Sunday, February 28, 2010

sleeping forest 19 *final*

Posted by Snow_Queen at 3:24 PM
“bangunan kita di pecah masuk dan tiada bukti yang dapat di cari untuk mengaitkan kejadian ini dengan sesiapa..” Rider bersuara.
“mereka sangat licik. Tapi yang hairannya tiada apa yang hilang itu yang memusykilkan” spitfire bersuara.
“jangan-jangan kerja budak-budak heck crew?” ayu membuat andaian. Dia memandang sha dan ika yang membuat muka selamba.
“tak mungkin. Kalau ni kerja diaorang mesti dorang akan tinggalkan tanda. Bukan tu trademark dorang ke?” andy ketua light G-force bersuara.
“ apa-apa pun kita kena berhati-hati. Eh macam mana dengan misi kau Rider?” ketua wolf clan bersuara.
Rider tersenyum sinis “agaknya sekarang Simon tengah mengamuk.”
“yang penting sekarang kita kena mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Majlis malam esok. Kumpulan heck crew mungkin akan menggunakan peluang ini untuk menangkap kita semua” sha bersuara tegas.
xxxxx
  Simon menumbuk dinding berkali-kali. Tiada sesiapa yang berani mendekati ketua mereka sekarang apatah lagi Simon seperti orang hilang akal. Simon menyumpah seranah kings. Dia bersumpah dia akan menangkap mereka semua tanpa meninggalkan seorang pun hidup. Dia mengarahkan orang-orangnya supaya menyediakan apa yang patut. Dia mahu memberi hadiah balas kepada kings terutama sekali kepada spitfire.
Segera ingatan 5 tahun yang lalu terimbas kembali. Waktu itu dia baru sahaja masuk tingkatan 5 dan adiknya berada di tingkatan 3. Sudah beberapa kali dia menasihati adiknya supaya menjauhi spitfire kerana pada pandangannya spitfire bukanlah jejaka yang baik. Tetapi adiknya hanya tersenyum manis apabila dia membuka mulut. Sampailah suatu hari apa yang di takutinya terjadi. Sewaktu pulang dari sekolah dia melihat pergaduhan tercetus di padang kawasan perumahan rumahnya. Pada mulanya dia membuat tidak endah sampailah dia mendengar bunyi tembakan di ikuti bunyi jeritan seorang gadis. Dia tergamam kerana dia mengenali suara itu. Dia berlari semula menuju ke arah padang permainan. Simon melihat Spitfire memangku adiknya yang dibasahi dengan darah. Adiknya sudah tidak bergerak. Dia menolak spitfire dan membawa adiknya ke hospital tetapi semuanya sudah terlambat. Sejak hari itu dia berazam yang dia mesti menghapuskan permainan bodoh yang mengambil nyawa adiknya dan yang paling utama dia akan  membunuh spitfire dengan tangannya sendiri.
xxxxx
   sha berasa resah. Sudah beberapa hari dia cuba menghubungi jun tetapi tidak berjaya. begitu juga ika dan ayu yang gagal menghubungi teman masing-masing. Mereka juga pernah berpecah untuk mencari kumpulan epic di tempat yang selalu mereka pergi tetapi semuanya sia-sia sahaja.
“aku nak jumpa dia sebelum aku mati..” sha bersuara
“oi apa yang kau cakap ni?” ayu memarahi sha
“entah..mulut jaga sikit ye. Mati-mati tak mau sebut” ika menambah
“aku cakap je. Yelah mana la tau hari kitaorang gaduh tu adalah hari terakhir kitaorang berjumpa.” Nada suara sha dah sebak. Ika dan ayu hanya mendiamkan diri. Masing-masing hanya mengakui kenyataan sha dalam hati. Tinggal beberapa jam sahaja lagi mereka perlu menempuh misi yang merbahaya.

