Sunday, February 28, 2010

sleeping forest 18

Posted by Snow_Queen at 3:23 PM
  “jap-jap ni nak pergi mana ni?” Jun menyapa sha yang kelam-kabut menuruni tangga.
“nak gi jumpa Ayu dan Ika.” Sha membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
“awak takkan pergi macam ni kan?”
“macam mana?” sha menjungkitkan kening sebelah.
Jun menarik sha berdiri di depan cermin dan tersengih. Sha mengelap mulutnya yang mempunyai sisa ubat gigi. Ceh buat malu kaum je.
“okey pergi dulu” sha melambai, jun hanya tersenyum.
xxxx
     Ayu dan ika melihat beberapa barang di atas meja. Sha mengerutkan dahinya.
“biar betul korang?” sha bertanya
“eh betul lah. Kenapa pula tak betul” ika menyampuk sambil bermain logam kecil berbentuk bebola di celah jari jemarinya yang runcing itu.
“pisau, pistol, ha tu menatang apa namanya yang kau pegang tu, lagi dengan lipstick, chewing gum, boot tumit tinggi..bla..bla..” sha menyebut satu persatu barang di atas meja di bilik bawah tanah milik ayu.
“eh kita perlukan semua benda ni. takkan nak bergantung dekat artemis, silence kill dan skull je. Kita mesti menggunakan semua teknologi yang ada untuk menjayakan misi malam ni.” kata ayu sambil membelek boot tumit tinggi.
“dan yang paling penting suit kalis peluru juga kalis api” ika menayangkan suit berwarna hitam kepada sha.



No kiss doushite dame? lady
No touch koko ni oide baby
No sweet love is never gone lady
No no kimi ijou wa not good
telefon bimbit ika berbunyi memeriahkan suasana.
“he..ll..o..” panjang ika menjawab.
“apa? malam ni? Tak boleh la..”
“yup ada kerja sikit”
“aha..malam esok jelah ye..bubye..” dan ika menamatkan panggilan.
“zoey ajak dinner..” kata ika tanpa ditanya.
Sha membuka beg dan meletakkan pelan markas kings. Mereka berbincang dengan teliti bagaimana hendak memecah masuk ke dalam markas.
“confirm ye malam ni Irene dan rider pergi jalankan misi dorang?” Ayu bertanya.
Ika dan sha mengangguk serentak.
Tiba-tiba sha sengih sendiri. Ayu dan ika mengangkat kening.
“rasa macam thrill la sebab main pecah masuk bangunan ni. Lagi-lagi tempat yang di kawal rapi macam markas kita tu.” Ayu dan ika meneruskan perbincangan tanpa mempedulikan sha. Sha dah muncung mulut.
xxxx
  “o..key girls mula-mula kita kena pecah masuk pejabat keselamatan. Aku akan uruskan hal tu. Ika, kau masuk ikut pintu belakang dan sha, kau akan ikut pintu depan. Kan kau suka thrill ni hehehe. O..key korang akan berjumpa di tingkat 8 depan safety room. Ingat kalau terjadi apa-apa segera alert ya.” Ayu menyanggul rambutnya yang panjang.
“semua barang korang dah ada kan? Alat komunikasi tu pastikan sentiasa on” sha bertanya risau.
Mereka berpecah mengikut arah masing-masing.
    Ayu melihat di tingkap bilik kawalan keselamatan. Terdapat dua orang pengawal keselamatan berada di bilik itu. Seorang sedang membaca majalah dan seorang lagi sedang bermain game. Ayu mengeluarkan chewing gum dan mengunyah dengan pantas. Dia melekatkan chewing gum tersebut di atas remote code di pintu bilik kawalan keselamatan. Dia berlari di sebalik dinding dan menekan alat kawalan jauh. Beberapa saat kemudian letupan kecil berlaku tetapi dua orang pengawal keselamatan tidak menyedari hal itu kerana bunyi letupan adalah sangat minima. Ayu mendekati pintu bilik itu dan membuka dengan perlahan-lahan. Dia membaling x5342 sebiji bom asap yang berfungsi melenakan mangsa dan menutup kembali pintu bilik pejabat keselamatan. dia menyumbat kapas yang sudah di letakkan ubat di dalam lubang hidung bagi mengelakkan terhidu asap x5342. Dua orang pemgawal keselamatan yang panic dengan kehadiran asap cuba untuk membuka pintu tetapi gagal. Beberapa kali mereka menggoncang pintu. Ayu menahan pintu dengan sepenuh tenaga. Beberapa saat kemudian goncangan berhenti dan ayu membuka pintu bilik kawalan keselamatan. Dia melihat pengawal keselamatan sudah terbaring tidak sedarkan diri.
