Sunday, February 21, 2010

sleeping forest 13

Posted by Snow_Queen at 3:20 AM
Suasana di pusat membeli-belah Happily tempat kegemaran sleeping forest melepak sangat aneh hari itu.

Aneh kerana tidak ramai pengunjung. Selalunya sesak nak mati tetapi pada hari ini bilangan pengunjungnya boleh dibilang dengan jari walaupun hari sudah hendak masuk tengah hari. Ika menikmati kopi yang baru dipesannya sebentar tadi.

Dia, ayu, vic dan zoey sedang menanti sha dan jun. ika berbual mesra dengan zoey manakala ayu hanya mendiamkan diri.dia rasa ingin memarahi sha kerana tidak memberitahu mamat perasan nak mati ni ada sekali. Kadang-kadang dia memerhatikan vic yang sedang khusyuk menatap majalah fesyen. Sedang dia memerhatikan vic dia menyedari lelaki itu memakai seutas rantai fire element. Dia leka memerhatikan rantai itu.




   “hobi awak memang memerhatikan orang lain ke?” vic menyergah ayu. Ayu tersentak sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain.

    Ika dan zoey yang sedang berbual terus terdiam mendengarkan kata-kata vic.
“kalau kau suka kan aku pun jangan la perhatikan sampai macam tu. Sayang muka lawa tapi perangai pelik.” Tambah vic lagi.

   Ayu yang mendengar kata-kata vic terus berapi. “ha? Apa? Aku rasa telinga aku macam tak berapa nak dengar kau cakap tadi..aku suka kau? Minta maaflah tolong pergi cermin muka kau sikit ye. Perasan bagus perangai jelik meluat aku.” Ayu menggengam penumbuk.

    “tak dengar? Ni mesti kau dah berapa hari tak korek telinga kan? Huh perempuan pengotor” vic masih lagi nak menyakitkan hati ayu.

     Ika dan zoey dapat merasakan aura-aura menakutkan di sekeliling mereka.

    “ayu cuba kau telefon sha tanya dia dekat mana..” ika bersuara untuk meredakan keadaan. Ayu mendengus dan menelefon sha. “dorang dah nak sampai” ayu bersuara setelah menamatkan panggilan.

   Ayu memandang vic seolah-olah ingin makan lelaki itu. Zoey mendengus perlahan. Dia pening dengan sikap vic yang tidak sebulu dengan ayu semenjak hari pertama mereka bersua. Dia tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan kerana dia takut peluang untuk berjumpa dengan ika kelak amat tipis sementelah dia sudah mula menyukai gadis itu.

“apa tengok-tengok?” vic bersuara

“eh sapa tengok awak. Saya tengok mamat belakang awak tu” ayu bersuara

“eh! sapa cakap dengan awak. Saya cakap dengan minah belakang awak tu..” vic tersenyum sinis. Ika menepuk dahi..sudah nak mula balik dorang ni.

“hei guys sorry la lambat..” sapa Jun. ika menarik nafas lega dengan kemunculan sha dan jun.
“tak pe..jom pergi makan kat seoul garden nak?” zoey memberi cadangan. Mereka semua mengangguk setuju.

Dalam perjalanan ke restoran itu ayu terlanggar vic yang berhenti tiba-tiba..

“hoi apa main berhenti-henti ni..” marah ayu tetapi tidak dipedulikan oleh vic. Kerana geram ayu menyepak kaki lelaki itu. Vic mengaduh kesakitan. Dia ingin memarahi gadis itu tetapi tidak jadi apabila gadis itu sudah memasuki seoul garden.

Mereka makan sambil berbual.

“korang ada nak beli apa-apa?” tanya zoey usai mereka makan. Dalam hati dia berharap ada dikalangan teman-temannya nak membeli barang. Boleh la dia menghabiskan masa dengan ika lebih lama.

“ermm sha nak beli barang dapur la..”

“ermm aku ikut kau.. kita semua berjumpa kat luar dalam sejam lagi.” Jun bersuara.

“aku nak beli cd la..boring kat rumah tu tak ada cerita baru” ika bersuara

“aku ikut kau..aku pun nak beli cd juga” zoey bersuara.