Di sebuah kafe…
    Jun melihat skrin telefon bimbitnya. Sebaik sahaja butang on di tekan terdapat beberapa mesej dan panggilan tidak berjawap terpapang di skrin handfon. Dia mengigit bibir apabila meluhat nama penghantar mesej. Zoey mengambil telefon bimbit jun dan meletakkan di atas meja.
“kejam sangat ke kita buat macam ni?” Jun bersuara “aku rasa perangai kita ni macam budak-budak.”
“budak-budak? Come on la Jun kita bukan nak mengongkong dorang tapi apa salahnya dorang bagitahu kita nak pergi mana.” Zoey bersuara.
“mungkin betul kita tak patut masuk campur urusan mereka. Mereka kings kita ni sapa?” jun menyoal kembali. Vic dan zoey mendengus kasar.
xxxx
   Sha, Ayu dan Ika mengenakan sentuhan terakhir ke wajah mereka. Kemudian mereka menghampiri meja dan mengambil senjata masing-masing. Mereka mengeluh berat. Mereka berpelukan sesama mereka bagaikan memberi kekuatan kepada sesama sendiri.
“kalau salah seorang daripada kita dapat balik hidup-hidup tolong sampaikan pesanan dekat jun ye..” sha berkata memecahkan kesunyian antara mereka.
“mari kita sama-sama berjuang. Mari kita sama-sama keluar dari permainan ni hidup-hidup..” ayu menambah.
“gunakan sepenuh kekuatan kita untuk membebaskan yang lain. mari hapuskan permainan ni  buat selama-lamanya.” Ika menambah pula.
xxxxx
    Bunyi muzik memeriahkan suasana di majlis tari menari. Semua kumpulan sudah berkumpul termasuk kumpulan epic. Semua orang melakukan aktiviti masing-masing. Suasana menjadi senyap seketika apabila kelapan-lapan kings tiba. Semua kumpulan mendongakkan kepala mereka untuk melihat ke tingkat atas.
Penampilan kelapan-lapan kings juga turut menarik perhatian kesemua kumpulan yang berada di situ.
“akhirnya kita semua berkumpul di sini..dalam satu majlis yang di rancang sekian lama. Aku berharap korang semua letak ke tepi dahulu persengketaan antara sesama sendiri dan menghargai setiap saat yang ada..enjoy..” Rider mengakhiri ucapan dan tepukan bergema satu dewan.
Sebelum beredar rider sempat berbisik “lagi satu jam” kepada sleeping forest yang ingin menyertai majlis tarian itu.
Semua orang memberi laluan kepada sleeping forest yang menuju ke atas pentas. Sha, ika dan ayu berdiri menghadap kesemua hadirin. Mereka menarik nafas. Ayu duduk di bangku piano manakala ika memegang violin.
Jun, vic dan zoey terpukau dengan kecantikan teman masing-masing pada malam itu.
Piano berbunyi di ikuti dengan gesekan violin dan sha memulakan nyanyian..
I was so happy, you were laughing
With a smile that melts everything away
Spring is still far away, inside the cold earth,
Waiting for the time to sprout

Sha teringat kali pertama dia berjumpa dengan jun. kali pertama yang tidak disengajakan.

For instance, even if today is painful
And yesterday's wounds remain
I want to believe that I can free my heart and go on
I cannot be reborn
But I can change as I go on, so
Let's stay together always
Ayu teringat Vic yang membuat pengakuan cinta secara tiba-tiba di sekolah. mereka yang pada mulanya musuh bertukar menjadi kekasih…
Smile only at me and touch me with those fingers
This simple desire is everlasting
I want things to be simple
Let's finally get across this sea of mournful sorrow
For instance, even if today is painful
Someday it will become a warm memory

Ika teringat zoey yang tiba-tiba mengaku menyukainya semasa berlawan di shopping complex happily. Dalam saat-saat genting pun lelaki itu masih ingat untuk menyatakan perasaanya..

