Sunday, February 28, 2010

Lies cerpen

Posted by Snow_Queen at 3:29 PM
Ada manusia buta kerana cinta,
Ada manusia pekak kerana cinta,
Ada manusia yang sanggup menerima kesakitan kerana cinta,
Kerana bagi mereka cinta adalah segala-galanya,
Walaupun itu adalah cinta dusta…
xxxx
  “adoiii!! Sakit la sengal..” Mi-young menggosok lengannya yang menjadi mangsa cubitan Tiara. Manakala Kara hanya tersengih-sengih melihat kakaknya mengenakan Mi-young.
“dah tu kau pekak. Orang panggil sejuta kali pun kau tak dengar..” kara merungut.
“apa hal?”
“kau dah bercinta ya?” sergah Tiara tiba-tiba. Muka Mi-Young terus menjadi merah secara tiba-tiba.
“ha tu asal muka kau merah tu? Betul la tu?” kara menyampuk.
“mana kau tahu?” Mi-Young masih mahu berdalih.
“hehehe kitaorang kan banyak spy…adoi habis tu tetiba kau pakai cincin tu tanda apa? Mana pernah kau buang tebiat pakai cincin tetiba.ha ceritalah kat kitaorang pasal lelaki gila yang suka kau tu” kara mengangkat kening tiga kali sambil membelek cincin di tangan Mi-Young.


Lalu Mi-Young dengan rela hati menceritakan pasal teman lelakinya kepada mereka.
“0o0o..kira dah tiga bulan la ye kau bercinta dengan hapa nama mamat tu?” kara menggaru kepala.
“Ji Young” Tiara menjeling adiknya.
“ha Ji Young. Eh nama belakang korang pun sama. Memang jodoh la tu. So bila kau nak kenalkan dekat kitaorang?”
 “weekend ni nak tak?”
Kara dan Tiara segera mengangguk setuju.
“hey bertuahnya kau. Dah la cantik. Pak we kau dah kerja pula tu. Pengurus hotel lagi tu. Jeles aku..”sungut Kara
Mi-Young tersengih menampakkan gigi putihnya tersusun rapi.

xxxxx
sesudah sampai di rumah Mi-Young menelefon Ji Young.
“awak buat apa?” tanya Mi-Young setelah panggilannya bersambung.
“tengah teringatkan awak..”
Muka Mi-young sudah merah.
“ah awak ni macam-macam la. Ermm awak..saya nak kenalkan awak dekat kawan-kawan saya la weekend ni. awak free tak?”
“ermm tak boleh la..saya kena pergi out station. Erm lain kali ye?” Ji Young memujuk.
“ermm nak buat macam mana dah awak sibuk. Oklah saya nak siapkan assignment ni. nanti lecturer bising pula. Bye”
“bye” sambut Ji Young.
Pada hari minggu Mi-Young berjumpa dua orang teman baiknya di tempat yang di janji.
“Ji Young pergi out station la..” Mi-Young memandang teman-temannya meminta mereka memahami apabila mereka bertanyakan Ji Young. Tiara mencebik.
“okeylah. Aku belanja korang harini. Korang cakap je korang nak makan apa. Aku belanja.”
“betul ni?” Kara tersengih. Mi-Young mengangguk laju. Mereka melangkah laju ke dalam heaven mall tempat kegemaran mereka membeli-belah.
    Setelah seharian membeli-belah mereka membuat keputusan untuk makan malam di seoul garden.
xxxx
  sepasang kekasih sedang bahagia makan malam bersama. Mereka berbual dengan gembira sekali.
    Seorang waiter lelaki membawa kek ke meja pasangan kekasih tadi.
“selamat hari jadi Hana. Semoga hubungan kita sentiasa berkekalan dan saya akan menyanyangi awak seorang sahaja sehingga nafas ini terhenti.”
Hana tersenyum lebar kerana kekasihnya mengingati hari jadinya. Sangkanya kekasihnya itu sudah lupa.
  Hana menyuapkan stick kepada kekasihnya. Lelaki itu menggoda teman wanitanya dengan kata-kata manis. Hana berasa sangat bertuah berjumpa dengan kekasihnya itu. Dia bahagia kerana lelaki itu selalu melindungi dan menyayangi dia sepenuh hati. Jika lelaki itu tiada mungkin dunianya tidak bermakna.
