Sunday, February 28, 2010

sleeping forest 15

Posted by Snow_Queen at 3:20 PM
Suasana di atas bukit pada petang itu redup. Angin bertiup agak kencang menghasilkan irama yang agak

menyeramkan. Hutan-hutan tebal di belakang tidak di endahkan. Kelihatan 5 orang budak sekolah sedang

menanti seseorang. Ika membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

 “wei lambat gila mamat tu. Dia datang ke tak ni?” Ayu mendengus.

“sabar la. Sekejap lagi dia datang.” Sha cuba menangkan kawannya yang seorang itu. Tidak lama kemudian mereka mendengar bunyi tapak kaki seseorang menuju ke arah mereka.

“asal lambat?” Zoey menyoal.

“aku tak jumpa kasut aku.” Kata Vic sambil memandang Ayu penuh makna.

“kalau tak ada apa-apa mari kita teruskan latihan kita” kata Jun yang mendiamkan diri semenjak dari tadi.

“lawa kasut” kata Ayu yang memandang Vic memakai terompah. Vic hanya memandang Ayu tajam.

Mereka memulakan sesi latihan pemantapan diri bertujuan untuk melatih kumpulan epic.

“ apabila kita terlibat dengan permainan ini bermakna kita merisikokan hidup kita, hidup orang kesayangan kita..sama ada kita rela ataupun tidak.” kata Sha membuka bicara pada petang itu.

“apa yang kau nak cakapkan?” Zoey menyampuk.

“musuh utama kita bukan kumpulan-kumpulan yang selalu mencari kita, yang menentang kita demi menaikkan level pyramid mereka tetapi lebih hebat daripada itu. Aku nak korang berjaga-jaga dengan kumpulan Heck Crew. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menumpaskan kita semua. Jadi kitaorang memerlukan bantuan korang untuk menghapuskan kumpulan itu tidak kira dengan apa cara sekalipun. Kejadian semalam juga mungkin adalah perbuatan mereka.” Kata sha panjang lebar.

“kau hanya nak menjadikan kami sebagai alat sahaja kan?” sinis Vic menyoal.

“ kalau tak suka boleh balik.” Ayu memerli

 “kau…”

“sudah..jangan bergaduh. Aku sanggup nak bantu sha. Kalau korang tak setuju korang boleh balik sekarang” tegas Jun bersuara. Tiada siapa pun antara zoey mahupun Vic bergerak. Jun senyum memandang teman-temannya itu.

Mereka memulakan latihan pada petang itu dengan tekun. Teruk kumpulan epic dikerjakan oleh sleeping forest.

“senjata yang korang miliki anggap dia adalah kekasih yang paling berharga.” Kata ika apabila mereka selesai menjalani latihan berendam di dalam air.

Manakala Sha dan Ayu duduk di atas pokok memerhatikan Jun,

Zoey dan Vic yang duduk di atas sebuah batu besar sambil mengelap tubuh mereka.