If you leave everything up to your heart
I understand the meaning our living here
It is to know the joy of having been born
Let's stay together always
For instance, even if today is painful
Someday it will become a warm memory
If you leave everything up to your heart
I understand the meaning our living here
It is to know the joy of having been born
Let's stay together always…
Perasaan mereka bertiga menjadi satu. Membuatkan mereka lebih tabah untuk menghadapi cabaran seterusnya. Tepukan bergema. Mereka turun dari pentas dan berjalan menaiki tangga. Sha berpaling ke belakang tiba-tiba dan matanya bertemu dengan mata Jun. Jun hanya memandang dia tanpa perasaan. Sha tersenyum pahit dan meneruskan perjalanan.
Mereka bertiga menukar baju sebelum pergi ke destinasi yang di tujui.
xxxxxx
Simon mengarahkan supaya anak-anak buahnya bersiap sedia. Mereka akan menyerbu majlis yang di anjurkan game itu apabila tiba masanya.
30 minit berlalu dan simon menyuruh anak-anak buahnya mengepung kawasan bangunan tempat parti itu di adakan. Mereka melepaskan tembakan ke dalam bangunan itu. Senyap sunyi tiada balasan dan bunyi muzik masih lagi kedengaran. Simon merempuh pintu masuk dengan kasar dan melihat dalam bangunan itu kosong. Tiada tanda kehadiran seorang manusia pun di situ.. dia menembak kasar radio yang mengalunkan lagu.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar terdengar bunyi ketawa bergema. Simon berpaling ke hadapan semula dan melihat kelapan-lapan kings berdiri angkuh di hadapan dia.
“kecewa? Sayang sekali korang tak berpeluang untuk membunuh mereka-mereka yang berkenaan dan korang takkan dapat pun” angkuh Rider bersuara.
Simon mengetap giginya menahan marah. Dia melepaskan tembakan dan berjaya ditangkis. kesemua anak buah heck crew merempuh masuh lalu terjadilah pertempuran diantara lapan kings dan kumpulan heck crew.
    Sha, ika dan ayu melawan anak-anak buah heck crew dengan sedaya upaya mereka. Kadang-kadang mereka akan menolong kings yang lain. ika membuat backflip apabila melihat salah seorang anak buah heck crew cuba menyerang ayu yang sedang sibuk berlawan. Ayu senyum tanda mengucapkan terima kasih. Bunyi tembakan membingitkan telinga. Kadang-kadang bunyi letupan bom memeriahkan suasana pertempuran. Sha menusukkan artemis ke perut salah seorang kumpulan heck crew. Mangsa mati serta-merta. Belakang badan kumpulan sleeping forest bertemu satu sama lain mereka berhati-hati dengan keadaan yang makin genting.
“ini masanya” jerit ayu.
Sha dan ayu mengangguk dan berpecah mencari mangsa yang sebenarnya.
Ika berlari ke arah Andy ketua kumpulan light G-force. Ika menjentik bebola besi yang kecil memasuki mulut andy. Andy yang tidak perasan akan hal itu terus melakukan serangan tanpa mempedulikan ika. Ika senyum sinis dan melakukan perkara yang sama ke atas baki kumpulan light G-force.
Ayu mendekati kumpulan black burn dan menolong mereka.
“woi def makan ni.” ayu menghulurkan sebiji bebola logam kepada def.
“benda apa ni?” def bertanya curiga
“kalau kau makan benda ni sistem badan kau akan imun dengan racun. Yang lain semua dah makan.” Ayu bersuara sambil susah payah menghentak kepala salah seorang anak buah heck crew.
Def dan anak buahnya yang lain terus menelan bebola logam itu apabila melihat kumpulan da dragon turut menelan benda yang sama. Ayu tersenyum sinis.
Tiba-tiba tangan sha di tarik oleh seseorang. Sha terkejut apabila melihat ajun berdiri di hadapannya.
“macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini?” sha bertanya cemas
“ benda tu tak penting yang penting sekarang uruskan mereka semua dahulu.” Jun senyum manis. Sha turut melihat vic dan zoey membantu temannya yang berdua tu.
Uih asal makin lama budak-budak kumpulan heck crew ni makin lama makin ramai desis hati ika. Dia sudah sedikit mengah apabila tidak putus-putus membelasah ahli heck crew.
Ayu melihat spitfire sedang terbaring menahan kesakitan. Ayu mendekati spitfire untuk memasukkan bebola logam dalam mulut lelaki itu tetapi hatinya ragu-ragu. Lelaki itu sudah banyak menolongnya. Tetapi sekarang dia berbuat sesuatu yang kejam untuk orang yang selalu selamatkannya. Ayu membelasah salah seorang ahli heck crew yang cuba membenamkan pisau ke perut spitfire. Kemudian dia menarik spitfire ke tempat yang agak selamat.