“saya ada lagi 1 kejutan untuk awak..” lelaki itu bersuara.
Hana sudah tersengih lebar.
“bunga ros merah yang cantik ni untuk wanita cantik seperti awak..”
Hana menekup mulut dengan tangannya. Dia berasa terharu.
“terima kasih sayang. luv it” kata hana. Dia menghidu bau bunga itu. Ah! Wanginya sewangi cinta kami desis hati hana.
Setelah selesai makan malam mereka beredar ke kaunter untuk membuat pembayaran hana berpaut pada lengan kekasihnya.
Mi-Young memasuki seoul garden. Gelaknya segera berhenti setelah melihat jejaka di depannya. Jejaka itu juga terkejut melihat Mi-Young. Dia segera melurutkan tangan kekasihnya dari lengannya. Hana hairan dengan pelakuan Ji Young. Ji Young pada mulanya agak terkejut dengan kehadiran Mi-Young tetapi dia membuat muka selamba.
Mi-Young tersenyum sinis. Dia mara ke hadapan mengambil sejambak bunga ros yang di pegang hana dan membaling tepat ke muka Ji Young. Dia segera beredar. Tiara dan Kara mengejar Mi-Young. Ji-Young hanya tersenyum sinis.
“apa semua ni Ji Young? Siapa perempuan tu?” sergah Hana.
“semuanya berakhir di sini. Selamat tinggal Hana..” Ji Young melambaikan tangan dan beredar meninggalkan Hana yang sudah mengalirkan air mata.
xxxx
“tak guna punya jantan. Out station kemende. Rupanya dengan betina lain. pergi mampus!” jerit Mi-Young
“siapa tadi tu Mi-Young?” tanya Tiara
“tulah Ji Young yang korang nak sangat kenal tu”
Mi-Young terasa dadanya ingin meletup. Sangkanya lelaki itu ikhlas terhadap dia. Ternyata lelaki itu hanya ingin mempermainkan dia. Dia akan memutuskan hubungan dengan lelaki itu nanti.
“kau ni pelik. Orang lain tengok pak we dia curang menangis setempayan. Kau just marah-marah je.” Kata Kara
“buat apa aku nak membazir air mata untuk jantan tak guna tu.. dah la aku nak balik. Jumpa korang esok.” Mi-Young segera berlalu.
xxxx
   Mi-Young menangis sepuas hati di dalam bilik air. Dia terasa perit yang amat. Dia tahu dia takkan boleh melupakan Ji Young sementelah lelaki itu cinta pertamanya. Entah kenapa walaupun dia sendiri melihat lelaki itu curang dia masih mengharapkan Ji Young kembali ke sisinya. Betul dia tidak boleh melupakan lelaki itu.
    Keesokan harinya Mi-Young mendapat demam panas. Ibu Mi-Young berasa risau kerana anak perempuannya itu tidak mahu makan. Jika sesiapa menghampiri dia untuk menyuapkan makanan Mi-Young akan mengamuk kemudian menangis. Puan Ara menelefon Ji Young untuk meminta bantuan lelaki itu.
Mi-Young membuka mata apabila mendengar nama nya di panggil. Dia melihat Ji Young tersenyum manis. Mi-Young segera bangun berdiri dan menghadap lelaki itu.
“kau nak apa? Berambus aku tak nak tengok muka kau” jerkah Mi-Young.
“dengar apa yang saya nak cakap ni..awak dah salah faham.” Ji-Young cuba untuk memegang Mi-Young.
“Jangan sentuh aku. salah faham apa? Aku salah tengok ke? Out station konon. Boleh blah!” Mi-Young sudah membaling bantal-bantal yang terdapat di dalam bilik itu kepada Ji-Young.
Kerana geram Ji Young menolak Mi-Young ke dinding dan mengucup perempuan itu. Bantal yang di pegang Mi-Young terjatuh dari genggaman.
“dengar sini. Perempuan tu hanya kawan. Tak lebih daripada itu. Hanya awak satu-satunya di hati ini.” Ji Young menunjukkan dadanya. Mi-Young merenung Ji Young. Dia melihat ada air jernih mengalir dari pipi lelaki itu. Tanpa disedari dia mengelap pipi lelaki itu dan memeluk Ji Young.
“saya percayakan awak.” Mi-Young menangis.
