Sunday, February 28, 2010

sleeping forest 17

Posted by Snow_Queen at 3:23 PM
Ayu, sha dan ika mencuba beberapa pasang baju untuk menghadiri majlis tari menari yang akan di anjurkan dalam beberapa hari lagi. Persiapan majlis sedang dilaksanakan dan langkah keselamatan juga turut di pertingkatkan. Ini kerana Rider dapat merasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Di majlis ini juga baru dapat bersemuka dengan kesemua kumpulan-kumpulan yang menyertai game tanpa mengira pyramid.
Oleh kerana tema majlis adalah mengikut tema uniform setiap kumpulan maka sudah 3 jam sleeping forest membelek baju di kedai menjual pakaian gothic. Mereka menjadi rambang mata melihat pakaian di kedai itu. Selepas berpuas hati dengan pilihan baju ayu. Ika dan sha keluar dari bilik menukar pakaian. Jun, Zoey dan Vic yang baru tiba diam apabila melihat teman wanita masing-masing. Ayu memandang sha dan ika. Pelik sangat ke pakaian kitaorang desis hati ayu. Mereka bertiga berpaling ke arah cermin besar di tepi dinding dan melihat diri masing-masing.
                      
Ayu gown                            Sha gown                        Ika gown

  Selepas membayar harga baju mereka semua pergi minum di kafe. Sedang asyik berbual sha melihat kelibat seorang lelaki yang di kenalinya. Dia segera mengambil buku menu menutup mukanya sambil memberi isyarat kepada ika dan ayu. Ika dan ayu yang kemudiannya memandang ke arah lelaki itu turut mengambil buku menu dan menutup muka masing-masing. Jun, zoey dan vic hanya melihat perlakuan pelik ketiga-tiga gadis dihadapan mereka. Setelah lelaki itu beredar bersama kumpulannya mereka bertiga menarik nafas lega.
“kenapa?” Jun menyoal.
“simon..tadi ada simon. Nasib baik sempat cover kalau tak..” sha mendengus perlahan
“simon? Ketua heck crew?” Vic menyoal.
Mereka bertiga mengangguk.
“mari pergi. Sini tak selamat.” Ika mengajak.
xxxxx
   Rider, black burn, sleeping forest, spitfire, thunder king, light G-force, black wolf clan & da dragon diam sambil memandang antara satu sama lain.
“tugasan ini amat berat.” Leader black burn, Def bersuara.
“kau takut?” rider bertanya sinis
“aku tak takut..tapi risiko buat kerja ni amat tinggi” def menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“nama je lelaki tapi pengecut” ika berbisik dengan ayu. Ayu hanya mengangguk.
“kami bersetuju dengan pandangan Def.” leader light G-force, andy bersuara pula.
“pecah masuk markas heck crew bukan senang. Silap-silap boleh mati. Hanya yang benar-benar handal je yang mampu.” Spitfire menyampuk
“korang takut?” Irene bersuara
“kau jelah yang pergi pecah masuk markas heck crew kalau macam tu. Pergi bergabung dengan rider tuh” Ayu berkata sinis sambil memandang Irene. Irene tunduk ke bawah. Rider berdehem perlahan mendengar kata-kata ayu.
Mereka bersurai setelah kata sepakat di capai. Rider dan Irene akan melaksanakan misi tersebut.
“gila apa rider tu. Suruh pecah masuk markas heck crew dan musnahkan markas mereka?” Ayu bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Sha yang memandu hanya mendiamkan diri.
“tapi  ni satu cabaran. Korang tak rasa macam tu?” ika menyoal.
“memang cabaran. Cabaran nak cari maut. Lagipun selagi si heck crew tu tak usik kita selagi tu kita buat tak tahu je. Ingat tujuan utama kita masuk game ni. lagipun dorang dah sukarela nak pergi pecah masuk markas kumpulan tu.” sha bersuara tegas.
Ika dan ayu memandang ke arah luar.
“dan inilah peluang kita.” Sha bersuara lagi
“peluang?” ayu dan ika menyoal serentak
“inilah peluang kita nak pergi cari kontrak keluarga ika dan musnahkan kontrak tu.”
“maksud kau kita pecah masuk markas sendiri?” ayu bersuara dan sha hanya mengangguk.
“aku minta maaf. Sebab aku korang terlibat sekali dalam permainan merbahaya ni.” ika bersuara sebak.”
Sha menumbuk bahu ika. “hey! Kata kawan dan kawan sanggup berbuat apa sahaja untuk kawannya”
“betul tu..” ayu menyampuk. Mereka tersenyum sambil merangka strategi seterusnya..
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review