Sunday, February 14, 2010

Lady J, the witch (special episod 5)

Posted by Snow_Queen at 12:37 AM

  Kejadian pada malam J menyerang max benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada J. dia mengeluh sendirian. Sudah beberapa kali dia ingin pergi berjumpa dengan max untuk meminta maaf tetapi ego menghalang dirinya daripada berbuat demikian. Lagipun max yang bersalah kerana memprovokasi dirinya. Dia mengeluh sekali lagi. Tetapi hatinya takkan tenang selagi dia tidak meminta maaf. Baiklah sebagai seorang gadis yang matang dia buat keputusan untuk menolak egonya ketepi.
Pada petang itu J berjalan ke taman bunga untuk bersiar-siar sambil melihat jika max berada di situ. Kerana taman tersebut merupakan tempat kegemaran jejaka tersebut untuk membaca. Dia berdoa dalam hati agar di pertemukan dengan jejaka tersebut. Baru sahaja berniat begitu dari jauh dia sudah nampak jejaka tersebut menghala ke arah dirinya. Semakin lama semakin dekat. Semakin berdegup laju jantungnya. Semakin banyak peluh dingin keluar. Apabila jejaka tersebut berselisih bahu denganya dia terus kaku. Kata-kata yang di susun dengan sebaiknya terus hilang. Apatah lagi max tidak memandangnya.
  Max mengeluh perlahan sambil berjalan. Ingin sahaja dia berhenti dan memeluk gadis tersebut tetapi ego dirinya menghalang untuk berbuat demikian. Dia tidak ingin menyeksa diri gadis itu lagi. Perlahan-lahan kejadian pada malam tersebut mula berputar di ingatan. Sebaik sahaja dia membuka mata kawasan sekeliling terasa begitu asing bagi dirinya. Dia melihat Dan tersengguk-sengguk di sisinya. Max tersenyum payah. Dan tersedar apabila melihat bunyi gelas berlanggaran. Dilihat max dengan susah payah menuang air.
“weyh kenapa tak kejut aku je. Meh sini aku tuangkan air” kata Dan
“kau nampak letih..aku tak nak menyusahkan kau.”
Dan tersenyum manis sambil memberi gelas air kepada Max.
“aku ada mimpi pelik.” Kata max setelah menghabiskan segelas air
“mimpi apa?”
“aku mimpi aku dan J adalah pasangan kekasih. Mimpi tu macam wayang. Ia bermula bagaimana kami kenal sampai aku di tikam oleh seorang lelaki bernama Master Black.”
“kemudian?” Dan bertanya teruja
“pastu aku terus bangun..aku rasa mimpi aku tu betul.”
“ah kau ni..kan kau dah tau kisah J tu. Mungkin hanya kebetulan je mimpi tu. Dah jangan fikir banyak. Rehat baik-baik.”
xxxxx
Mika melihat J tidak keruan. Sekejap guling ke kiri sekejap ke kanan. Naik pening mika melihat keadaan sahabatnya.
“kau ni kenapa? Buang tebiat?” mika meyergah
J senyum nipis. “yelah kot. Aku rasa aku ni ada penyakit gila”
“hah? Gila? Cuba kau cerita sikit kat aku macam mana kau boleh dapat penyakit gila tu?”
J bangun dan menyisir rambutnya yang panjang itu dengan jarinya.
“weyh..kau bagitau kat aku sikit. Apasal la aku rasa serba salah bila nak jumpa si max kasanova tu. Bila aku dekat dengan dia semua oksigen yang aku sedut macam hilang.
Lagi-lagi tadi. Aku jumpa dia nak minta maaf tapi bila dia dah lalu sebelah aku terus aku kelu. Jantung aku pula macam nak lompat keluar dan dalam masa yang sama aku rasa macam ah tak retilah nak bagitau kau. Pendek kata perasaan aku bercampur baur la..” kata J panjang lebar.
“jangan-jangan kau dah suka dia tak?”
“weyh agakla. Walaupun muka dia sama dengan max tapi takkan la senang-senang aku nak suka kat dia. Lagipun dia tu kaki perempuan.”
Eleh yang kaki perempuan tu juga la yang kau suka desis mika dalam hati
“ha kau cakap apa?” J menyoal
“eh takde apa-apa” ish psikik ke hape minah ni.
“habis aku nak buat macam mana ni?” J buat muka tak bersalah
“menurut firasat aku kau dah suka kat dia. J yang lepas tu sudah la. Buka balik pintu hati kau untuk menerima cinta yang baru ni. kau tak rugi apa-apa”
“tapi..aku takut mika..aku takut aku akan anggap dia adalah max aku yang dah tiada tu” lirih kedenganran suara J.
“ah selagi kau tak cuba mana kau nak tahu. Weyh senang-senang kau ngorat jelah max tu. Dulu dia cuba-cuba nak baik dengan kau tapi kau dingin je dengan dia.”
“ha!! M-E-N-G-O-R-A-T??? kau giler ke hape mika” sergah J
“eyh betol la. Apa salahnya kalau perempuan mengorat lelaki. Apa kata kau bagi gift dekat dia..ermmm macam cookies yang kau buat sendiri ke?” Mika senyum sambil pejam mata.
J mengambil bantal dan membaling kepada Mika.
“woi” sergah mika sambil menggosok kepalanya..
“aku rasa kau yang terkena penyakit gila ni. gila bayang dengan Dan. Dah aku nak tidur kau jangan lupa tutup lampu tu” J menarik selimut hingga ke paras dada dan menutup mata.
Mika membebel sendirian sambil menutup lampu sebelum masuk tidur.
Jam terus berdetik tetapi mata J enggan lelap. Sudah banyak kali dia pusing ke kiri dan ke kanan. Hish tak betul agaknya kepala aku ni desis hati J kerana asyik teringat saranan Mika.
Doh coklat yang sudah siap digelek ditekap dengan corak bintang dan diletak di atas dulang untuk dibakar di dalam oven.
Setelah semuanya selesai dan biskut di bakar J mengemas dapur dan membasuh peralatan yang digunakan. Sedang membasuh bekas tepung tiba-tiba dia mencampak kembali bekas tersebut ke dalam singki. Eh betul lah aku dah gila. Yang aku pergi bakar biskut ni buat apa? J mengetuk kepalanya.
Mika yang melihat tindak tanduk J tersenyum senang hati sebelum berlalu masuk ke bilik.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review