Hollow Garden terus menerus mengeluarkan cahaya. Bunga-bunga, pokok-pokok dan binatang-binatang juga mengeluarkan cahaya.

“I guess we’re the lucky one” Lily membuka bicara setelah hampir lama mendiamkan diri.

“korang..dalam banyak-banyak haiwan mistik..haiwan apa yang paling aku nak tengok” Julia menyoal teman-temannya.

“apa soalan kurang cerdik kau tanya tu..kau teringin sangat nak tengok Mer People kan?” Maria berkata. Julia tersenyum. Lily yang dapat menangkap maksud senyuman Julia terus bertanya “kau dah jumpa ke?” dan
Julia hanya tersenyum manis. Dia bergerak ke arah utara. Maria dan Lily mengikuti Julia. Sampai di suatu kawasan tasik yang sangat panjang dan tiada penghujung Julia berhenti dan melompat naik ke atas pokok di ikuti oleh Lily dan Maria.

   “apa yang..” kata-kata Maria terhenti sebaik sahaja Julia menunjukkan isyarat supaya suruh diam. Tidak lama kemudian terdapat kocakan di permukaan tasik berhampiran mereka. dan tidak lama selepas itu terdapat beberapa Mer people naik ke permukaan. Maria dan Lily sekali lagi menjadi kagum. Ini juga kali pertama mereka lihat Mer people. Selalunya mereka hanya lihat gamabr Mer people di dalam buku sejarah haiwan mistik sahaja.

   Mereka mempunyai badan separuh manusia dari kepala hingga ke pinggang dan ekor dari bahagian pinggang ke kaki. Muka mereka juga seperti manusia biasa tetapi boleh lihat dengan jelas sisik-sisik ikan di muka mereka. terdapat lebih kurang 15 Mer people samada lelaki dan perempuan naik ke permukaan dan duduk di sebuah batu besar di tengah-tengah tasik berkenaan. Mereka memainkan music dan menyanyi. Maria dan Lily terpesona mendengar nyanyian mereka. Julia menghulurkan dragon fruit yang entah dari mana dia kutip untuk santapan mereka bertiga.

“amacam? Makan sambil ada orang menyanyi..live lagi tu..bukan selalu macam ni” Julia memandang teman-temannya. Mereka berdua buat thumb up tanda bagus. Julia senyum manis.

“tapikan Mer people bukan tak suka ke ada orang ceroboh kawasan mereka?” Maria bertanya.

“ada satu cerita..seorang lelaki yang tidak tahu pantang larang Mer people telah menceroboh masuk ke kawasan mereka dan dia di sumpah oleh Mer people..sampai sekarang tiada berita mengenai lelaki tu” Lily bercerita sambil mengunyah dragon fruit.

“Mer people adalah haiwan yang mempunyai kuasa mistik..mereka adalah benda yang sangat berharga.. sekali pandang mereka boleh tahu jika orang tu adalah kawan mahupun lawan..” Julia memberitahu.

“kalau aku pergi mengorat salah seekor Mer people tu amacam? Sekali dapat prince diaorang…” Julia berseloroh.

“kau jangan buat kerja gila Ju..” bergetar suar Maria memberi amaran. Julia ni bukan boleh percaya sangat kadang-kadang ikut sesedap hati dia je bertindak tanpa mengira bahaya.

“best apa jadi Mer people..” Julia sengaja nak menguji kawan-kawannya.

“Ju..” Lily dah naik suara 1 oktaf. Mujur Mer peoples tu tak dengar jeritan Lily.

“ korang tunggu sini. Walau apa pun yang terjadi jangan datang dekat faham!” Tanpa di sangka-sangka Julia melompat turun dari pokok. Lily tak sempat nak menarik tangan Julia. Lily dan Maria hanya menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong. Julia memang sengaja mencari nahas. Dalam terang cahaya yang di keluarkan pokok-pokok mereka dapat melihat Julia melangkah menghampiri pinggir tasik. Mer people yang melihat ada orang mendekati tempat mereka berkumpul berenang masuk ke dalam tasik kembali.
Julia menunggu di pinggir tasik berkenaan dengan sabar. Beberapa minit kemudian permukaan tasik berkenaan berombak hebat. Julia masih berdiri di situ tanpa sebarang gentar di hatinya. Lily dah rasa nak pengsan.

Ramai Mer peoples naik ke permukaan. Lily dan Maria dah tutup mata tak sanggup nak tengok apa yang terjadi kat Julia.

Ada sepasang Mer people menghampiri Julia. Julia melutut dan memeluk kedua-dua Mer people berkenaan.

Lily dan Maria ternganga melihat perbuatan Julia. Mereka hanya melihat apa yang terjadi dengan senyap.

Sesekali dahi mereka berkerut apabila tak faham sebutir habuk pun apa yang dicakap oleh Julia. Ju reti bahasa Mer people? Desis hati Lily. Selepas ini mereka akan mendapatkan penjelasan dari Julia. Lama Julia
berbual dengan kedua-dua Mer people berkenaan. Tidak lama kemudian mereka dapat melihat sepasang tangan yang halus memeluk tengkuk Julia. Baby Mer people yang seperti kanak-kanak berumur 5 tahun kelihatan. Julia sengih lebar. Dia bermain-main dengan baby Mer berkenaan sambil di perhatikan oleh ibu bapanya. Julia mengeluarkan seutas rantai berukiran dan memakaikannya di leher baby berkenaan. Baby Mer itu seolah-oleh terpesona melihat rantai emas itu sebelum memeluk Julia sekali lagi. Kedengaran galak Julia ketawa. Tidak beberapa lama kemudian Julia memeluk Mer people lelaki itu dan lama dia memeluk Mer people perempuan itu seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Dia mengucup dahi perempuan itu sebelum kesemua Mer peoples masuk kembali ke dalam tasik.

2 under spell:

kumako said...

oooowwwhhhh......smkin best2.....

Snow_Queen said...

thanx 4 da compliment..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review