Ayu dan vic hanya memerhatikan teman-teman mereka menuju ke destinasi masing-masing.

Vic memandang ayu. Ayu memandang vic. Mereka berdua saling berpaling ke arah bertentangan. Vic ke kiri. Ayu ke kanan. Membawa haluan masing-masing.

Ayu memasuki bilik air tingkat 3 bangunan Hapilly itu. Selepas membasuh tangan dia memandang ke arah tingkap yang berdekatan. Suasana di luar sudah mulai mendung. Dengan tenang dia melangkah keluar dari bilik air.

Secara tak sengaja dia terserempak dengan Vic sewaktu keluar dari bilik air. Vic memandang dia tajam. Vic memeluk dia secara tiba-tiba. Jantung ayu berdegup laju.

“hoi kau berangan apa?” vic senyum sinis. Ayu melihat vic memegang sebatang besi panjang berwarna coklat. Ala-ala lembing pun ada tapi besi itu mepunyai wing. Ayu melihat mata lembing itu diselaputi darah. Ayu berpusing ke belakang dan melihat seorang lelaki terlentang di atas lantai.


“tempat ni tak selamat” vic berkata kepada ayu yang agak blurr itu.

Vic menarik tangan ayu dan memasuki sebuah kedai baju yang berhampiran.

“semua pengunjung dan penjual di dalam bangunan ni sudah lesap..kau tengok semua kedai tiada orang yang jaga.” Ayu memerhatikan keadaan sekeliling. Betul apa yang dikatakan oleh vic tu. Suasana amat sunyi sekali pada ketika ini.

“aku nak cari diaorang” ayu bersuara tiba-tiba.

“kau gila? Kita tak tahu berapa orang yang nak bunuh kita kat luar sana. Lagipun kau tak payah risau pasal dorang. Pandai-pandai la diaorang jaga diri.” Vic membebel kepada ayu.

“kumpulan epic memang sangat hebat.” Ayu bersuara sinis.

“kau tahu identity kami?”

“apa yang nak dihairankan..”

“aku lupa. Kumpulan sleeping forest kan king. Jadi memang tak hairan la kan?”
Ayu mengetap bibir.

  Di tempat membeli barang-barang dapur beberapa mayat lelaki dan perempuan bergelimpangan. Jun memegang lengannya yang luka. Mereka tidak sangka di serang sewaktu sedang memilih ayam. Sha menanggalkan scarf di kepalanya dan membalut luka jun. sha amat terkejut melihat jun membunuh kesemua musuh yang tidak di jemput itu dengan sekali libasan. Dia seolah-olah masih bermimpi. Jun seperti aku itu adalah desis hatinya pada ketika ini.

“mari..kita kena cari yang lain..’ jun bersuara selepas memerhatikan kawasan mereka berlindung agak selamat sekarang.

Ika dan zoey menyorok di dalam tandas lelaki. Muka ika sudah merah padam kerana tidak biasa berdua-duaan dengan lelaki.

Apatah lagi tandas yang mereka duduki ini agak sempit. Mereka amat terperanjat sewaktu sedang leka memilih cd tiba-tiba sahaja cd yang di pegang mereka di tembak. Mujur mereka sempat mengelak..kalau tidak..faham-faham sendirilah..

Ika mengeluarkan sesuatu dan memasukkan dalam telinga. Zoey hanya memerhatikan perbuatan ika itu.

“woi!! Korang dengar tak?” ika bersuara. Zoey hanya memandang pelik.

“ika kau kat mana?” sha bersuara serentak dengan ayu.

“korang dengar ni kawasan ni tak selamat. Kita kena keluar sekarang dari bangunan ni.” ayu bersuara. Vic memandang ayu dengan pandangan agaknya dah gila perempuan ni cakap sorang-sorang…

“aku tahu. Tapi macam mana nak keluar kalau pintu utama bangunan ni dah ditutup. Lagi-lagi kita tak tahu berapa orang musuh kita.” Sha bersuara

“oh damn! Habis tu macam mana ni? wei korang kat mana?” ika bersuara

“dalam kedai baju” jawab sha

“dalam bilik salin pakaian adidas” jawab ayu

“dalam bilik air” jawab ika memberitahu kedudukan dia juga

Hampir tersembur ketawa ayu dan sha mendengar jawapan ika tetapi ditahan

“aaaa” jerit ayu tiba-tiba

“woii kau apasal?” sha dan ika bersuara serentak…

Ayu mengeluarkan silence kill.. kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu. Ika dan sha dah telan air liur. Vic juga terpaku dengan tindakan ayu yang tiba-tiba. Seorang perempuan terbaring elok di belakang vic.

