Sunday, February 14, 2010

Lady J, the witch (special episod 6)

Posted by Snow_Queen at 12:41 AM

  Musik yang dimainkan berhenti setelah menyedari ada orang yang memasuki bilik music itu. J tersenyum manis melihat Mika bersama Dan memasuki bilik tersebut. 

Cello yang dimainkan tadi diletakkan ketepi.
“kau okey?” dengan berhati-hati Mika bertanya.
“okey..kau tengok aku ada apa-apa ke?”
Mika memandang Dan.
“kalau kau nak minta tolong apa-apa kau cakap je dengan aku. Aku pasti akan tolong.” Dan senyum manis.
“okey..korang pergi la. Aku nak bersendirian practice music ni. malu la kalau korang dengar music sengau aku ni” J ketawa.
Mika senyum kelat. Dia faham benar dengan perangai J. dia bukan mengenali gadis itu sehari dua tetapi sudah bertahun. Bila gadis itu sedih dia akan bermain music ataupun menangis di dream dew. Dia dan Dan menapak pergi meninggalkan J keseorangan.
Sebaik sahaja pintu bilik music tertutup rapat air mata mengalir keluar tanpa dapat di tahan-tahan. Dia memegang bungkusan biskut itu dengan sedih. Segera kejadian tengah hari tadi berlayar di ingatan.
xxxx
selepas madam moisy iaitu guru yang mengajar subjek ramalan keluar dia curi-curi memerhatikan Dan memberikan bungkusan biskut buatan J kepada max. J meminta bantuan mika supaya menyuruh Dan memberikan biskut itu kepada max kerana dia malu untuk menyerahkan bungkusan itu kepada jejaka itu sendiri.
Max mengambil bungkusan tersebut dengan senang hati. Apabila max bertanyakan hadiah daripada siapa Dan hanya mengangkat bahu. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah dia ternampak max bersama seorang gadis duduk berdua-duaan. J segera menyorok di tepi dinding berhampiran tempat duduk pasangan itu.
“max, ini hadiah daripada siapa?” soal gadis tersebut
“hadiah ni? max memegang bungkusan biskut “entahla tak tahu siapa yang bagi”

