Monday, March 22, 2010

4 elements vs 4 seasons 1

Posted by Snow_Queen at 11:01 AM
     Sudah lebih seminggu khabar angin ni tersebar membuatkan para pelajar di Sekolah Sihir Jewel tidak senang duduk. mana tidaknya dengar kata sekolah mereka akan bergabung dengan Sekolah Sihir Roselle dan menukarkan namanya kepada Kolej Roswell.
“Pihak pengurusan sekolah macam tak tahu je yang pelajar sekolah sihir Roselle tu suka memandang rendah terhadap pelajar sekolah kita” itu komen yang Julia sudah dengar dari seminggu yang lepas. Dia malas nak ambil tahu. Maria yang datang dari mana tiba-tiba sahaja duduk di depannya.
“Julia..kau ni tenang semedang je aku tengok. Orang lain tengah risau ni kau tau tak..” Maria menyungut.
“tu orang lain bukan aku. Dah itu keputusan pihak sekolah aku nak buat apa? Meraung? Ke bakar sekolah ni?” Julia senyum. Dia mengambil penyepit rambut dan mengepit rambutnya. Dilap cermin mata sebelum memakainya.
Dia memandang ke arah Lily pula. Kelihatan temannya itu sedang sibuk memberi kaunseling berbayar. 1 sekolah menggelarkannya pakar cinta. Nak tergelak pun ada bila mendengar gelaran tersebut. Tapi memang setiap teori yang diberi Lily jika di praktikkan akan menjadi. Nasihat yang di beri bukan percuma sebaliknya setiap kepala di cas sebanyak ♠50. Tak kira lelaki ataupun perempuan mesti akan cari dia.
“maaf semua sampai di sini saja” yang lain mengeluh kerana Lily sudah nak beredar. Mereka tak puas lagi untuk mendengar tips-tips dari Lily. Lily bangun dan mendekati Julia dan Maria. Dia senyum manis.
“berapa banyak dapat harini?” Maria bertanya.
“♠10000” Lily angkat kening 3 kali. Mereka menggeleng kepala sahaja. Di negara Down Earth ♠10000 tu dah boleh shopping baju branded 3 helai.
“boleh belanja makan..” Julia mengusik.
“eh korang dengar tak cerita pasal kumpulan The Lady dari sekolah Roselle tu?” Lily membuka cerita. Julia geleng kepala. Lagi-lagi Roselle.
“cerita apa?” Julia tanya nak-tak-nak.
“dengar kata kumpulan tu suka buli orang. Esok-esok kalau betul kita bergabung dengan dorang memang ramai budak sekolah kita kena buli la..lagi-lagi kau Julia mesti jadi mangsa punyalah..” Lily memandang tajam ke arah Julia.
“asal pula?” Maria sengaja bertanya.
“kau tengok penampilan minah ni. beserabut memanjang..memang jadi mangsa buli la nanti..” Lily sengih jahat.
“alah cakap jelah kau kutuk aku..mangsa buli konon. Hello bukan aku yang nak jadi macam ni korang pun tahu aku ni susah bangun pagi. Jadi memang capai jelah apa yang patut. Nasib baik sempat je sembur perfume” Julia tolak bahu Lily.
“yang tu aku hairan. Sempat pulak main sembur-sembur” Maria dan Lily gelak.
“korang..harini Sir tak masuk kelas. Dia suruh kita buat praktikal kat Valley Wood” Gee ketua kelas memberitahu. Masing-masing mengambil apa yang patut dan menuju ke Valley Wood.
“seperti yang kamu tahu..atau mungkin ada yang tak tahu Valley Wood adalah habitat semula jadi Unicorn dan makhluk-makhluk mistik lain..” Sir Henry iaitu guru bagi subjek Norm, subjek mengenai haiwan magis dan kegunaan mereka dalam dunia sihir serta dunia perubatan membuka bicara sebaik sahaja semua pelajar kelas 4 Dove sampai. Mereka mendengar apa yang dikatakan Sir Henry dengan penuh teliti.
“jadi..tugas kamu semua harini sangat se…nang” Sir Henry senyum kepada para pelajarnya. Semua pelajar 4 Dove mengeluh. Kalau Sir Henry cakap senang maknanya susah.
“saya nak kamu cari Xing Unicorn di dalam Valley ni dan bawa balik air mata haiwan tersebut ke sini..jangan cuba nak menipu..saya kenal air mata setiap jenis unicorn dalam Valley ni.. jadi dalam 1 kumpulan 3 orang kamu semua akan ada dalam 10 kumpulan. Kalau ada apa-apa kecemasan buat percikan bunga api di udara saya akan pergi kepada kamu.” Sir Henry sengih. Xing Unicorn adalah spesis unicorn yang jarang di jumpai. Ia adalah haiwan yang paling mistery dalam kumpulan-kumpulan unicorn yang ada. Malah warnanya juga sangat unik iaitu gabungan gold, putih, biru dan purple serta keseluruhan badannya mempunyai sparkle.
Julia, Maria dan Lily membentuk 1 kumpulan dan bergerak masuk ke dalam Valley Wood. Dengan tenang mereka berjalan dan menikmati setiap perjalanan. Siap boleh bergelak ketawa lagi. Apabila sampai di satu tempat yang mempunyai sebuah batu besar berbentuk segi tiga mereka berhenti. Maria melompat ke atas batu berkenaan dan memerhatikan keadaan sekeliling. Dengan mempunyai kuasa mata yang jelas sejelas penglihatan sang helang Maria dapat melihat tempat yang lagi jauh dari tempat dia berdiri sekarang. Itu adalah salah satu kelebihan Maria.
