Monday, March 22, 2010

4 elements vs 4 seasons 2

Posted by Snow_Queen at 11:02 AM

  Sekolah Sihir Jewel dan Sekolah Sihir Roselle adalah sekolah sihir yang terletak jauh ke pedalaman. 1 di barat dan 1 di timur. Setiap para pelajar di sekolah berkenaan akan menaiki kereta api khas untuk ke sekolah masing-masing setiap kali cuti sekolah mereka bermula atau berakhir. Anehnya kereta api khas itu hanya muncul apabila para pelajar kedua-dua buah sekolah itu hendak balik bercuti ataupun balik ke sekolah semula dan untuk ke Bandar jika ada pelepasan dari pihak sekolah. Di hari-hari biasa keretapi berkenaan seolah-olah tidak wujud.
  Maria, Julia dan Lily duduk di ruang tamu menyiapkan kerja rumah. Asrama tempat tinggal mereka agak besar. 1 bilik 4 orang. Dalam bilik berkenaan di lengkapi oleh bilik air. Katil mereka pula di susun sebelah menyebelah. ada ruang untuk ruang tamu, rak meletakkan buku serta meja belajar juga almari pakaian. Juga di lengkapi dengan pendiang api untuk memanaskan badan apabila tiba musim sejuk tetapi hari-hari mereka menyalakan api kerana cuaca di sekolah itu selalu sejuk hanya kadang-kadang sahaja matahari sudi memberi cahayanya. Pemandangan bilik mereka pula sebahagiannya adalah tasik dan sebahagian lagi adalah hutan. Setakat ini hanya mereka bertiga di dalam bilik itu oleh itu almari pakaian yang ke 4 mereka letak air dan makanan ringan. apabila tiba masa makan semua pelajar akan turun ke dewan makan yang di panggil Hall. Sekolah itu juga adalah bangunan lama yang menyimpan pelbagai misteri. Warden asrama mereka Miss Wick adalah seorang yang sangat strict. Mesti keluar makan dan masuk tidur tepat pada waktunya. Jika ada yang saja-saja buat hal memang sengaja reserve masalah namanya. Tapi bagi Maria, Julia dan Lily pandai-pandai nak hidup la..
 “esok kelas potion batal eh? Nak buat apa ye?” Maria menyoal. Maria memang pantang mendengar perkataan ‘kelas batal’ memang dia suka sangat.
“nak buat apa..pergi library dan siapkan essei subjek potion dan history of wizard’s world” Julia menyuruh. Lily angguk setuju.
“ala lama lagi nak hantar kan..” Maria buat muncung.
“lama tak lama nanti belambak kerja mula kau menyungut itu ini tak sempat” lily menempelak. Maria buat muka tak puas hati.
“kalau kita habis awal nanti kita pergi main ya?” Julia memujuk. Maria sengih setuju.
  Jam tepat menunjukkan pukul 7 petang. Mereka menutup buku dan keluar menuju ke hall. Miss Wick dah bising-bising suruh cepat.
  Semua pelajar lelaki dan perempuan duduk di dalam hall. Mereka menunggu makan malam di hidangkan. Suasana di dewan makan meriah seperti biasa. Hidangan makan malam muncul. Ayam panggang, roti bun, salad, baked potato, fries dan jus oren di hidangkan. Masing-masing mengambil makanan dengan cepat kerana sudah lapar.
 “Ju..Lily..tengok” Maria menunjukkan ke arah pintu masuk. Kelihatan 4 orang lelaki dan 3 orang gadis berjalan masuk. Uniform mereka jelas menunjukkan mereka adalah pelajar Roselle. pelajar-pelajar lain berbisik sesama mereka.
“ini je yang korang makan? Miskinnya..” seorang perempuan berambut dark brown bersuara sambil memandang tidak puas hati ke arah makanan yang di hidangkan.
“dah dapat makan pun cukup baik..kami semua jenis yang bersyukur.. ni pun dah banyak bagi kami” salah seorang pelajar bersuara.
“siapa yang bersuara tu?” perempuan berkenaan memandang garang ke arah seluruh dewan. Seorang pelajar bangun.
“eh tu Sam dari kelas 5 Eagle” Lily berbisik. Baru sahaja perempuan berkenaan hendak pergi ke arah Sam kumpulan budak lelaki 4 orang pelajar Roselle tasi beredar. Terkedek-kedek 3 perempuan itu mengikuti dari belakang. Perempuan berambut dark brown tu menunjukkan tanda warning kepada Sam. Kemudian semua pelajar menyambung kembali makan malam seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
 “itulah kumpulan The Lady..perempuan rambut dark brown tu Elaine, yang berambut kuning tadi Moon dan yang pendek sikit tu Crystal” Lily memberitahu.
“huih..Manner tak de langsung..dah campak ke langit agaknya..” Maria bagi komen.
“jadi dengan kedatangan mereka ke sini..adakah ini bermakna gabungan sekolah mereka dan sekolah kita akan menjadi kenyataan?” Satu hall mendengar kata-kata Julia. Mereka mengeluh serentak.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review