Monday, March 29, 2010

4 elements vs 4 seasons 10

Posted by Snow_Queen at 12:00 AM

  Bunyi burung hantu bersahut-sahutan. Malam sudah menjelmakan dirinya namun mereka masih gagal menemui queen dew. Maria dah duduk atas batu kerana lenguh. Begitu juga yang lain. mereka akan bermalam di situ sahaja.
 “kat bawah sana ada sungai. Korang boleh bersihkan diri kat sana” Lily memberitahu pelajar-pelajar Roselle. mereka hanya mengangguk. Dah tak larat nak bertekak kerana sepanjang hari dah puas bertekak. Irene mendengus resah. Takkan la dia kena tidur dengan mamat-mamat ni desis hatinya namun dia masih tak berani nak mendekati pelajar-pelajar Jewel.
 4 jejaka Roselle membersihkan diri di bawah manakala Maria, Julia dan Lily dah hendak beredar pergi mandi di bahagian atas sungai namun pergerakan mereka terhenti apabila Julia menyiku Maria menunjukkan ke arah Irene yang sedang duduk bersendirian di unggun api.
“Irene..kau tak nak mandi?” Lily mengajak. Irene terkesima dengan ajakan itu.
“eh tak apalah aku mandi nanti je” Irene segan-segan ayam.
“oh tak pelah kalau kau tak takut dengan serigala” selamba Maria berkata dan mengajak kawan-kawannya beredar. Irene yang mendengar kata-kata Maria terus berlari mengikut mereka apabila mendengar bunyi lolongan serigala. Julia menyentuh air sungai dan dalam sekelip mata air sungai berkenaan menjadi suam. Dia melompat masuk kegembiraan ke dalam sungai. Irene menghulurkan kakinya ke dalam sungai untuk merasai tahap kesejukan air tetapi apabila dia merasakan air sungai berkenaan suam terus dia terjun ke dalam sungai berkenaan. Mereka mandi sambil melayani fikiran dan perasaan masing-masing.
“Irene..kau takut dengan kami ya? Maria tanya Irene yang duduk agak jauh dari mereka.
“eh? A’ah eh tak la” tergagap Irene menjawab apabila dia di tanya tiba-tiba.
“buat apa takut dengan kitaorang. Kitaorang bukan makan orang pun.” Lily memandang Irene. Irene garu kepala.
“ermm..dorang cakap pelajar Jewel semua jahat-jahat” takut-takut Irene mengeluarkan statement tu.
“ha? Nak kena cili mulut betul sapa yang cakap macam tu.” Maria dah angin.
“habis tu kau tengok kami ni jahat ke?” Julia bertanya lembut. Irene menggeleng.
“kalau kami jahat dah lama kami tinggalkan korang tengah-tengah hutan ni” Julia berkata.
“walaupun kitaorang tak suka pelajar Roselle tapi kitaorang rasa kau ni lain sikit..tak macam yang lain” Lily bersuara.
“jadi..mari kita berkawan?” Maria menghulurkan tangan kepada Irene. Irene senyum manis dan menyambut huluran Maria. Mereka berbual-bual untuk mengenali diri masing-masing.
 “eh bising betul minah-minah tu mandi” Adam bersuara.
“kurang skru kot sebab penat” Silver senyum ke arah teman-temannya. Mereka gelak.
   Selesai mandi mereka semua berkumpul sekeliling unggun api untuk memanaskan badan masing-masing.
“jadi..kita kena buat shift untuk berjaga bergilir-gilir” Maria bersuara.
“buat apa macam tu. Kita buat bulatan magis sudah” Yun bersuara.
“memang la kita akan buat benda tu..tapi kita tak tahu kalau-kalau ada yang mampu melepasi bulatan tu” tegas Julia berkata.
“jadi macam mana kita nak buat giliran ni?”
“setiap orang berjaga untuk 3 jam. Kita buat partner lelaki-perempuan” Vince memberi cadangan. Semua memandang ke arah Vince.
“asal pulak nak buat partner laki-perempuan?” Lily membantah.
“bagi adil la..” Vince menjawab.
“ok macam mana nak pilih partner?” Adam bertanya.
“kita buat undian? Korang lelaki tulis nama korang atas kertas dan kitaorang akan pilih.” Irene memberi cadangan. Semua angguk setuju.
 Irene menyuakan tangannya kepada 3 pelajar Jewel. Maria tutup mata sebelah untuk melihat nama pasangannya. Dia memandang ke arah Vince yang sedang memetik guitar.
“kau dapat sapa Maria?” Irene bertanya.
“Vince..”
“Silver” Julia menjawab.
“Yun” Lily menjawab
“jadi aku dengan Adam..” takut-takut Irene pandang ke arah Adam yang dingin tu.
“ok sapa nak berjaga dulu ni?” Yun bertanya.
“aku tak penat lagi..korang pergi la tidur dulu” Silver menjawab.
Masing-masing dah masuk dalam sleeping beg. Julia mengambil sweater dan bangun mengambil ranting kayu. Dia memberi ranting kayu berkenaan kepada Silver. Silver kerut kening.
“pergi la buat bulatan magis tu” Julia mengarah. Silver rampas kasar ranting kayu dan membuat bulatan besar sambil baca jampi. Apabila selesai dia duduk sebelah Julia yang sedang melayan perasaan.
“lelaki yang kau bunuh tu..orang suruhan dark witch?” perlahan Silver bertanya takut menganggu lena kawan-kawannya. Julia sengih perli bermaksud tahu pun kau. Silver memasukkan beberapa ranting kayu ke dalam unggun api.
“Lord..Sir Lord orangnya macam mana?” tiba-tiba Julia bertanya. Dia memandang tepat ke arah Silver.
“kenapa kau nak tahu?” dingin Silver bersuara.
“tak..aku nampak dia tu macam cikgu yang suka suruh anak-anak muridnya buat benda-benda merbahaya.” Sengaja Julia berkata demikian.
“dia ok je..orangnya sporting. Dia adalah cikgu yang di sukai ramai oleh sekolah tu. Cuma kadang-kadang dia boleh jadi tegas.” Silver memberitahu untuk membuang tanggapan negative Julia terhadap gurunya itu. Julia hanya mengangguk. Jadi Lord orangnya macam tu. Kalaulah dia dapat rapat sebagaimana dia rapat dengan dany mesti seronok. Dia mendengus perlahan. kocek sweater di seluk dan dia mengeluarkan bungkusan kertas kepada Silver.
“benih queen dew. Jumpa waktu tengah mandi tadi.” Julia memberitahu. Silver ambil dan simpan dalam bag packnya.
“betulkah sekolah kita akan bergabung?” sinis Julia bertanya.
“kemungkinan besar” Silver menjawap.
“aku amat berharap tak jadi. Pelajar-pelajar sekolah kita tak mungkin bersatu. Kalau kita semua di letakkan dalam satu tempat yang sama aku khuatir pergaduhan besar akan meletus” Julia memberikan pandangannya.
“oho..yang tu aku amat setuju dengan kau. Kita semua adalah E.N.E.M.Y F.O.R.E.V.E.R” Silver sengih memandang Julia. Julia gelak perlahan. Silver merasakan degupan jantungnya makin laju. Ah sudah kenapa pula dengan jantung aku ni..nak buat masalah tengah-tengah hutan pula desis hatinya.
“jadi apa yang menarik mengenai Valley Wood?” Silver bertanya ingin tahu.
“oh macam-macam. Tapi ada sebahagian besar hutan ni yang kami tak terokai lagi” dan Julia memulakan cerita mengenai hutan itu dengan penuh semangat. Silver hanya tersenyum memandang Julia.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review