Sunday, February 28, 2010

sleeping forest 16

Posted by Snow_Queen at 3:21 PM
  “mama akan berpindah duduk ke luar negara terus. Mama nak kamu ikut.” Kata-kata mamanya membuatkan dia termangu sendirian. Selepas pulang daripada sesi latihan bersama kumpulan epic tadi dia menerima panggilan daripada mamanya menyuruh dia datang. Katanya ada hal penting. Rupa-rupanya mamanya ingin mengajak dia berpindah. Papa dan abang ken juga berada bersama. Papa tidak kata apa-apa tetapi abangnya tidak henti-henti buat muka dari tadi.
“sha…nak tinggal sini. Sha tak nak pergi mana-mana” aku bersuara apabila kami selesai makan malam. Mama mengeluh perlahan.
“sha tak nak pertimbangkan lagi?” mama memujuk. Ku lihat Tina tidak habis-habis mencebik dari tadi. Tetapi aku hanya bolayan sahaja. Aku menggelengkan kepala.
“kalau dah itu keputusan dia sudahlah. Jangan di paksa. Lagi pun papa dan abang dia ada di sini” pak cik bersuara menghentikan pujukan mama.
Aku duduk di laman sendirian sementara menunggu abang dan papa habis bersembang dengan keluarga itu. Sedang aku duduk sendirian itu Ryan datang menghampiri.
“kau sihat?” kata Ryan membuka bicara. Aku hanya mengangguk sahaja.
“herm.. aku ada hal nak cakap sikit. Aku dah lama nak bagitau kau benda ni..” kata-kata Ryan menarik minatku.
“aku suka kau..” kata Ryan selamba seolah-olah antara kami tiada hubungan.
“kau gila ke apa. Kita adik beradik tahu!” jerkahku
“tiri..adik beradik tiri..” sambung Ryan.
“ah aku peduli hape tiri ke tiris ke palsu ke yang penting sekali hubungan antara kita takkan pernah terjadi..faham…never” kata sha membuat pangkah menggunakan jarinya.
Ryan hanya tersenyum sebelum mengangguk. Dia melangkah pergi meninggalkan aku sendirian. Ryan berhenti tiba-tiba. “kalau kau suka dia berterus teranglah. Jangan menyesal di kemudian hari.” Aku hanya diam tidak menjawab.
xxxxx
  keesokkan harinya aku tidak mengikut papa menghantar mamaku ke lampangan terbang. Aku malas hendak melihat muka Ryan. Jika Ryan tidak mengatakan isi hatinya semalam mungkin dia akan pergi. Ah dia hanya menafikan perasaanya sahaja. Alasan sebenar dia tidak mahu pergi adalah kerana dia tidak sanggup melihat pemergian mamanya. Dia takut dia akan menangis dan menangis adalah perkara yang paling dia benci. Dia duduk sendirian di atas bumbung sekolah sambil menikmati setin air milo dan memerhatikan langit.
“tengkuk kau tak lenguh?” Zoey menyapa dia secara tiba-tiba.
Sha hanya senyum memandang zoey.
“ kau okey?” tanyaku
“kenapa kau tanya macam tu?” tanya Zoey pelik
“semalam kan kau kena belasah dengan aku teruk” sha menganggkat kening tiga kali.
“eleh.. berlagak memanjang..” cebik Zoey.
Sewaktu kami sedang berbual-bual aku melihat sebuah kapal terbang melintasi. Aku berasa sebak gila. Aku meminta izin kepada Zoey untuk pergi dahulu. Zoey hanya menganggukkan kepala sahaja.
   Sewaktu aku menuruni tanggan aku terlihat Jun. baru sahaja aku ingin memanggil dia, dia sudah berlalu pergi. Tanpa di sedarinya aku mengikuti dia dari belakang. Aku berhenti apabila Jun berhenti di pondok belakang sekolah. aku lihat terdapat seorang perempuan sedang menunggu di pondok. Jun duduk bertentangan dengan perempuan itu.
Jun mendengus perlahan memandang perempuan di depan dia.
“nak apa?” tanya Jun dingin.
“jun.. saya tak kisah apa pandangan awak terhadap saya. Saya nak kita bersama semula. Saya masih cintakan awak.”
“cinta? Perempuan macam awak tahu makna cinta? Jangan buat saya gelak. Bukankah makna cinta pada awak hanyalah bila lelaki itu mempunyai banyak duit? Lagipun saya ni kan miskin tidak berduit. Manalah nak sepadan dengan awak.” jun menyergah.
“ jun jangan macam ni..saya tahu saya silap dahulu. Hanya awak yang menerima saya seadanya. Tanpa memandang kecantikan..saya..”
“ah! Sudahlah ana. Saya tak nak jumpa awak lagi. Pergi..” Jun bangun. Baru sahaja jun ingin melangkah Ana menarik tangan Jun. Jun hanya membiarkan sahaja.
Sha yang melihat kejadian itu cepat-cepat pergi dari situ. Tanpa di sedari air matanya mengalir. Dia mengelap pipinya.
