Monday, March 29, 2010

4 elements vs 4 seasons 11

Posted by Snow_Queen at 12:01 AM

  Nyalaan unggun api semakin kecil. Pagi semakin menghampiri. Irene memeluk sweaternya sekejap mungkin kerana kesejukan pagi terasa hingga menusuk ke tulang hitam. Sepanjang dia berjaga dengan Adam hanya sekejap-sekejap sahaja mereka berbual. Yang lain masih lena di ulit mimpi. Apabila tepat jam 7 pagi Irene dan Adam mengejutkan yang lain. mereka harus bersiap, makan dan bertolak. Mereka menikmati sarapan dengan senyap. Mereka meneruskan perjalanan selepas membersihkan tempat mereka bermalam. Irene sudah berjalan dengan tiga sekawan tersebut. Yang lain hairan bila masa Irene menjadi kawan dengan 3 budak Jewel berkenaan.
“kita masih tak jumpa benih queen dew” Adam berkata.
“dah..semalam Julia bagi dekat aku” Silver memandang ke arah Julia. Adam memandang ke arah Silver kemudian ke arah Julia.
“jadi kita nak cari apa pula?” Maria bertanya.
“ermm..kayu manis berbatang 5” Lily memberitahu
“uih..peliknya spesis tu” Irene menyampuk.
“alamak..” Julia berkata tiba-tiba. Yang lain memandang ke arah Julia. Julia berpaling ke arah belakang. Kali ni bebudak Roselle tidak mengekori dengan jarak dekat. Maria, Lily dan Irene ikut memandang ke belakang.
“kayu manis berbatang lima tu kita tak mungkin jumpa..aku pun tak tahu benda tu tumbuh kat mana..” Julia memandang yang lain.
“habis tu macam mana?” Yun bertanya.
“tapi kita boleh dapatkan benda tu..ada seorang yang suka kumpul kayu manis tapi.. susah la sikit” Julia buat muka.
“kenapa?” Vince bertanya.
“sebab orang yang menyimpan koleksi kayu manis tu suka buat permintaan bukan-bukan” Lily menyampuk setelah tahu siapa yang di maksudkan Julia.
“jadi apa masalahnya..kita ikut jelah permintaan dia?” Vince bercakap.
“tahun sudah dia mintak Lily terjun gaung kau tahu bila kitaorang nak minta herba hitam dekat dia” Maria menyergah. Nasib baiklah Sir Edward ada kalau tak naya je kawan dia yang sorang tu..tapi tu waktu Sir Edward ada ni hanya mereka-mereka sahaja. Maria mendengus.
“macam ni kita pergi jumpa dan dengar dulu dia nak suruh kita buat apa. Kalau permintan dia rasional kita teruskan. Kalau tak kita usaha cari tempat tumbuh kayu manis tu” Silver memberi cadangan. Mereka semua memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk setuju.
   Mereka berhenti di sebuah pokok. Lily tunduk sedikit dan mengetuk pintu. sebentar kemudian keluar 5 orang dwarf yang memakai topi hitam, merah, hijau, kuning dan putih.
“oho kita ada tetamu..kita ada tetamu” kata si topi merah.
“selamat pagi Sire..tak kenal kitaorang lagi?” Lily bertanya. Kelima-lima dwarf berkenaan merenung manusia di hadapan mereka.
“oho..oho..kamu bertiga..emm..emm..ingat..ingat..anak murid si Edward tu..hahaha.. tapi yang lain ni siapa?” tanya si topi hitam.
“ni kawan-lawan kami” Julia memberitahu.
“o’oh..kawan..kawan..jadi kamu nak apa kemari?” si topi putih bertanya.
“err sire..kami nak minta tolong..kami memerlukan kayu manis berbatang 5” teragak-agak Maria memberitahu.
Kelima-lima dwarf berkenaan membuat bulatan sesama mereka dan berbisik. Maria, Julia, Lily, Irene dan 4 jejaka Roselle memandang antara satu sama lain dengan penuh debaran.
“ermm..kamu tahu koleksi tu amat berharga bagi kami..kami perlu meredah gaung, lalu sarang ular gergasi, kena kejar dengan harimau..” si topi hijau bersuara.
“kami akan bayar berapa saja” Yun berkata. Kelima-lima dwarft berkenaan tergelak.
“oho..oho..ni bukan soal harga anak muda..bukan..” si topi kuning pula bersuara.
“kalau kamu nak barang tersebut ada satu syarat.” Si topi hitam memasang jerat.
“sebutkan syaratnya.” Vince bersuara. Kelima-lima dwarf berkenaan sengih nakal.
“kami nak Julia bertarung dengan Silver” entah macam mana dwarf berkenaan tahu nama Silver. Julia telan liur kesat. di pandang muka Silver yang tak beriak.
 Semua duduk di tepi memerhatikan Julia dan Silver yang berdiri berhadapan antara satu sama lain. sejak lima minit lalu tiada tindakan yang di ambil.
“oh come on.. bila korang nak mula ni?” si topi hitam membebel. Baru sahaja Julia ingin membaca jampi terdengar suara seseorang.
“oh permainan bodoh apakah ini?” kelihatan seorang perempuan tua berdiri di sebelah dwarf-dwarf berkenaan. Kelima-lima dwarf berkenaan tunduk tidak memandang tuan mereka.
“tak payah berlawan..kamu boleh ambil sahaja kayu manis tu..Anthony pergi bagi tetamu kita barang yang mereka nak” dan si topi hijau berlari terkedek-kedek masuk ke dalam rumah mengambil barang berkenaan. Nenek itu menyerahkan bungkusan berkenaan kepada Julia. Selepas mengucapkan terima kasih mereka semua beredar.
“kenapa kau tak serang Silver saja tadi? Selalunya kau tak pernah bagi peluang dekat musuh-musuh kau?” Lily bertanya dan Julia mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan itu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review