Ji Young mendudukkan Mi-Young di atas katil.
“mari makan. Saya suapkan. Mak awak kata dah beberapa hari awak tak makan.”
Mi-Young mengangguk dan dia mula makan.
“adakah betul dia kawan sahaja?”soal Mi-Young ragu-ragu.
“ye sayang. Kawan sahaja.” Ji Young senyum manis.
“habis kenapa awak bagi dia bunga ros dan tipu saya kata awak nak pergi out station?” soal Mi-Young.
“sebab haritu kebetulan hari jadi dia. dan dia takde kawan nak celebrate. Sebab tulah saya sambutkan untuk dia. pasal out station tu di batalkan pada saat-saat akhir. Jadi ada apa-apa lagi yang awak nak tanya?” soal Ji Young mencubit pipi Mi-Young. Mi-Young menggeleng dan tersenyum puas.
 Setelah Mi-Young tidur, Ji Young keluar dari bilik itu dan menutup pintu perlahan-lahan. Sewaktu dia hendak turun dari tangga dia terserempak dengan Emak Mi-Young.
“adakah dia makan?” tanya Puan Ara gusar
Ji Young mengangguk senang.
“baguslah. Mak cik risau betul dia asyik mengamuk sahaja beberapa harini. Minta maaf menyusahkan kamu..”
“ah tidak mengapa mak cik. Saya minta diri dulu. Selamat malam.” Ji Young tunduk hormat dan berlalu.
xxxx
Mi-Young ke kolej hari itu dengan wajah ceria. Tiara dan Kara pelik dengan perubahan teman mereka.
“kau kenapa?” soal Kara
“entah bahagia semacam je ni. ada apa-apa ke?” soal Tiara pula
“aku dah berbaik semula dengan Ji Young” Mi-Young sengih lebar.
“eh haritu sapa yang marah sangat sampai kata nak putuskan hubungan?” Kara memerli.
“dia dah explainkan kat aku. Jadi dah tiada apa-apa”
“yelah-yelah. Tapi aku nasihatkan kau jangan bagi hati kau seratus peratus dekat lelaki. Nanti susah kau nak berpatah balik.” Tiara menasihatkan temannya yang satu itu
Mi-Young hanya senyum mendengarkan kata-kata Tiara.
xxxx
   Ji Young berasa rimas dengan panggilan tidak henti-henti daripada hana. Dia sudah tidak larat hendak menjelaskan kepada perempuan itu bahawa mereka sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Tetapi Hana seolah-olah enggan menerimanya dan terus-menerus membuat panggilan.
 Ji Young menelefon nombor seseorang dan tersenyum apabila panggilanya bersambut.
“hello sayang awak kat mana?” tanya Ji Young kepada gadis itu.
“kalau awak terror cuba la cari saya. Hehehe..” jawab perempuan itu dengan manja.
“baiklah kalau saya berjaya mencari awak, awak kena buat kek favourite saya..boleh?”
Gadis itu ketawa mengekek. “baiklah” jawab gadis itu.
Ji Young mencapai kunci kereta dan keluar dari pejabatnya. Sebelum keluar sempat dia berpesan kepada setiausahanya supaya membatalkan segala temu janji harini.
xxxxx
   Mi-young mengisi filem ke dalam kamera kesayangannya. Dia merancang untuk pergi menangkap gambar bersama Tiara dan Kara pada hujung minggu ini. Sedang khusyuk menyusun beberapa peralatan dalam mini studio kesayangannya tiba-tiba dia di peluk dari belakang.
“gotcha” sebut lelaki itu.
Mi-Young berpaling dan memeluk Ji Young.
“macam mana awak tahu saya ada di sini?” tanya Mi-Young manja
“emmm rahsia..” jawab Ji Young sambil buat muka cute.
“oh ya saya nak tunjukkan awak sesuatu.” Kata Mi-Young sambil melangkah ke arah laci berdekatan. Ermm mana benda tu desis hati Mi-Young.
“apa yang awak nak tunjukkan tu?” soal Ji Young
“adalah. Tunggu sebentar..” Mi-Young melangkah ke dapur studio pula. Dia menyediakan kopi kegemaran Ji Young dan mengambil sebuah buku di atas peti ais. Mi-Young menghulurkan Ji Young cawan kopi itu dan duduk di sebelah lelaki itu.