“korang layan dia dengan baik dia akan ikut perintah korang. Korang sayang dia, dia akan menjaga korang tidak kira bagaimanapun korang gunakan ia. Dan…yang paling penting sekali kepandaian korang menggunakan teknik mempertahankan diri dan tipu helah.” sambung ika lagi.
“merepek..senjata hanya senjata. Gunakan sajalahlah. Apa kena mengena dengan tipu helah pula?” kata Zoey tiba-tiba
Ika merenung tajam sambil tersenyum sinis ke arah zoey.
“ kau tak percaya yang tipu helah tu amat berguna? Mari kita uji. Sha kau tolong.” Ika memandang Sha
Dengan sekali backflip Sha sudah selamat mendarat atas tanah dan berhadapan dengan Zoey.
“jangan berlembut dengan aku sebab aku takkan bagi kau peluang untuk sentuh aku pun. Ah! kau boleh serang aku dulu.” Sha senyum manis. Artemis sudah berada dalam genggaman. Zoey mengeluarkan wild dan bersiap sedia. Mereka yang lain hanya melihat dari tepi.
Sha dan zoey berdiri menghadap satu sama lain. angin kencang menyerbu tiba-tiba. Sha memberi isyarat kepada Zoey supaya bermula. Tanpa membuang masa zoey berlari pantas dan menghunuskan duri wild kepada sha. Dengan sekali lompat menggunakan batang artemis Sha sudah selamat membelakangkan Zoey. Zoey berpusing kembali sambil tersenyum sinis. Zoey menembak sha menggunakan Wild. Sha hanya berdiri tanpa bergerak. 2 saat kemudian terdengar bunyi peluru berlaga dan peluru tersebut terpelanting kembali menuju ke arah Zoey. Zoey yang tidak menyangka keadaan itu mengelak ke tepi. Sha menutup kembali kepala artemis. Zoey bangun kembali. Dia bernafas kega. Nasib baik peluru wild tidak terkena dirinya kalau tidak mungkin dia sudah mati.
“aku akan serang kau pula.” Jerit Sha berlari ke arah Zoey. Sha menghunuskan batang artemis tepat ke perut Zoey. Zoey yang dapat melihat arah kepala artemis itu menghalang kepala artemis dengan tangan sebelah tangan dan menarik senjata itu sehingga terlucut dari tangan sha. Dia tersenyum seolah-olah kemenangan di pihaknya selepas dia berjaya merampas artemis dari pegangan Sha.
Sha melompat ke belakang Zoey setelah artemis terlucut dari pegangannya. Sewaktu melintasi bahu Zoey dia menendang belakang jejaka itu menyebabkan zoey terdorong ke hadapan. Sha menyambut artemis yang terlucut dari pegangan Zoey selepas dia selamat mendarat. Kemudian dia melibas kaki zoey dengan sekali libasan. Zoey yang tidak beberapa stabil setelah di hentak oleh sha tadi jatuh tersungkur atas tanah. Dia menggengam penumbuk seolah-olah tidak puas hati. Tiba-tiba terdapat besi yang melilit artemis. Sha melihat Jun memegang Me Chain dari jauh. Jun menarik Me Chain menyebabkan sha terlepas pegangan Artemis. Jun senyum sinis. Ika memandang Ayu. Ayu memandang Ika. Mereka menangguk seolah-olah faham dengan pandangan masing-masing. Perlawanan yang pada awalnya hanya untuk menguji Zoey sudah bertukar menjadi benda lain pula. Ayu yang entah bila berdiri di atas pokok tempat Jun duduk menggunakan peluang itu untuk menyerang Jun. dia membaling silence kill tepat ke arah rantai Me Chain menyebabkan besi yang melilit Artemis terputus. Segera rantai-rantai Me Chain masuk kembali kedalam perumahnya. Sha berlari mendapatkan Artemisnya. Sebaik sahaja artemis di capai dia melompat ke arah pokok yang berhampiran.
Vic mengeluarkan soul dan membaling tepat kearah ayu. Ayu menangkis soul dengan menggunakan silence kill. Batang soul tersentuh sedikit tangan kirinya. Dia membuat backflip dan mendarat atas tanah dengan bergaya. Dia mneyorokkan tangan kirinya ke belakang menahan kepedihan. Dia merasakan kulitnya seakan-akan terbakar sewaktu soul mengenai tangannya sebentar tadi. Dia menggetap bibir. Vic melompat ke atas pokok dan mendapatkan soulnya yang elok terbenam matanya di dahan pokok itu. Mereka berlawan di antara satu sama lain. perlawanan berakhir apabila vic tersepak batu dang jatuh tersungkur di atas Ayu. Bibir mereka tersentuh antara satu sama lain.
“tidaaaaakkk!!!!” jeritan ayu bergema satu bukit.
Sha dan Ika tersengih-sengih melihat telatah ayu yang tidak sudah-sudah membasuh mulutnya dari tadi di air terjun berhampiran.
“apa yang korang sengih-sengih ha?” sergah ayu.
Ketawa sha dan ika kedengaran.
“wei amacam bercium dengan putera idaman?” tanya ika
“banyak la kau putera idaman. Tu putera katak kau tau. Eii tak rela aku. Dah la ciuman pertama aku di ambil oleh dia.” bebel ayu. Padahal jantungnya masih berdegup kencang tetapi dia buat tidak peduli. Sha dan ika terus-terusan mengusik ayu yang sedang marah.
Jun dan zoey juga tidak dapat menahan gelak melihat vic membebel tidaj henti-henti dari tadi.
“kau tahu pertama kali dapat lihat artemis dari dekat kagum gila aku” kata Zoey mengalih topic “dan memang tak dapat di sangkal yang dorang tu memang hebat.”
“erm aku setuju.” Sampuk Jun.
Ayu, ika dan sha yang sedang duduk di atas batu besar di tengah-tengah air terjun itu berbual dengan gembira. Tiba-tiba ayu bangun dan menyilangkan kedua belah tanganya.
Sha dan ika hanya memerhatikan perlakuan ayu. Ayu membaling shuriken di beberapa tempat ke arah semak samun berhampiran. Sha dan ika bangun dan berjalan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka berjalan dan berhenti di tempat duduk kumpulan epic.
“mari pergi. Sini tak selamat.” Kata Sha kepada mereka bertiga sebelum dia dan ika mengejar ayu yang sudah berjalan jauh di hadapan kerana tak ingin pandang muka vic.
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review