Saturday, February 13, 2010

Lady J, the witch (special episod 4)

Posted by Snow_Queen at 4:08 AM
Harini sudah masuk seminggu dia mengelakkan diri daripada bertembung dengan max si kasanova. Kalau dia nampak max di kantin kampus dia sanggup pergi ke dewan makan berdekatan hostelnye. Dalam kuliah pula dia sengaja datang lambat..kalau datang lambat boleh duduk belakang sekali dan boleh pula cabut keluar awal kerana dia selalu duduk berhampiran dengan pintu. J leka memerhatikan buku-buku rujukan yang boleh membantu untuk menyiapkan assingmentya. Dia tahu sepatutnya dia buat semua itu dengan max tetapi daripada dia menyumpah seranah budak tu baiklah dia buat sorang-sorang..hehehe baik tak kasi budak max tu markah free.
Max memerhatikan Lady J dari jauh. Dia sedar dalam masa seminggu ni gadis itu sering mengelak dari berjumpa dengan dia. Dia juga sedar gadis itu selalu masuk lambat ke kuliah. Setelah kejadian malam itu dia telah memaksa Dan dan Mika menceritakan tentang J dan dia berasa simpati di atas penderitaan gadis itu. Padanlah gadis itu emosi pada kali pertama mereka berjumpa rupa-rupanya dia seiras dengan teman lelaki J.
J meletakkan buku rujukan di atas meja dan tanpa disangka-sangka max datang duduk di hadapanya sambil tersengih-sengih. Dia mendengus perlahan.
“nak apa?” aku bertanya dingin.
“nak awak..” Max masih tersengih. J memberi jelingan maut. Max terkedu sebentar dengan jelingan maut daripada J.
“kan tugasan ni kita kena buat bersama-sama”
“tak payah la. Saya baik hati ni nak bagi awak markah free tanpa awak perlu buat apa-apa” J senyum sinis.
“eh mana boleh macam tu..kata kumpulan kena la bekerjasama”
“nah ambil ni” tanpa disangka J menolak kesemua buku rujukan kepada max dengan kasar. max buat muka pelik.
“tadi kata nak tolong sangat..ha buat la kerja tu. Kerja tu takkan jalan sendiri kalau awak asyik sengih-sengih je” J memberi sedas kepada max.
Mak oii garangnyer pompuan ni desis hati max.
Pada malam itu J dan Mika menghadiri kelas ganti yang dibuat oleh Madam Six. Setelah mengambil wand masing-masing mereka menuju ke south wing kampus akademi. Di south wing terdapat stadium terbuka yang di khaskan untuk sebarang acara sukan university dan malam ini tempat itu digunakan untuk para pelajar kelas J berlatih seni mempertahankan diri daripada serangan ilmu hitam.
“okey semua..cari pasangan anda masing-masing.” Kata madam six memulakan kelas malam itu. “dan pasangan anda mestilah berlainan jantina”
E’eh macam tu pulak madam ni desis hati J..ish aku nak berpasangan dengan siapa ni.ermm..J memandang Mika buat muka kesian.
“hehehe J aku tak boleh nak tolong la..” kata Mika sambil mendapatkan Dan.
J hanya berdiri tegak sambil memerhatikan budak-budak kelas dia mendapatkan pasangan masing-masing. Nak tak nak dia pergi mendapatkan madam six.
“ha J kenapa dengan kamu?” madam six bersuara setelah melihat J termanggu-manggu mendapatkanya.
“aaa..madam saya takde pasangan la” J sengih sendiri
“apa takde pasangan?ermm sesape yang takde pasangan lagi sila ke sini untuk dipasangkan dengan Lady J” madam six membuat announcement.
Adoi!! Madam ni dia pergi buat announcement la pulak malu siot..ish mcm nak bertukar jadi burung dan terbang tinggi sebab malu yang amat sangat desis hati J.
“saya takde pasangan lagi.” Kedengaran satu suara berteriak.
“ha J tu lelaki tu takde pasangan awak pergi la jadi pasangan dia.” Arah madam six
J mendongak kepala untuk melihat gerangan jejaka yang bersuara. Sumpah dia nak bunuh max bila lihat lelaki itu tersengih-sengih memandangnya.
J berjalan mendekati max apabila madam six sudah memberi arahan.
“tak sangka orang seglemer awak ni takde orang nak.” Max membuka bicara pabila J sudah berada di hadapanya.
E’eh mamat ni nak cari pasal dengan aku.
“eh suka suki hati saya la. Yang awak nak cari pasal dengan saya ni apasal?” J sudah mula naik angin.
“ah awak ni cepat benar naik angin. Macam mana la lelaki nak dekat dengan awak.” Max masih mahu membakar hati gadis yang sudah seperti gajah kelaparan yang tinggal nak mengejar mangsanya sahaja.
“rupetr” teriak J sambil berniat supaya max bertukar menjadi pokok tua yang nak reput. sihir ini berupaya menukar bentuk asal sesuatu benda kepada benda yang lain. Max melompat tinggi. Jampi itu terkena salah seorang pelajar lelaki yang berada di situ dan tidak sampai beberapa saat dia sudah bertukar menjadi pokok.
 
Madam six yang melihat pertarungan di antara max dan J hanya membiarkan sahaja pertarungan itu berlaku sambil mengarahkan semua pelajar mendekati beliau supaya tiada yang terkena jampi J.
“lightstorm” balas max tetapi berjaya ditangkis dengan protection blaze oleh J.
“J, awak nak tau..awak ni keras kepala tak heran la takde lelaki yang nak dekat dengan awak.” Max masih lagi mahu membakar hati J.
J yang mendengar kata-kata max terus menyerang lelaki itu bertalu-talu tanpa belas kasihan. Dia seakan-akan lupa diri. Mika dan Dan dah bertambah risau melihat pertarungan menjadi semakin sengit. Mika rasa macam nak tampar lelaju je mulut max tu. Sengaja cari nahas. Mika dah pandang Dan. Dan hanya mengangkat bahu.
J membuat pusaran angin dan berjalan di atas angin tersebut sambil cuba memanah max dengan invisible spears dibawah pengawasan naga sekiranya max cuba menyerang dia

secara curi . Walaupun tidak nampak spears tersebut max seolah-olah dapat merasai kehadiran senjata tersebut apabila berjaya mengelak setiap kali spears itu ditujukan kepadanya.
“grot” teriak max dan serta merta angin yang di naiki J hilang seolah-olah di serap kuasa tersebut. J mendarat atas tanah dengan sebelah lututnye mencecah tanah.
Apabila max baru nak menyerang sekali lagi kepalanya terasa sakit yang teramat sangat dan sakit itu bertambah ngilu apabila terdapat beberapa imej yang tidak berapa jelas terbayang di kepalanya. J yang tidak menyedari keadaan max itu mengambil kesempatan dengan menyerang jejaka itu sekali lagi.
“Rootyie” J menepuk sebelah tanganya di atas tanah dan dengan segera beberapa akar kayu yang besar keluar dan melilit tubuh badan max tanpa memberi ruang lelaki itu untuk membalas. Max menjerit kesakitan dan secara tiba-tiba J seolah-olah tersedar. Perlahan-lahan lilitan akar yang membelit tubuh lelaki itu terungkai. Dengan perlahan-lahan J hilang sedikit demi sedikit.
Madam six mengarahkan supaya max dihantar ke hospital sambil menggelang kesal kerana membiarkan mereka berlawan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review