“tada.. saya buatkan album pasal kita. Gambar dari dulu sampai sekarang semua ada.” Mi-Young tersenyum manis. Mereka membelek album gambar itu bersama-sama dan tergelak apabila ada gambar-gambar yang melucukan. Tanpa di sedari Ji Young, Mi-Young bangun dan menangkap gambar Ji-Young secara curi-curi. Ji Young yang menyedari gambar dirinya di tangkap hanya tersenyum manis. Kemudian mereka melihat gambar-gambar yang di tangkap oleh Mi-Young. Mereka tersenyum bahagia.
“mana hadiah saya?” soal Ji Young
“hadiah?” tanya Mi-Young blurr
“kek..”
Mi-Young mencubit pipi Ji Young sebelum berlalu ke dapur. Dia mengikat rambutnya yang panjang itu. Dia mengeluarkan perkakas dan bahan-bahan untuk membuat kek.
Ji Young masuk ke dapur dan menolong. Sedang Mi-Young memasukkan tepung ke dalam bekas tiba-tiba Ji Young mencalit tepung ke mukanya.
“Ji Young…” jerit Mi-Young manja. Lalu terjadi adegan baling membaling tepung antara mereka. Selepas semuanya selesai Ji Young memasukkan adunan yang telah siap di bancuh ke dalam acuan untuk di bakar. Mi-Young yang sedang menyiapkan krim kek mendapat idea nakal.
“awak cuba tengok sana” kata Mi-Young sambil menunjukkan satu arah. Ji Young segera berpaling. Lalu Mi-Young menyapu krim ke muka Ji Young dan lari. Ji Young mengejar Mi-Young. Mi-Young berlari keliling meja di tengah dapur untuk mengelak dirinya daripada di tangkap. Tiba-tiba sewaktu berlari kaki Mi-Young tersepak kaki kerusi dan hampir terjatuh. Mujur sempat di sambut Ji-Young. Mereka merenung satu sama lain. oleh kerana badan Mi-Young terkena cabinet telah menyebabkan tepung yang berada di atas cabinet terjatuh lalu turun umpama salji. Mereka ketawa lucu melihat muka masing-masing.
xxxx
   Mi-Young mengenakan pakaian yang ringkas pada hari minggu itu. Ada juga dia mengajak Ji Young tetapi lelaki itu memberi alasan sibuk. Bunyi hon kereta memecahkan lamunan Mi-Young. Dia berlari mendapatkan Tiara dan Kara yang sedang menunggu.
“mana kamera kau?” soal Tiara.
Mi-Young menepuk dahi dan berlari masuk ke dalam. Tiara memandang Kara sebelum ketawa melihat telatah Mi-Young itu.
Beberapa minit kemudian Mi-Young datang membawa kamera dan mereka berlalu ke destinasi yang ingin di tujui.
   Cuaca di Taman reakreasi Golden redup pada hari itu, bilangan pengunjung juga tidak ramai. Terdapat pasangan kekasih yang sedang bergembira. Mereka begitu mesra sekali. Sara meminta teman lelakinya mengajar dia menaiki basikal. teman lelakinya membetulkan cermin mata sebelum mengangguk setuju. Sara tersenyum manis. Dengan sabar teman lelakinya mengajar dia untuk menaiki basikal. kadang-kadang Sara akan terjatuh kerana hilang kawalan tetapi teman lelakinya terus memberi kata-kata galakan. Setelah beberapa lama belajar akhirnya Sara berjaya juga menunggang basikal.
“baiklah sebab buah hati saya yang manis ini berjaya menunggang basikal dengan baik saya nak bagi dia hadiah..” lelaki itu tersenyum.
“apa dia?” tanya Sara teruja.
“ermm hadiahnya saya akan bawa awak pusing satu taman ni dengan basikal.. macam mana?”
Sara menangguk setuju.
   Tiara, Kara dan Mi-Young berjalan sambil menangkap gambar pemandangan di situ.  Mereka juga menaiki kayak untuk menangkap pemandangan di sekeliling tasik tersebut. Setelah puas mengambil gambar mereka berasa penat.
“hei jom ambil gambil gambar kitaorang dekat sana..” kata Tiara menunjukkan satu arah.
