Sunday, February 21, 2010

sleeping forest 11

Posted by Snow_Queen at 3:10 AM

  “psstt..sha atas sini..” ayu memanggil. Sha mendongak ke atas pokok dan melihat ayu dan ika berada di situ. Sha memanjat dan melihat keadaan sekeliling. Kelihatan beberapa orang terbaring mengerang kesakitan.
“kumpulan catme buat hal ke?” aku bertanya.
“a’ah..tapi de beberapa group lain yang join dorang gak.” Jawab ika.
“mana king-king yang lain?” ika menyoal ayu.
“dorang pergi uruskan group-group len..jadi kita kene uruskan catme ni..uh dorang sangat licik”
“info??” tanyaku
“catme. Kumpulan baru yang memasuki permainan ni masih berada di tahap level E. di anggotai 3 lelaki dan 2 perempuan. Ketua kumpulan bernama Ice. Tujuan memasuki permainan ni adalah untuk membalas dendam terhadap spitfire. Tu je yang aku tau.” Kata ayu panjang lebar.
“o….key..jadi mari kita uruskan dorang sebelum heck crew datang.” Ika menyampuk.
Kami beredar dari situ dan menjejaki catme.
Di sebuah taman..
“ice, ko okey?” merry salah sorang anggota kumpulan catme bertanya. Ice hanya memegang sebelah tangannya yang berdarah.. tak guna aku akan balas dendam dekat kau walau macam mana pun..kau tunggu jelah spitfire..desis hati ice.
“Mungkin kau hanya boleh capai cita-cita kau selepas kau mati?”
kumpulan catme membentuk bulatan dan memandang ke semua arah setelah mendengar satu suara.
“hahaha..takut? sayang seribu kali sayang kami perlu nyahkan korang dari muka bumi ni..”
Ahli kumpulan catme mengeluarkan senjata masing-masing sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Ayu mengeluarkan sebiji bom asap beracun buatan sendiri. Dia memandang kearah ika dan sha.
Sha dan ika mengganguk sebagai isyarat supaya ayu meneruskan kerja mereka.
Tanpa membuang masa ayu membaling bom itu tepat ke arah mereka. Dengan sekali hidu sahaja mereka semua akan mati. Kami bertiga memakai topeng khas. Selepas asap beransur-ansur hilang kami bertiga memandang kearah 5 mayat yang bergelimpangan. Kami beredar dari situ selepas menyedari kumpulan the heck crew menuju ke arah kami.
Simon melihat mayat-mayat yang berada di hadapannya. Tanpa di sedari dia menumbuk tanah….
xxxxxx
aku pulang ke rumah tepat jam 3 pagi. Aku melihat lampu bilik tidur jun masih menyala. Dengan perlahan-lahan aku menuju ke arah bilik dia. Aku membuka tombol pintu dan melihat jun tidur dengan nyenyak. Aku tersenyum sendiri sambik menyelimutkan jun. bila aku hendak beredar jun memegang tanganku.
“jom keluar esok?”
“kau tak tidur lagi?”
Jun membuka mata dan tersenyum.
“ajak kawan-kawan kau sekali. Aku akan ajak zoey dan vic”
aku tersenyum dan mengganguk.
Jun melepaskan tanganku selepas mengucapkan selamat malam.
xxxx
Purple Line, Let Me Set Up My World (My World)
Nugudo deoleoboji mot haetdeon this way
Ijeneun nae bangshik dareun eoddeon nuguwado gateulsu eobseo
Na bogo shippeungeon My Progression…
dengan malas Ayu mengangkat telefonnye yang menjerit..adoiii sape la yang call malam-malam ni..orang nak tido pown tak senang. Tanpa melihat nama pemanggil terus dia mengangkat.
“Ayu..ko dah tido ke?”
“ermm..sha kenapa ni?” ayu menarik selimut.
“jom keluar esok?”
“pergi mana?”
“tempat biasa la..boleh ek?”
“kita berdua je ke?”
“tak..aku dah ajak ika sekali..esok tengah hari ye..”
“ok..weyh aku dah mengantuk ni..bye..”
Ayu mencampak telefonnye di atas meja lampu berhampiran katilnya dan terus terlena kembali.




0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review