“beres..sha kau tunggu jap aku buka pintu depan.” Ayu memberi maklumat
Sha sudah bersiap sedia di hadapan pintu depan.
Ayu menekan beberapa butang dan pintu hadapan terbuka.
“okey sha..kau jalan terus dan belok kiri lepas tu kau berhenti sebab 20 meter dari tempat kau berhenti tu ada pengawal.”
“okey.. roger” sha mengikut arahan ayu.
“ika..kau okey?” ayu bertanya.
“okey..aku dah masuk..uih tak bayar bil api ke dorang ni..asal gelap sangat kat belakang ni?” ika membebel.
Ayu dan sha tergelak.
Ika menekan butang khas di jam tangan yang di pakainya. Jam itu mengeluarkan cahaya. Walaupun tidak terang mana tapi agak membantu ika untuk melihat kawasan sekeliling.
Ika memasuki sebuah bilik apabila dua orang pengawal keselamatan melalui tempat dia berjalan. Ika menahan nafas.
Sha menyorok di belakang patung tempat dia menyorok apabila mendengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya. Beberapa minit kemudian bunyi derapan tapak kaki itu hilang.
“okey ayu aku dah nak naik atas ni. Line clear tak?” sha bertanya
Ayu melihat skrin di tingkat dua.
“sha kalau kau berani la kan..”
“asal?” sha menyampuk
“erm kat depan tangga tu ada bilik dan depan bilik tu ada pengawal keselamatan dan pengawal keselamatan tu tengah tidur.” Ayu memberitahu.
“ah aku redah je lah..jalan lain sekeliling tingkat dua line clear tak?” sha bertanya sambil menaiki tangga dengan perlahan.
“line clear..” ayu menyahut.
ika beredar setelah kawasan sekeliling selamat. Dia mengeluarkan laser dan memecahkan remote code yang terdapat di pintu tingkat dua. Beberapa saat kemudian pintu itu terbuka sendiri.
Ika  menutup kembali pintu tersebut. Apabila dia berpusing ke arah hadapan terdapat seorang pengawal keselamatan mengacu senjata ke arah ika. Ika mengangkat tangan persis seorang pesalah. Ika menendang senapang pengawal keselamatan itu dan membaling pisau tepat ke arah perut pengawal sebelum pengawal itu menembak. Pengawal keselamatan itu menggelupur sebelum mati. Ika menarik kembali pisau tersebut dan menyimpannya kembali.
“nasib baik..woi asal kau tak bagitau aku ada pengawal keselamatan kat belakang aku?” ika memarahi ayu.
“eh sorry la aku tak perasan hehehe” ayu meminta maaf
Ika menarik mayat pengawal itu ke dalam sebuah bilik berhampiran sebelum meneruskan perjalanan ke tingkat tiga apabila terlihat tangga berhampiran.
Sha sudah berdiri di hadapan pengawal yang sedang enak di buai mimpi itu. Dia melangkah perlahan-lahan. Apabila pengawal itu bergerak sha turut berhenti bergerak. Dia memandang ke arah pengawal itu sebelum menarik nafas lega. Sha berlari menuju ke arah tangga. Ah sudah desis hati sha perlahan.
“wei ayu..macam mana aku nak deactive code pintu tingkat tiga sedang kan menatang ni tak guna code tapi guna biometric system?” sha bertanya.
“kau buka bekas warna pink yang aku bagi kau tu. Dalam tu ada contact lens kan? Kau pakai la” ayu memberi arahan.
Sha memakai contact lens dan meletakkan mukanya di atas tempat khas untuk system itu mengecam iris si pengguna.
Titt..titt..pintu itu berbunyi sebelum terbuka. Ayu memadam rekod kemasukkan ke tingkat tiga itu.
Ika membalasah tiga orang pengawal keselamatan yang di jumpainya sepanjang perjalanan ke tingkat 5 itu. Dia menyorokkan dua daripada mereka ke dalam sebuah lamari berhampiran. Dan yang seorang lagi dia dudukkan di atas kerusi seolah-olah pegawal itu sedang tidur.
Dia memakai sarung tangan khas sebelum meletakkan tangannya ke atas scanner untuk memasuki pejabat light G-force. Apabila berjaya memasuki pejabat itu dia menyelongkar bilik itu mencari sesuatu.
Ayu memadamkan beberapa data kemasukkan setiap tingkat. Dia memusnahkan beberapa maklumat. Tanpa di sedarinya salah seorang daripada pengawal keselamatan dalam bilik itu terjaga. Pengawal keselamatan itu berdiri dalam keadaan terhuyung- hayang.