Mi-Young dan Kara mengangguk setuju. Mi-Young mengambil gambar Tiara dan Kara dalam beberapa posisi. Kadang-kadang dia juga akan mengambil gambar diri sendiri membuatkan Kara menyungut. Mana tidaknya sudah elok mereka berposing tiba-tiba Mi-Young mengambil gambar muka dia sendiri. Mi-Young hanya ketawa manja kerana berjaya mengenakan teman baiknya itu.
Mi-Young menyuruh temannya itu berposing semula sebelum mereka pergi ke tempat lain. baru sahaja dia ingin menangkap gambar terdapat pasangan kekasih melintasi belakang Tiara dan Kara. Dia melihat sang gadis memeluk dan melentokkan kepalanya di belakang badan lelaki itu. Kara dan Tiara terkejut apabila Mi-Young berlari meninggalkan mereka. Mi-Young berlari sekuat hati untuk memintas pasangan kekasih itu. Ji Young yang sedang membawa basikal berhenti mengejut apabila seseorang berdiri di hadapannya. Dia terkejut apabila melihat Mi-Young berdiri di hadapannya. Mi-Young menangalkan cincin pemberian Ji Young dan melemparkan kepada lelaki itu.
“kau memang jantan tak guna. Kau ingat bila kau ubah penampilan kau dengan bercermin mata dan buat fesyen rambut macam ni aku tak kenal la..” Mi-Young meyergah.
“cik..adakah awak dah salah orang?” lembut Sara bertanya
“takkan la aku tak kenal dengan pak we aku. Aku bukan bodoh sangat.. ye tak Ji Young.”
Mi-Young menyepak tayar basikal itu dan berlalu.
Ji Young senyum sinis.
“Ji-Young betul ke apa yang dia kata? Dia salah orang kan?” muka Sara sudah mulai merah. Menahan marah barangkali.
“sorry hubungan kita sampai di sini sahaja.” Kata Ji Young tanpa sebarang penyesalan.
Sara menampar Ji Young sekuat hati dan berlalu pergi.
xxxxx
habis semua barang di dalam bilik dilempar. Kaca berserakan di merata-rata tempat. Mi-Young duduk di satu sudut dan menangis. Dia betul merasakan hatinya sudah luka parah. Sudah dua kali Ji Young buat dia begitu tapi yang dia amat benci apabila dia masih lagi memikir dan merindui lelaki itu.  Dia mengambil telefon bimbit dan menelefon Ji Young.
“katakan apa yang saya nampak harini adalah bohong. Lelaki itu bukan awak..” Mi-Young sudah menangis teresak-esak.
“kalau awak nak permainkan saya kenapa buat bermacam janji dengan saya kemudian pergi macam tu sahaja?”
“minta maaf” hanya itu yang dilafazkan Ji Young
“mungkin kita patut sampai di sini sahaja. Awak terlalu baik untuk saya.” Lafaz Ji Young lagi.
 “tak..tak.. mari kita anggap tiada apa yang berlaku..saya maafkan awak..saya tak boleh hidup tanpa awak Ji Young.. saya akan tunggu awak untuk berubah..” kata Mi-Young tidak berputus asa.
“kalau saya tak berubah macam mana? Awak akan lagi sakit Mi-Young”
“saya akan pastikan awak berubah..saya akan berusaha. Mari kita anggap tiada apa yang berlaku.”
“baiklah..tapi awak jangan mengharap.” jawab Ji Young.
Mi-Young menutup telefon bimbitnya dan menangis lagi. Sudah beberapa hari Mi-Young tidak gembira. Dia selalu berpura-pura ceria. Tiara dan Kara amat susah hati dengan keadaan Mi-Young.
Sewaktu makan malam…
“mama ada berita gembira yang nak di sampaikan untuk kamu, Mi-Young” kata Puan Ara.
“apa dia mama?” Mi-Young tersenyum.
“tak lama lagi kamu akan dapat adik..”
“really mama? Mama tak tipu kan?” Mi-Young terlalu gembira mendengar khabar itu seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi kepada dia sebelum ini. Puan Ara hanya tersenyum manis.
Selama beberapa hari Mi-Young beransur-ansur kembali ceria seperti dahulu. Dia selalu menemani mamanya. Kadang-kadang dia akan bercakap dengan adiknya dalam perut itu.
xxxx
“hellos” jawab Mi-Young apabila telefon bimbitnya berbunyi.