“kau duduk sini diam-diam” ayu memberi arahan. Spitfire mengangguk sambil emnahan kesakitan.
Sha menahan kesakitan apabila lengan kirinya terkena libasan pedang. Dia segera membenamkan kepala artemis ke batang leher lelaki yang menyerangnya itu. Ayu, ika dan kumpulan epic juga sudah tercedera tetapi masih meneruskan perjuangan.
Setelah sejam setengah berhempas pulas mereka semua dapat menumpaskan kumpulan heck crew. Sha melihat simon sudah cedera parah di kerjakan Rider dan Irene. baki anak buah heck crew juga sudah menyerah kalah.
Irene mengangkat tangannya tinggi-tinggi dengan tujuan untuk membenamkan mata besi pandas ke tubuh Simon. Ayu segera menarik simon jauh dari situ. Mata pedang Irene terbenam di atas simen.
“ayu apa yang terjadi?” Rider bertanya kasar.
“semuanya sudah berakhir Rider” ayu menjawab perlahan.
“apa maksud kau?” Irene menyergah.
“cukuplah..jangan tambah lagi penderitaan orang lain. aku takkan biarkan orang lain jadi mangsa kekejaman game lagi” ika menambah.
“aku dah agak korang semua ni tali barut” Irene menambah lagi.
“aku nak hapuskan permainan ni buat selama-lamanya.” Sha menyampuk.
Ke enam-enam kings sudah mengangkat senjata masing-masing untuk berlawan lagi dengan sleeping forest.
“jangan buang tenaga. Korang dah termasuk perangkap kitaorang. Ingat logam bebola yang korang makan tadi? Dengan sekali picit korang akan hancur berkecai.” Sha memberi amaran.
Ayu menyuruh vic membawa keluar spitfire dan simon pergi jauh-jauh dari bangunan itu. Jun dan zoey menolong vic.
Setelah kumpulan epic keluar bersama spitfire, sleeping forest berhadapan kembali dengan kings yang lain.
“ika…kau dah lupa yang keluarga kau akan mati kalau kau tinggalkan permainan ni macam tu sahaja?” Rider cuba mengugut.
“mungkin tidak. Sebab aku dah dapat kontrak tu kembali jadi keluarga aku selamat sejahtera ya..” ika berkata sinis.
Jun, vic dan zoey membawa spitfire seberapa jauh yang mungkin dari bangunan tu. Baru sahaja mereka ingin melangkah kembali letupan besar berlaku. Mereka meniarap atas tanah sebelum berlari menuju ke arah bangunan itu. Jun ingin memasuki bangunan itu tetapi segera di halang oleh Vic dan Zoey. Kalau ikutkan hati mereka juga ingin memasuki bangunan itu tetapi akal waras mereka masuh berfungsi dengan elok.
“buat apa tu?”
Jun berpaling mencari arah suara sha. Dia melihat sha, ika dan ayu elok je duduk atas pokok berhampiran. Mereka tersenyum sesama sendiri.
xxxxx
permainan game itu berkubur pada malam itu juga apabila sleeping forest mengarahkan agar tiada satu pun senjata daripada kumpulan-kumpulam yang menyertai game tertinggal. Semuanya mesti di hapuskan. Kecederaan simon dan spitfire beransur-ansur pulih.
“kenapa kau selamtkan aku?” spitfire bertanya kepada ayu
“sebab kau tak macam dorang yang lain. mulakanlah kehidupan yang baru..” ayu senyum manis..
Simon disahkan mati setelah sampai di hospital kerana mengalami pendarahan yang serius.
Manakala kumpulan sleeping forest dan epic kembali menjalani rutin kehidupan mereka seperti remaja yang lain.
“ouch” sha memegang kepala yang menjadi mangsa balingan pemadam whiteboard En Min. jun tersengih melihat kejadian itu. Dia menggosok kepala sha.
Ayu menyalahkan vic kerana menyebabkan mereka di denda. Mereka bergaduh sebelum vic mengucup bibir ayu kerana geram dengan gadis itu yang tidak habis-habis bising. Ayu menendang kaki vic sebelum beredar dari bilik muzik. Mukanya sudah merah menahan marah. Vic tersengih sebelum mengejar buah hatinya itu.
Ika dan zoey elok je terbaring di atas rumput sambil memerhatikan langit. Mereka memejamkan mata sambil berpegang tangan apabila sha, jun, ayu dan vic menyerbu ke arah mereka. mereka ketawa serentak apabila En Min menjerit nama mereka satu persatu..



*the end*
p/s: silalah beri komen anda pasal cerita ini. Segala komen anda amat di hargai ^^
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review