“well perempuan tu ketinggalan zaman betul la. Tengok bungkusan hadiah ni…buruk betul” 
J mengigit bibirnya. Dia terus sabar mendengar perbualan pasangan tersebut walhal hatinya ingin sahaja pergi mengambil bungkusan biskut tersebut dari tangan max. dia betul-betul menyesal kerana memberi biskut tu.
“erm rasanya pun tak sedap” kedengaran max masih lagi mengomel
Seluruh tubuh J sudah menggigil. Dia ingin menangis tetapi sedaya upaya ditahan.
Dengan jelas dia melihat max membuang pemberian dia dalam tong sampah. Tanpa disedari J mahupun max, mika dan Dan yang kebetulan berada di situ turut menyasikkan benda yang sama. Mika ingin pergi kepada J tetapi segera di tahan oleh Dan.
J mengambil bungkusan tersebut dari tong sampah dan menggengam bungkusan tersebut dengan pedih.
xxxx
dia menekupkan kedua belah mukanya dengan tapak tangan apabila tangisannya semakin menjadi-jadi. Kini dia pasti dia sukakan lelaki itu. Kalau tidak masakkan hatinya begitu perit. Dia sukakan lelaki itu bukan kerana dia serupa dengan kekasihnya tetapi kerana dia adalah dirinya sendiri. Yang suka mencari gaduh dengannya, yang suka mengusiknya, yang tidak melayannya.
Pada malam tersebut J menziarahi puan sun. puan sun yang menerima kedatangan J terkejut melihat muka pucat gadis tersebut bersama mata yang bengkak.
“J mari duduk. Apa yang terjadi dengan kamu ni?” puan sun memapah J duduk di sofa yang berhampiran. Dia segera mengarahkan orang gajinya menyediakan minuman panas. J menyembamkan mukanya di atas riba puan sun. puan sun mengusap kepala J dengan penuh kasih sayang. Dia takkan memaksa gadis itu bercerita. Apabila J sudah bersedia baru dia akan bertanya.
Dalam nada teresak-esak J meminta izin untuk memasuki bilik max. puan sun hanya mengangguk.
   Dilihat kedudukan perabot bilik tersebut masih lagi sama. Di atas meja max terdapat bingkai gambar mereka bersama. Diambil gambar tersebut dan dipeluk. Dia baring di atas katil max. Terasa seolah-olah keharuman dan kehangatan max masih lagi wujud. Entah kenapa dia terasa amat merindui lelaki itu. Kalau max masih ada mungkin kini mereka sudah berbahagia bersama. Air mata terus mencurah.
   Selesai menjamah makanan yang di sediakan oleh puan sun dia meminta diri untuk pulang. Dia takut mika risau pasal dirinya. Sebelum beredar dia memeluk puan sun seolah-olah tidak ingin melepaskan perempuan yang sudah di anggap seperti ibunya sendiri.
Sudah hampir separuh jalan untuk balik ke rumah dia memegang lehernya yang lenguh. Dia berasa aneh tiba-tiba. Rantai pemberian max!! desis hati J. dia berpatah balik ke arah rumah puan sun. sepanjang perjalanan dia memerhatikan di atas tanah takut-takut rantai itu tercicir di situ. Baru sahaja ingin mengetuk pintu rumah max dia terkedu apabila mendengar suara ketawa puan sun. juga kedengaran suara lelaki.
Darahnya berderau. Dia cam suara lelaki itu tetapi persoalannya apa yang lelaki itu buat disitu?
Entah di mana diperolehi kekuatan untuk membuka pintu untuk melihat drama keluarga itu. Sebaik sahaja pintu di buka dengan jelas J melihat max terbaring di atas riba puan sun. dia berasa amat marah. Puan sun dan max terkejut dengan kedatangan J secara tiba-tiba itu. Puan sun berasa serba salah.
“apa semua ni mama?” J menyergah. Sudah hilang rasa hormat dirinya kepada perempuan tua itu.
“J sayang dengar sini..mama..”
“ah sudahlah. Mama nak berdusta apa lagi dengan J? kenapa mama?” J sudah tidak dapat menahan amarahnya.
“awak max.. seronok la dapat mempermainkan saya. Awak tahu saya cintakan awak separuh mati tapi awak buat saya macam ni. dah puas hati awak tengok saya macam nak gila kerana menangisi pemergian awak?”
Max tidak dapat berkata apa-apa. Dia sendiri bingung dengan drama di hadapanya. Lagi-lagi bila J mengenali mamanya.
“J..bukan salah max.. mama yang salah..dia tak tahu apa-apa..mama..”
“shut up!! Mulai harini bersaksikan langit dan bumi saya tiada apa-apa hubungan dengan keluarga ini lagi” “wifdrs” teriak J dan dalam sekelip mata J bertukar menjadi bebola cahaya berwarna hijau sebelum hilang di telan kegelapan malam. Puan sun terduduk. Max mendapatkan mamanya dan mendudukan wanita itu di atas sofa. Dia memandang mamanya meminta penjelasan. Puan sun yang memahami maksud pandangan mata anaknya itu memulakan cerita cinta max dan J.
xxxx
  J melepaskan kemarahannya dengan mencari dan membunuh orang-orang deusk. Iaitu kumpulan bangsa yang sudah lama diburu oleh kementerian sihir kerana mereka selalu merosakkan harta benda awam dan membunuh orang yang tidak bersalah.
Api kemarahan J tidak dapat dibendung lagi. Iris matanya juga sudah bertukar warna. Pedang pusaka tinggalan keluarganya digunakan untuk membunuh. Apabila api kemarahan menguasai diri maka apakah yang boleh menghalang seseorang itu daripada bertindak mengikut perasaan. Selepas tiada satu pun bangsa-bangsa deusk sudah habis di bunug barulah J tersedar. Dia menggigil melihat kemusnahan yang dilakukan. Api marak membakar di sana sini. Mayat bergelimpangan dan bau hanyir darah menusuk hidung membuatkan sesiapa sahaja termuntah. Muka-muka mayat juga mengerikan seolah-olah mereka mengalami azab yang amat pedih sebelum mati. Dengan pantas J pergi meninggalkan tempat itu.
xxxx
  selesai sahaja puan sun bercerita max tergamam. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Dia bingung. Dia tidak sangka bahawa dia dan max yang diceritakan oleh Dan adalah orang yang sama.
“mama minta maaf nak..mama buat semua ni demi kebaikan kamu dan dia. Biarlah J menderita awal-awal kerana kehilangan kamu daripada dia merana kemudian hari.”
Max senyum pahit. Dia meninggalkan mamanya keseorangan dan membawa naik kotak kenangan yang disimpan puan sun semasa sebelum dia kehilangan ingatan. Dia melangkah masuk kedalam bilik yang di kunci rapat oleh mamanya selama ini. Padanlah mamanya memberi amaran keras jangan sekali-kali memasuki bilik ini. Rupa-rupanya ada rahsia yang mamanya sembunyikan. Dia membuka kembali album gambar dia dan J. sewaktu sedang berbaring tangannya tiba-tiba terpegang sesuatu. Dia melihat seutas rantai berloketkan api Kristal biru. Rantai milik J desis hati max. dengan secara tiba-tiba dia bertekad untuk mencari gadis itu demi menjelaskan keadaan sebenar. Dia tidak ingin lagi kehilangan gadis itu…
xxxx
mika terkejut melihat keadaan J yang berlumuran darah. Segera dia mendapatkan J.
“J, kenapa dengan kau? Apa yang terjadi ni?” mika bertanya bimbang.
“ak…aku..ta..tak tahu mika..ak..aku dah bunuh orang..”
“J!! kau dah buat apa ni? cuba cerita betul-betul”
“mika kau nak tahu max hidup lagi..dorang tipu aku mika..dorang tipu aku..”
Mika menggaru kepala kerana pening dengan penjelasan J. dia menarik J masuk kedalam bilik air dan memandikan gadis tersebut. Setelah itu, diberi gadis itu minuman bercampur dengan ubat penenang. Perlahan-lahan J mula lena.
Mika menghubungi Dan dan menceritakan apa yang terjadi. Dan mengarahkan Mika agar memerhatikan J sementara dia mencari max.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review