“waa kau sihat? Apa cerita baby?” tanya Kara
“aku sihat je hehehe..baby ok je..” Muka Mi-Young berseri apabila bercerita pasal adiknya.
“wei malam ni jom party.. dah lama kita tak keluar menari.” Ajak Kara
“ermm ok juga. Tempat biasa ye?”
“ha’ah tempat biasa. Jumpa kau malam ni” Kara memutuskan panggilan.
Pada malam itu Mi-young mengenakan blouse berwarna putih. Dia membiarkan rambutnya yang panjang itu lepas. Dengan tenang dia memandu ke Mystique River sebuah kelab malam terkenal yang selalu di kunjungi oleh anak-anak orang kaya.
Dia mendapatkan Kara dan Tiara yang sedang menunggu di pintu masuk. Muzik membingitkan telinga menyambut mereka. Anak-anak muda sedang menari bersama pasangan masing-masing. Mereka menuju ke bar dan memesan minuman. Sambil berbual mereka minum. Kemudian Tiara dan Kara menarik tangannya untuk menari. Pada mulanya dia enggan tetapi selepas puas di pujuk dia mengalah. Lagu stand up berlagu rancak membuatkan anak-anak muda semakin galak menari. Mereka bertiga menari dengan gembira.
Di satu sudut Ji Young sedang menunggu seseorang.
“Tiffany sini..” Ji young memanggil apabila melihat tiffany mencari dirinya. Tifanny memandang Ji Young dan mereka saling berpelukan. Kemudian mereka mula menari.
Entah bagaimana Mi-Young terpandangkan Ji Young bersama gadis lain. dia menyelak rambutnya ke belakang dan tersenyum sinis. Mungkin dia patut melupakan lelaki itu terus. Dia tidak ingin menjadi bodoh dan di permainkan lagi. Dia menuju ke arah Ji Young dan pasangannya.
Ji Young dan Tiffany yang sedang rancak menari terhenti. Tiffany memandang Mi-Young pelik.
“aku sepatutnya dah lama buat macam ni tetapi aku bodoh. Sekarang aku nak buat apa yang patut aku buat pada pertama kali kau curang dengan aku.” Mi-Young menampar Ji Young dengan sekuat hati dan sebelum beredar dia sempat berkata pada Tiffany
“kau patut cari lelaki yang lebih baik. Lelaki ini hanya reti bertukar-tukar pasangan sahaja.”
Ji Young hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Mi-Young kerana dia yakin gadis itu pasti akan kembali padanya.
Mi-Young mengucapkan selamat tinggal kepada Tiara dan Kara kerana ingin pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia memasuki kereta, keretanya di rempuh oleh lori besar di hadapan kelab Msytique River. Pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan mabuk.
xxxx
  suasana di tanah perkuburan sangat sunyi. Sesekali terdengar esakan ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiara memeluk Kara. Mereka tidak sangka Mi-Young akan pergi buat selama-lamanya. Yang membuatkan hati mereka bertambah sakit Ji Young menghadiri majlis pengkebumian ini seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Kara menuju ke arah Ji Young dan menampar lelaki itu. Ji Young terkesima dengan tindakan Kara itu.
“pasal kaulah Mi-Young mati. Mi-Young dah beberapa kali bersabar bila kau curang dengan dia. tapi kau jangankan kata nak berubah tapi makin teruk. Aku harap kau akan mendapat balasan yang setimpal.” Jerkah Kara
Tiara menarik adiknya yang sudah hilang kawalan.
Selepas upacara pengkebumian selesai Ji Young pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia membuka pintu apartmenya haruman channel semerbak memenuhi ruang rumahnya. Dia membuka pintu bilik dan melihat Tiffany berdiri menghadap tingkap. Ji Young memeluk gadis itu..
Tiba-tiba Ji Young merasakan ada sesuatu hangat yang mengalir. Dia memegang perutnya dan melihat darah merah tercalit di tangannya. Ji Young memandang Tiffany sebelum rebah.
“ini adalah balasan kerana mempermainkan adikku, Hana” Tiffany tersenyum sinis sebelum berlalu pergi…
*the end*
Apa pandangan korang tentang cerpen snow ni? sila-sila la komen. Snow terima pandangan korang dengan hati terbuka.. ^^
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review