Monday, February 22, 2010

sleeping forest 14

Posted by Snow_Queen at 1:32 AM

   Mereka semua diam membisu seribu bahasa. Semua melayani perasaan masing-masing.
“kejadian harini dilakukan oleh siapa?” sha menyoal
“masih dalam siasatan. Apa-apa pun kau orang kena berhati-hati.” Rider memberi arahan.
“kumpulan epic. Kami dah lama cari korang..” rider senyum sinis.
“kita ada apa-apa urusan ke?” vic bercakap bagi pihak kumpulan mereka.
Tiba-tiba besi panas muncul untuk menghentam vic tetapi ayu sempat menarik vic daripada terkena besi panas tersebut. Vic tergamam. Sesiapa yang tidak hormatkan kings akan dihentam oleh besi panas kepunyaan Irene. Ayu memandang tajam Irene.
“kau dah sukakan mamat tu kah?” sinis rider bertanya.
“kalau aku sukakan sesiapa pun rasanya bukan masalah kau. Jangan buat perantis kami macam tu lagi” ayu bersuara tegas.
“perantis?” serentak ahli kumpulan epic bersuara
“ya.. mulai sekarang korang akan jadi perantis kami. Kami akan mengajar kamu pelbagai benda mulai harini.” ika menyampuk.
“kenapa kami mesti ikut cakap kau?” Jun bersuara sinis
“sebab kami kings. Dan arahan kings mesti dipatuhi. Kami sudah menilai keupayaan kamu bertiga. Memang memenuhi syarat untuk menjadi perantis kami.”
“jangan mimpi” zoey bersuara tegas.
Ika tersenyum sinis dan mendekati zoey. Perlahan-lahan dia membisikkan sesuatu di telinga jejaka itu. Muka zoey berubah riak.
“baiklah..kami setuju untuk menjadi perantis kau” zoey berkata setelah diam 5 saat.
“zoey” jun dan vic menyergah teman mereka yang satu itu…
xxxx
   sha termenung sendirian di ruang tamu. Dia teringat perbualanya dengan ayu dan ika sebelum pulang ke rumah tadi. Dia tidak menyangka bahawa 2 orang temannya sudah mengetahui identity sebenar jun, vic dan zoey. Pada mulanya dia agak berkecil hati tetapi apabila di jelaskan oleh ayu dia dapat menerima alasan mereka. Tetapi masalahnya kini dia berasa amat kekok apabila berhadapan dengan jun. dia tersentak apabila jun membaling bantal kecil. Jun ketawa kecil sebelum duduk berhadapan dengan sha.
“aku nak tanya sikit..erm apa senjata yang Korang miliki?” tanya sha
“o0o0..aku memiliki Me Chain.. dengan sekali libasan semua musuh akan mati sama sekali ataupun anggota badan mereka akan terputus…”
                                                                    Me Chain
 “hahaha lawak gile nama senjata kau..”
Jun memandang sha tajam sebelum menyambung kembali kata-katanya..
“vic memiliki soul. Kekuatan senjata ini juga tidak boleh di pandang rendah. Sesiapa yang tertusuk mata soul ini akan mati serta-merta kerana racun berbisa menyerap masuk ke dalam sistem darah tubuh mangsa. Bisa yang dimiliki soul sama macam bisa ular.
Lagi satu soul juga berupaya mengeluarkan haba yang panas. Dan akhir sekali wild. Wild adalah pistol yang dilengkapi gelang duri. Kira 2 dalam 1 lah tu. Boleh menembak dan boelh membuatkan perut mangsa terkoyak kerana terkena duri wild tu..” kata jun mengakhiri penerangan.
 