“aku kat tingkat 3 ni..macam mana pun korang cari la jalan macam mana nak pergi tingkat 6. Kita jumpa kat bumbung.. roger n out.” Ayu mematikan talian dan menarik vic untuk bergerak.

Sha memberitahu jun mereka mesti pergi ke bumbung.

Ika dan zoey juga sudah memulakan strategi untuk melepaskan diri.

Baru sahaja ika menjejakkan kai ke tingkat 4 beberapa orang lelaki dan perempuan sudah mengelilingi mereka. Zoey tersenyum sinis. Mereka mendekatkan belakang badan masing-masing dan memerhatikan langkah setiap lawan mereka.

“saya nak bagitahu awak sesuatu” kata zoey tiba-tiba

“apa dia?”

“in case saya mati kat sini saya tak nak menyesal tak bagitahu awak..saya suka kan awak ika..dari hari pertama kita berjumpa” dengan lancar zoey meluahkan pengakuan tersebut.

Ika tergamam. Sebelum ika membalas mereka terus di serang.

Seorang perempuan bertubuh tegap menyerang ika. Ika memberi tumbukan di perut perempuan itu. Tetapi perempuan itu tiada apa-apa. Perempuan itu menyerang balas dengan membelitkan rantai besi di tangan ika dan menarik ika. Tubuh ika berpusing 360 darjah sebelum mencecah lantai. Ika lantas berdiri mengeluarkan skull walaupun tubuhnya sakit dan pedih. Dia melepaskan tembakan tepat ke dada perempuan itu. Perempuan itu rebah dalam sekelip mata.

Ika melihat zoey sudah lebam-lebam di tangan dan mukanya akibat pukulan pihak musuh.
Seorang lelaki memegang ika dari belakang dan mencekik ika menggunakan baseball bat. Ika merasakan nafasnya akan terhenti. Skull terjatuh. Ika menarik nafas dalam-dalam sebelum mencucuk mata lelaki itu menggunakan kedua belah jarinya. Lelaki botak itu mengaduh kesakitan. Dengan sekali tendangan dari ika lelaki itu jatuh dari tingkat 4.

Jun menarik belakang sha apabila melihat seorang lelaki rambut punk cuba membuat pukulan curi. Dengan sekali libasan dari jun kepala lelaki itu terputus dari badannya. Sha mengagumi senjata yang di gunakan oleh jun.
Mereka berlawan habis-habisan sehingga berjaya sampai ke bumbung pusat membeli belah itu.

Ayu dan vic yang sudah berjaya sampai ke bumbung menanti teman-teman mereka dengan penuh debaran. Ayu sudah menghubungi rider meminta bantuan kecemasan.

Sedang mereka menunggu tanpa disangka vic diserang. Ayu mendapatkan vic dan menggengam silence kill. bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dari 5 musuh yang berada dihadapan mereka. Kaki ayu dilibas oleh salah seorang dari 5 lelaki itu. Ayu terbaring di atas vic.

“berat la kau ni” vic mengomel

Ayu mendengus. Dalam masa-masa macam ni pun vic nak cari gaduh dengan dia.

Baru sahaja mereka berlima ingin menyerang serentak kelima-lima mereka jatuh rebah tiba-tiba. Vic melihat dada musuh mereka di tusuk oleh shuriken. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi helicopter. Ayu menyambut huluran tangan spitfire. Mereka berdua menaiki helicopter itu dan beredar.

“ika dan sha masih berada di dalam..” ayu bersuara cemas

“jangan risau. Orang-orang kita dah masuk dan uruskan apa yang patut. Sekarang kita balik ke ibu pejabat

dulu.” Spitfire tersenyum manis. Vic memandang ke arah luar…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review