“woi sapa kau?” jerit pengawal keselamatan itu. Ayu membuat muka sebelum membuat tendangan back flip dan tepat mengenai kepala lelaki itu. Ayu mengeluarkan botol kecil dan kapas. Dia meletakkan beberapa titis chloroform ke atas kapas dan menyumbat kapas itu ke dalam hidung kedua orang pengawal keselamatan itu. Ayu tersengih lucu sebelum kembali memerhatikan skrin.
Sha dan ika bertemu di hadapan bilik safety room. Mereka tersenyum sinis sesama sendiri. Sha mengenakan contacts lens baru dan ika menggunakan sarung tangan baru.
Mereka meletakkan mata dan tangan di atas tempat khas. Beberapa saat kemudian pintu bilik kebal itu terbuka setelah pengecaman dilakukan. Sha mematikan system laser dan penggera keselamatan. Mereka segera mencari dokumen yang di perlukan. Setelah berjumpa dengan dokumen yang di cari mereka menggantikan dokumen yang di curi dengan dokumen palsu bagi menggantikan dokumen yang di ambil. Ika dah nak menangis sebab terharu.
“woi korang cepat beredar. Spitfire datang…” ayu memberi amaran.
Mereka segera keluar setelah mengaktifkan kembali alat penggera keselamatan dan system laser sebelum beredar.
Mereka menuju ke arah bumbung bangunan.
Spitfire merasakan sesuatu yang aneh apabila memasuki bangunan tersebut dia berlalu ke pejabatnya.
Ayu mengambil rakaman kamera semua tingkat sebelum beredar. Dia juga mencabut kembali kapas yang disumbat ke dalam hidung pengawal keselamatan itu dan meletakkanya dalam plastic khas agar tiada bukti yang tertinggal.
“takkan nak terjun wei?” sha bertanya
“sapa terjun? Kau nak ke? Aku nak hidup lagi.” Ika memandang sha
Spitfire terkejut apabila membuka pintu pejabat biliknya terdapat beberapa orang keselamatan terbaring. Dia segera membunyi alarm untuk memberi amaran. Pengawal-pengawal yang lain apabila mendengarkan bunyi alarm terus melakukan tugas mereka mencari penceroboh. Spitfire mendengus kasar sebelum turut mencari penceroboh.
“kau reti main roller blade?” ika bertanya apabila alarm berbunyi.
“hah ?roller blade? Reti..” sha menjawab bingung.
Ika menunduk dan menekan butang yang terdapat di boot yang di pakai sha sebelum turut melakukan hal yang sama kepada boot yang di pakainya.
Tumit berganti dengan tayar apabila butang tersebut ditekan dan enjin roller blade berfungsi. Ika meluncur dengan lancar di ikuti oleh sha. Kedengaran bunyi tayar bergesel dengan permukaan kaca bangunan markas kings itu. Sha berasa teruja dengan teknologi baru ini. Dia membuat beberapa gaya. Ika hanya tersenyum memandang sha.
Spitfire mendengar bunyi aneh sebelum berlari ke arah tingkap berdekatan.
Apabila sampai di tingkat 2 sha dan ika melompat serentak dan meluncur laju di atas jalan raya. Spitfire memandang 2 orang manusia yang meluncur laju di atas jalan raya itu. Dia menggetap giginya.
Sha dan ika berjumpa dengan ayu di bukit belakang sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.
Ayu membuat unggun api sebelum memusnahkan bukti-bukti yang ada. Mereka tersenyum sinis sebelum beredar.
Mereka bertiga meletakkan senjata di atas meja bilik bawah tanah sebelum lampu tiba-tiba terbuka. Kelihatan jun, vic dan zoey duduk di atas sofa berdekatan. Mereka memandang tajam ke arah 3 orang gadis di hadapan mereka.
“pergi mana pakai macam tu?” garang Vic bertanya.
Mereka bertiga diam tidak bersuara
Zoey memerhatikan senjata-senjata yang baru di letakkan sleeping forest di atas meja.
“korang cari gaduh?” zoey bertanya pula.
“tak lah” ika menafikan
“jadi korang buat apa dan pergi mana?” keras Jun bertanya
“bukan urusan korang” sha berkata”
“bukan urusan kitaorang? Habis kitaorang ni apa? Tunggul kayu? Hey kitaorang ni boyfriend korang ok” zoey menyergah
“kalau macam tu hormat dengan privasi kitaorang. Ni adalah urusan kings” ayu membalas keras juga.
“fine bukan urusan kitaorang kan? Guys jom blah” vic mengajak.
Ketiga-tiga orang gadis tersebut mendengus kasar melihat kumpulan
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review