Ayu memegang beberapa buah buku untuk di pulangkan di perpustakaan balik. Semasa melalui koridor yang menghubungkan antara perpustakaan dan kelas tingkatan 6 leaf  laluannya di tahan oleh seorang lelaki.
Vic sedang membaca buku sambil berjalan. Dia terhenti apabila melihat Ayu bersama seorang lelaki di tengah-tengah laluan koridor.
“terimalah surat cinta saya ni..” kata budak lelaki tersebut kepada Ayu. Ayu tersenyum manis. Baru dia hendak menghulurkan tangan mengambil surat tersebut tangannya ditarik oleh seseorang. Buku yang ingin di pulangkan ke perpustakaan jatuh bertaburan. Sampai di taman vic melepaskan pegangan ayu.
Ayu yang termengah-mengah menyandarkan badannya ke batang pokok. Dia memandang tajam ke arah vic. Vic yang sedang membongkok menarik nafas dalam-dalam. Dia kemudiannya menegakkan kembali badannya.
“kau ni..buang tebiat ke apa? Tiba-tiba tarik aku. Aku ada urusan lain lagi tau tak daripada melayan kerenah kau.” Ayu membebel marah.
Vic mendekati ayu dan mengucup dahi ayu yang sedang membebel. Ayu terus berhenti membebel.
“bodoh.. aku sukakan kau. Takkan la kau tak faham lagi. Aku tak nak tengok ada lelaki lain potong jalan aku.” Kata vic sambil menyelak rambutnya ke belakang.
Wah! Kacaknya dia desis hati ayu. Ayu berdehem sebelum memulakan kata-kata.
“aku ni panas baran, garang, keras kepala, suka pukul orang dan sebagainya” ayu mengangkat kening tiga kali.
“tapi kau juga baik hati, mempunyai semangat setiakawan dan yang paling penting kau tak hipokrit” vic membalas kata-kata ayu.
Ayu tersenyum sebelum mengetuk kepala vic.
“cepat tolong aku kutip balik buku-buku yang aku nak kembalikan balik ke perpustakaan” ayu berjalan mendahului vic. Vic hanya tersenyum sambil memegang kepalanya sebelum mengejar ayu.
Ika memberi zoey setin jus buah-buahan sebelum duduk di sebelah lelaki itu. Dia tersenyum memandang zoey yang khusyuk membaca komik.
“komik tu lebih menarik daripada aku ke?” ika bertanya
“emmm” hanya itu jawapan zoey. Ika dah tarik muncung.
Zoey menutup buku sebelum memegang tangan ika.
“jom balik kelas..” zoey menarik ika. Ika hanya tersenyum mengikut langkah zoey.
Ayu memandang ika. Ika memandang ayu. Mereka melihat tempat duduk sha yang kosong.
“mana sha?” ika menyoal.
“entah..aku ingat dia dengan kau..” ayu membalas. Ayu menyiku vic sebelum menyuruh jejaka itu tanya jun yang sedang mengelamun.
“jun kau ada nampak sha?” vic bertanya.
“entah. Harini aku tak nampak dia pun..” jun membuat muka.
“eh kejap-kejap. Sejak bila kau dan vic berbaik ni?” ika bertanya pelik. Ayu hanya tersenyum.
“entah kau tanya la dia.” ayu menunjuk ke arah vic.
Vic senyum sebelum memegang tangan ayu.
“kitaorang dah couple” vic membuat announcement. Ika, zoey dan jun bersorak memeriahkan kelas.
Kelas kembali senyap apabila guru matapelajaran seterusnya bermula.
xxxxx
  sha menarik selimut menyelubungi seluruh badannya. Dia rimas apabila asyik terbayang kejadian perempuan asing memegang tangan jun. dia mendengus kasar. Tak pasal-pasal dia lari balik rumah. Dia teringat kepada abangnya. Dia rindu kepada abangnya yang akan melanjutkkan pelajaran ke kanada beberapa hari lagi kerana mengikut papanya. Papanya ada menyuruh dia mengikut sekali tetapi dia membantah kerana ingin menghabiskan pelajaran disini dan Ini juga bermakna dia akan keseorangan di sini. Tetapi kerjanya akan menjadi mudah kerana dia tidak perlu risaukan keluarganya sekiranya heck crew akan membuat apa-apa kepada mereka.
“amboi sedapnya tidur. Kitaorang bagai nak mati cari kau” kedengaran suara ika menyeergah sambil menarik selimut yangmenyelubungi sha. Sha hanya diam membatu.
“kau kenapa?” ayu mengusap kepala sha. Dia memandang ika sambil memberi isyarat menutup pintu.
“aku rimas..aku nak belasah orang sekarang juga” sha bersuara setelah mendiamkan diri beberapa ketika. Ayu menjungkitkan kening.
