Sunday, February 21, 2010

sleeping forest 12

Posted by Snow_Queen at 3:14 AM
Ayu menghirup milo panas sambil menghadap laptop. Dia memerhatikan maklumat di

hadapanya dengan penuh teliti dan mendengus perlahan. Deringan nada telefon bimbit

memecahkan kesunyian pagi.

“hello..” kedengaran suara garau seorang lelaki di talian

“aku dah dapat..” dengan nada malas ayu menjawab

“oh..aku ingatkan kau tak dapat sebab kau tak reply msg aku” spitfire memandang ke luar tingkap biliknya.

“ermm.. terima kasih sebab tolong carikan maklumat ni..”

“sama-sama..jadi apa langkah kau yang seterusnya?”

Ayu menggigit bibir “jangan risau..tahulah apa yang aku nak buat…tapi akan ambil sedikit masa..kau suruh Rider bersabar sikit..”

“ok” dan spitfire menamatkan panggilan.

Ayu mengusap mukanya sambil memerhatikan sekali lagi maklumat skrin laptop dihadapannya. Dia tersenyum sinis dan menghubungi number seseorang…

xxxxx
oleh kerana terlalu excited sha bangun awal pada hari itu. Jam di atas meja menunjukkan pukul 10.00 pagi..ishh pecah rekod ni..tak pernah-pernah ratu tidur macam aku bangun awal..

setelah membersihkan diri aku bersarapan seorang diri sementelah Jun tiada. Aku membebel sendirian kerana Jun tidak mengkhabarkan kepadaku ke mana dia pergi.

Ah! Sha kau bukan mak we dia pun. Yang sibuk nak tahu dia nak pergi mana tu buat apa? Hati sha berbisik perlahan.

Sha tersentak tiba-tiba. Dia bangun perlahan-lahan dan menghadap ruang tamu villa yang sunyi. Apabila menghampiri dinding di sebelah rak buku dia berhenti dan tersenyum sinis.

Dengan pantas dia menghunuskan artemis ke arah dinding. Serta merta darah tersembur keluar juga secara tiba-tiba muncul mayat yang mati di tangan sha.

“teknik kau orang masih lemah mungkin perlu belajar lebih lagi di sekolah?” Keadaan sekeliling masih sunyi seolah-olah dia bercakap seorang diri.

Musuh yang berada dalam keadaan halimunan membuatkan sha mengambil langkah berhati-hati yang lebih.

Sha mengelak ke tepi apabila dia terasa ada orang sedang menuju ke arah dirinya.

Pasu bunga di atas meja berhampiran pecah dan sha memberi tendangan tepat ke perut musuh yang tidak kelihatan itu.

Kedengaran suara mengaduh kesakitan. Dengan berpandukan arah suara itu sha menghunuskan kepala artemis tepat ke arah musuh yang tidak kelihatan itu. Kali ini juga darah merah tersembur di ruang tamu mewah itu dan mayat lelaki itu mula kelihatan pada pandangan mata kasar.

Sha berlari keluar dari ruang tamu itu dan mengunci pintu dengan rapat setelah membaling bom beracun kedalam ruang tamu itu. Pintu ruang tamu digoncang hebat seolah-olah terdapat puting beliung yang ingin melepaskan diri dari ruang yang sempit.

Setelah beberapa minit goncangan di pintu tidak lagi kelihatan. Sha masih lagi menunggu untuk memastikan keadaan benar-benar selamat untuk membuka pintu. Dia menelan sejenis pil kalis racun sebelum memasuki bilik itu.

Pintu di buka dan terdapat banyak mayat bergelimpangan di ruang tamu dan dapur rumah itu.

“1…2…3…15…20..” huis banyak betul mayat ni..dalam 20 lebih juga. Nasib baik la otak aku ni bijak. Pada mayat terakhir dia memeriksa tanda untuk melihat identity kumpulan yang menyerangnya.

Dia mengigit bibir. kemudian Sha mengeluarkan botol mengandungi cecair yang di beri nama “crush” yang berfungsi untuk menghancurkan tubuh manusia sehingga tidak kelihatan walaupun satu tulang manusia sekalipun.

Dia melihat tatu ular membelit naga di lengan lelaki itu. Setelah kerjanya selesai dia mengelap darah-darah hasil daripada tusukan artemis tadi. Darah di dinding dibasuh dengan cecair khas supaya tidak meninggalkan kesan darah di dinding.

“Sha.. kenapa dengan muka kau?” jun yang muncul tiba-tiba membuatkan sha kaget.

“kenapa dengan muka aku?” sha bertanya kebingungan. Jun menarik sha supaya menghadap cermin. Sha terkejut melihat percikan darah di mukanya. Damn!! Macam mana aku boleh tak perasan ni desis hati sha.

“eh aku pun tak tahu. Mungkin aku ada pegang apa-apa tadi dan aku tak sengaja kesat kat muka aku. Aaa..aku pergi basuh muka aku kejap ye..” sha tersenyum manis.

Jun melihat sha memasuki bilik air. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Jun terbau bau ubat.

Dia memegang lantai dan membau. Eh ni bau crush ni..sha kena serang..bisik hati jun.

jun segera bangun setelah melihat sha melangkah keluar dari bilik air.

“boleh kita bertolak sekarang? Nak tengah hari dah ni. nanti dorang tunggu kita pula.” Kata jun sambil tersenyum manis. Sha mengangguk dan melangkah keluar. Jun mengikuti dari belakang sebelum menutup pintu rumah dia seolah-olah terbau hanyir darah yang kuat….

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review