Monday, March 29, 2010

4 elements vs 4 seasons 12

Posted by Snow_Queen at 12:03 AM

    Matahari semakin tegak di atas kepala terus setia memancarkan cahayanya di seluruh alam. Angin terus setia memberi kedinginan kepada alam sekitar. Segala macam tumbuh-tumbuhan senantiasa menjalankan tugas masing-masing. Segala macam haiwan di dalam hutan itu terus setia memeriahkan alam semula jadi.
    Adam, silver, Yun dan Vince berdiri memandang air terjun di hadapan mereka. mata mereka tidak lepas pandang berry hitam liar yang tergantung elok di tengah-tengah air terjun itu. sungguh aneh mungkin itu kata hati mereka. manakala kumpulan perempuan berdiri memandang bukit yang tinggi di hadapan mereka. di pertengahan jalan tadi mereka berpisah untuk memudahkan carian. Masing-masing membahagikan tugas yang harus di sempurnakan. Agar juga mereka tidak perlu berlama-lama di dalam hutan valley wood itu. kini sudah hampir seminggu mereka mendiami hutan itu dan bermacam kepayahan dan ranjau telah di tempuhi.
   Silver memandang Adam, Yun dan Vince. Dari tadi mereka cuba bermacam cara untuk mengambil buah berry hitam itu tetapi gagal. Habis segala macam teknik dan magis di gunakan namun tak berhasil. Adam mendengus dingin. Dia dah give up untuk pikir. Lalu dia melunjurkan kedua belah kakinya ke dalam tasik. Dia menikmati alam sekeliling. Sekilas dia melihat ikan berwarna-warni di dalam air dan dia menangkap ikan tersebut. Kalau buat makan tengah hari sedap juga ni getus hatinya.
“oh tolonglah lepas kan saya..dan saya akan tunaikan apa sahaja hajat awak” rayu ikan tersebut. Adam terkejut. Ini bukan fairy tales di mana ada binatang boleh bercakap tetapi ikan di depannya ini baru sahaja berkata-kata dengannya.
“mesti aku berkhayal sahaja” kata Adam perlahan.
“tak..tak awak tak berkhayal. Memang saya boleh bercakap” sambung ikan itu lagi. Kali ni benar-benar Adam mengerutkan keningnya.
“baiklah..aku akan lepaskan kau kalau kau beritahu macam mana nak dapatkan buah berry hitam tu” adam menunjukkan ke arah buah tersebut.
“saya sendiri akan bagi buah tu kepada awak” kata si ikan. Dengan perlahan-lahan Adam melepaskan kembali ikan tersebut ke dalam sungai dan ikan itu hilang dalam sekelip mata. Adam mendengus. Dia tak patut percayakan kata-kata seekor ikan desis hatinya.
Dan kemudian…
“wei tengok ni?” Yun menjerit memandang kawan-kawannya. Mereka yang lain mendekati Yun. Di tepi pinggir sungai tersebut terdapat beberapa bakul buah berry hitam tersebut dan Adam tersenyum tanpa di sedarinya.
     Julia melihat sepohon pokok epal emas elok berdiri di pinggir bukit itu. mereka duduk untuk melepaskan lelah sejenak. Setelah beberapa ketika melepaskan lelah mereka meneleport diri mereka ke atas gunung dan kini mereka berdiri tidak jauh di hadapan pohon berkenaan. Dilihat beberapa budak menari mengelilingi pohon berkenaan. Mereka menghampiri.
“apa hajat kakak-kakak semua?” seorang budak berambut biru bertanya tetapi masih dalam keadaan mengelilingi pokok tersebut.
“kami nakkan buah tersebut..” Lily berkata. Mereka semua berhenti menari dan memandang antara satu-sama lain.
“baiklah..tapi dengan satu syarat..” kata budak berambut perang pula.
“katakan saja” Maria sudah bersiap sedia untuk menyahut cabaran.
“baiklah..apa binatang yang mempunyai tujuh kepala dan berkaki seperti harimua juga selalu duduk di atas pokok?” tanya budak berambut hijau pula. Yang lain semua berkerut memikirkan jawapan. Irene ke depan dan berkata “penipu..”. yang lain terkejut dengan kata-kata Irene.
“mana ada binatang macam tu. Dan korang pun adalah ilusi sahaja kan?” Irene berkata dengan garang. Yang lain semua memandang ke arah budak-budak tu dengan tepat.  Budak-budak tu masih menari mengelilingi pokok berkenaan sambil bergelak ketawa. Dan beberapa ketika kemudian mereka semua hilang. Lily merapati pokok tersebut dan menghentak wandnya ke dahan pokok tersebut. Beberapa buah biji epal emas terjatuh dan mereka menyimpannya ke dalam bag. Mereka duduk makan tengah hari di bawah pokok tersebut.
  Mereka semua berdiri di pinggir bukit sambil memandang ke arah bawah. Lily tersengih jahat.
“wei..jom meluncur nak? Sementara jantan-jantan tu tak de” Lily memberi cadangan.
“erk? Meluncur? Mana ada salji nak main luncur-luncur ni” Irene memandang tiga sekawan tu.
“ala nak meluncur tak semestinya kena ada salji” dan Lily menghentakkan wandnya ke atas tanah. Sebentar kemudian akar-akar pokok naik ke atas permukaan tanah. Julia, Maria dan Lily melompat turun dan Irene masih berdiri di situ memerhatikan kawannya yang bertiga itu meluncur.
“yieeehaaa..wei Ju kau halang laluan aku..” kedengaran suara Maria berteriak.
“ah! Ketepi kau..kau yang halang laluan aku” kedengaran suara Julia pula.
Dan Irene masih memerhatikan kawan-kawannya yang sudah semakin jauh ke bawah.
“wei Irene..kau nak menetap kat atas tu ke? Takkan la kau gayat kot?” kedengaran suara Lily berteriak pula. Irene telan liur. Dia memejamkan mata dan “aaaaaa” jeritnya sepanjang meluncur. Irene terduduk atas tanah setelah sampai ke bawah bukit. Julia, Maria dan Lily tersengih melihat Irene.
“kau gayat ek?” Julia bertanya. Irene angguk. Yang lain ketawa.
“kawan-kawanku perjalanan kita masih jauh. Marilah kita sama-sama cari mamat-mamat tu dengan meluncur. Lagi cepat” Maria jadi skema tetiba.
“yang ko skema ni pehal plak?” Julia menghempuk kepala Maria. Maria menepis dengan buat backflip.
“err..meluncur lagi?” Irene bertanya setelah di rasakan sistem pernafasannya kembali normal.
“ala Irene takkan la atas tanah rata pun kau takut nak meluncur?” Maria angkat kening.
Lily sekali lagi menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan akar-akar pokok dari tanah. Maria dan Julia dengan tidak sabar terus naik dan meluncur laju. Lily memandang Irene.
“jangan takut. Kau kena la biasakan diri. Takkan jatuh punya. Kau just ikut jalan di hadapan kau” Lily memberi semangat. Irene mengangguk dan meluncur bersama Lily mengejar Julia dan Maria yang sudah jauh di hadapan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review