“ada satu dekat arah timur tenggara. Tapi kenapa aku tengok menatang tu pelik semacam..” Maria menyungut. Dia turun. Dengan sekali hentakan di atas tanah oleh wand Lily akar kayu sebesar paha gergasi keluar dan mereka bertiga meluncur laju di sebalik akar-akar kayu yang berselirat itu. Julia melompat tinggi di udara apabila laluan luncurannya di halang oleh akar kayu yang bersimpul. Mereka menjerit kesukaan seolah-olah sedang bermain roller coaster. Apabila sampai di tempat yang di tujui mereka melompat turun. Lily menghentakan sekali lagi wandnya di atas tanah dan sekelip mata akar-akar kayu berkenaan masuk balik ke dalam tanah. Mereka berjalan untuk 5 minit sebelum sampai ke tempat Xing Unicorn itu duduk. Binatang itu mendengus kasar seolah-olah memberitahu dia tidak sukakan kehadiran mereka bertiga.
“easy..easy..kitaorang tak bermaksud jahat. kami cuma perlukan air mata kau je” Maria bersuara untuk mendekati binatang tersebut tetapi binatang itu cuba menendang Maria. Maria berundur ke belakang balik. Lily dan Julia gelak besar.
“kau mandi tak pagi tadi? Entah-entah dia tak suka sebab kau busuk” Julia menempelak.
“banyak la kau tak mandi..” Maria buat muncung.
“tengok dan belajar..” Julia sengih bangga. Dengan penuh hati-hati dia berjalan mendekati Unicorn tersebut. Anehnya binatang itu tidak melawan apabila Julia mendekati sebaliknya sebaik sahaja Julia mendekati dia mendekatkan kepalanya kepada Julia. Julia memeluk haiwan berkenaan.
“see.. haiwan pun suka kat aku” Julia angkat kening tiga kali. Lily dan Maria mencebik. Julia mengusap-usap badan haiwan berkenaan.
“wei..dia ni mommy to be la..aku rasa masa dia dah sampai..” Julia memberitahu.
“takkan la kita nak bidankan dia tengah-tengah hutan ni?” Lily menyoal.
“habis tu takkan la kita nak hantar dia masuk wad bersalin kat Bandar pulak” Maria menempelak Lily.
“Ju..dia sukakan kau sebab kau kan warm..maria ni angin memanjang jadi dia tak suka..” Lily sengaja mengenakan maria pula. Maria menjegilkan matanya.
“sudah..tolong cepat..Lily..Maria korang sambut anak dia..aku tadah air mata dia sambil tenangkan menatang ni..” Julia mengarah. Lily dan Maria menyelak lengan baju hingga paras siku. Mereka bersedia untuk menyambut kelahiran baby unicorn.
Julia membaca jampi penenang kepada haiwan berkenaan. Air mata yang di tadah di letakkan di pangkal pokok.
“dah ke belum?” Julia menyoal.
“belum lagi..tapi darah keluar banyak. Nak pengsan aku tengok” maria menyungut. Sememangnya dia tak berapa sukakan bau darah. Boleh pening di buatnya.
“Maria..kau usap-usap perut dia sambil urut-urut sikit. Kau baca la apa-apa pun.” Julia menyuruh. Haiwan berkenaan hanya merelakan apa sahaja yang di buat oleh mereka bertiga. Ia mendengus perlahan.
“hohoho dah keluar kepala..” Lily jerit kesukaan.
“uih kau agak-agak la..terkejut binatang ni” Maria memandang Lily. Lily sengih.
Lily menarik baby unicorn itu sedikit demi sedikit untuk meringankan penyeksaan si ibu. Siap sahaja baby itu di lahirkan Lily mendukung dan meletakkan baby berkenaan di sebelah si ibu. Si ibu membau si anak dan menjilat-jilat si anak berkenaan. Mereka bertiga memandang dengan rasa terharu.
Lily mengambil batu dan melukis bulatan di sekitar kawasan unicorn dan anaknya duduk. ia sebagai perlindungan dari segala bahaya. Julia menyembuhkan luka beranak unicorn berkenaan. Maria mengambil air dari embun-embun yang ada dan memberi unicorn itu minum. Mereka beredar sebaik sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan berkenaan. Haiwan itu mengangguk seolah-olah faham dengan kata-kata mereka.
“apa yang terjadi dengan kamu?” Sir Henry memandang Lily dan Maria yang di basahi darah dan Julia yang lencun dengan air mata unicorn. Pelajar-pelajar lain mendekati mereka bertiga.
“kami jadi bidan untuk unicorn. Nah ni air matanya” Julia menghulurkan bekas air mata kepada Sir henry.
“kamu bertiga boleh balik asrama, mandi dan tukar baju” Sir Henry mengarah. Semua pelajar bersurai dan mereka bertiga menuju ke arah asrama.

3 under spell:

Anonymous said...

story2 kat page ni unik kot..
btw,keep up d ggod work ya..
:)

Snow_Queen said...

@anon: Tengs =)

beautiful eyes said...

brapa kali ulang pun tetap best...*wink..wink*

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review