wild

“rasa janggal pula..” jun bersuara dahulu..
“kenapa?”
“yelah sebab kau tok guru aku..hehehe”
“banyak la kau..aku serba-salah kau tau..”
“aku tahu..jadi apa kata kita tetap berkawan macam dulu dan dalam masa yang sama aku tetap anak murid kau..” jun tersengih.
Sha senyum nakal “ha baiklah..pelajaran kita yang pertama harini kau kena masak untuk tok guru kau sebab dia dah lapar. Aku bagi 5 minit je tuk kau masak”
“bapak kejam giler kau..”
“cepat-cepat..4 minit lagi..” sha buat muka garang
Jun bangun dan menghala ke dapur sambil membebel dan sha tersenyum manis.
xxxx
     semua para pelajar tingkatan 4 sun menyerbu ke arah tingkap. Kelihatan mereka berbisik sesama sendiri.
   Ayu, ika dan sha yang kebetulan duduk berhampiran tingkap juga turut memandang ke arah luar. Nak terkeluar biji mata ayu apabila melihat vic dan zoey berada dalam kawasan sekolah mereka. Dia berasa tidak sedap hati. Para pelajar perempuan kelihatan terlebih excited seolah-olah tidak pernah melihat lelaki. Ayu mencebik..
“wah! Suka la kau ye ayu, pak we kau masuk sekolah sini.” Ika sengih lebar
“banyak la kau. Budak itu adalah pencemaran mata bagi aku kau tau” ayu mencebik.
Ayu yang kebetulan memandang ke arah luar sekali lagi bertembung pandang dengan vic yang juga memandang ke arah dia. Ayu segera mengalih pandangan.
Tidak beberapa lama kemudian En Min masuk membawa zoey dan vic ke dalam kelas mereka.
“mulai harini mereka berdua adalah rakan sekelas kamu. Sila perkenalkan diri” kata En Min
“nama saya zoey. Sila beri tunjuk ajar”
“nama saya vic. Sila beri tunjuk ajar” kata vic sambil memandang ayu yang kelihatan sibuk memandang buku
“baiklah kamu boleh duduk di tempat duduk yang kosong dalam kelas ni..”
Ayu telan air liur 3 kali. Alamak dah la tempat duduk di sebelahnya kosong. Dia tidak berani menatap siapakah yang akan duduk di sebelahnya. Dalam hati dia berdoa agar zoey yang duduk di sebelahnya. Tidak rela dia berjiran dengan mamat perasan nak mati tu.
“sila beri tunjuk ajar” jantung ayu terus berhenti berdegup seketika setelah mendengar suara itu. Sumpah dia nak terjun tingkap sekarang juga.
Vic duduk dan mengeluarkan buku teks. Tidak lama kemudian…
“pinjam pemadam”
“nak ubat pensel” ayu hanya bersabar melayan kerenah vic
Vic tidak puas hati kerana ayu tidak melenting seperti kebiasaan mereka berjumpa.
Dia menyepak kaki ayu. Ayu terus berdiri.
“kau nak mati ke?” ayu meyergah
En Min yang mengajar terus berhenti. Seluruh kelas memandang ke arah mereka berdua.
“apa awak cakap ayu?” En Min menyergah.
“aaa..tak cikgu..tak ada apa-apa” ayu memandang vic yang cuba menahan gelak.
Sha dan ika memandang sesama mereka dan tersengih.
“ayu..awak keluar sekarang dan pergi bersihkan bilik muzik. Saya tahu bila saya habis mengajar nanti bilik muzk tu dah bersih. Ayu menyepak kerusi vic sebelum keluar.
"ayuuuu!!" En Min menegur.
Ayu mengemop lantai bilik muzik dengan malas setelah menyusun kembali peralatan alat muzik di tempatnya.
“amboi rajinnya kau..hahaha”
Ayu memandang ke arah pintu bilik muzik. Dilihat vic tenang tersandar di muka pintu.
“kau nak apa?” garang ayu bertanya.
“tak ada apa-apa..saja aku datang tengok kau..seronok pulak tengok kau kena denda..” vic tersengih.
“baik kau pergi sekarang sebelum aku bunuh kau..aku buat salah apa kat kau ha?” ayu menyergah
“kau tak buat apa-apa salah kat aku. Cuma aku seronok kenakan kau.”
Ayu membaling kayu mop tepat ke arah vic tetapi segera ditangkap oleh vic. Vic sengih jahat. Ayu yang melihat sengihan vic rasa nak cincang lelaki itu lelaju.
Vic membaling kayu mop itu kembali ke arah ayu dan beredar. Ayu menyepak baldi air untuk melepaskan rasa marahnya. Tengoklah nasib kau vic..kau tunggu je..ayu sengih jahat…



 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review