“cuba kau ceritakan kat kitaorang? Mana tahu kitaorang boleh tolong..”  kata ika melabuhkan punggungnya di atas katil sha. Lalu sha menceritakan kejadian yang di nampaknya di sekolah pada tengah hari tadi.
Ayu dan ika ketawa serentak apabila sha menghabiskan ceritanya. Sha membuat muka.
“hoi kawan kau dah jatuh cinta la..” kata ika sambil tersenyum ‘dan bercakap pasal cinta ni kau perlu ucapkan tahniah kepada kawan kau ni sebab dia dah bercouple” kata ika memandang ayu. Ayu tersipu-sipu malu sebelum gelak apabila ika membaling bantal kepadanya.
“kau couple dengan sapa?” sha bertanya teruja.
“vic..” kata ika menyampuk. Sha ketawa berguling-guling di atas katil.
“ha tulah kutuk lagi laki tu. Sekali dia jadi pak we kau da..” kata sha apabila ketawanya sedikit reda.
xxxx
mereka berenam makan malam bersama-sama. Sedang seronok berbual kedengaran loceng pintu berbunyi. Sha bangun dan berjalan ke arah pintu utama. Apabila membuka pintu dia terkejut apabila melihat orang yang berdiri di hadapannya. Dia menyuruh tetamu yang tidak di undang itu duduk sebelum memanggil Jun.
“jun ada orang cari kau.. aku suruh dia tunggu kat ruang tamu.” kata sha sebelum duduk kembali di meja makan.
Jun berlalu ke ruang tamu. Sha menguis makanan yang tidak habis itu. Seleranya sudah tumpul.
“sapa?” ayu bertanya
“perempuan kat sekolah tadi tulah.” Sha menjawab perlahan
“perempuan mana?” tanya vic dan zoey serentak.
Lalu ika menceritakan kembali apa yang di ceritakan oleh sha.
“mungkin ana tak?” vic menyampuk.
“kau kenal?” ayu bertanya
“kenal..kenal sangat-sangat. Ana tu ex Jun. dia tu anak orang berada. Baginya setiap orang yang menjadi pasangannya mesti sepadan. Tapi Jun kan biasa-biasa je. Entah macam mana mereka boleh bercouple tapi tak lama sebelum dia sangkut dengan anak dato’ mana entah. Jun merana sampai diri sendiri tak terurus. Kitaorang tengok pun sakit hati je. Sampai satu hari tu ana ada datang balik untuk minta couple dengan Jun tapi kitaorang nasihatkan dia jangan terima. Kau tahu esoknya perempuan tu keluar dengan lelaki lain pula. Nasib baik jun ikut nasihat kitaorang kalau tak aku rasa mesti si jun tuh dah terjun jambatan. Lagipun si ana tu pernah hina Jun. aku rasa dia tu bermuka tembok sanggup jilat balik ludah sendiri.” kata zoey panjang lebar. Mereka yang lain mendengar dengan khusyuk.
Ayu dan ika memandang Sha yang meneguk minuman.
“aku dah kenyang. Naik dulu” sha bangun dan beredar.
Sampai di depan pintu ruang tamu dia terhenti. Dia menolak pintu ruang tamu dan melihat tiada sesiapa di situ. Dia keluar ke taman dan melihat Ana sedang duduk. Manakala Jun berdiri menghadap Ana sambil berpeluk tubuh. Sha memegang kedua belah tangannya. Dia berasa takut tiba-tiba. Takut jika Jun akan tinggalkan dia sedangkan lelaki itu sudah bertakhta di hatinya. Dia melihat ana memegang tangan Jun dan lelaki itu hanya diam tanpa memberikan apa-apa reaksi.
Sha meluru ke arah Jun dan melurutkan tangan ana daripada tangan jun.
Ana dan jun terkejut dengan kedatangan sha yang tiba-tiba itu.
“kau…” sha menunjukkan jari telunjuknya ke arah ana “jangan dekat dengan Jun lagi.”
Ana bangun mencekak pinggang “kau siapa ha? Apa hak kau nak haling aku daripada berjumpa dengan jun?” ana menyergah.
“aku orang yang menerima dia seadanya, orang yang akan jaga dan cintai dia sepenuh hati, orang yang akan melindungi dia, orang yang takkan cari lelaki lain kerana aku sudah ada lelaki sempurna depan mata aku” sha berkata dengan tegas. Ana terkedu mendengar kata-kata sha. Dia mengambil beg tangannya dan beredar dengan muka yang kelat. Sha memandang jun yang tersengih-sengih.
“apa sengih-sengih?” sha menyergah
“saya suka dengar ayat awak tadi. Ulang balik?”
“tiada ulangan. Sekali je.” Sha sudah nak beredar. Jun memeluk sha dari belakang.
“terima kasih kerana menerima saya seadanya kerana awak sudah lama berada di hati ni…”
Angin malam yang nyaman menghangatkan lagi cinta mereka. Ika, zoey, ayu dan vic yang melihat kejadian itu juga turut merasakan kehangatan cinta pasangan yang sedang berpelukan di hadapan mereka…..
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review