Saturday, February 6, 2010

Lady J, the witch (special episod 3)

Posted by Snow_Queen at 1:53 PM
J membuka mata perlahan-lahan dan duduk. Dia cuba mengigati apa yang terjadi tetapi gagal. Setelah membersihkan diri dia turun ke kafe untuk memenuhkan perutnya yang sudah bernyanyi. Setelah memesan makanan dia memandang ke luar sebelum Dan datang menyapa.
“hei..kau ok?” Dan tersenyum nipis.
“ermm..sorang je? Mika mana?” tanyaku
“aku tengah tunggu kawan aku ni. mika kata dia ada hal. Dia tak bagitau kau ke?”
J menggelengkan kepala.
“oii sorry lambat” sapaan seorang pemuda kepada Dan membuatkan darah J berderau. Suara tu desis hati J.
Max duduk di sebelah Dan tanpa menghiraukan J. perbualan mereka terhenti apabila Dan meminta diri untuk ke tandas. Max memandang gadis di hadapanya.
“aaa awak..macam mana dengan kita punya assignment tu?”
“ermm..awak bagi la cadangan. Saya ikut je..” J menjawab dalam nada nak-tak-nak..
“kita pernah kenal?” max bertanyakan soalan itu sekali lagi. Sepanjang hari ni dia cuba mengingati wajah J tetapi dia tidak dapat mengingati tentang gadis itu.
J mendengus kasar. Sebelum J menjawab seorang gadis berambut panjang datang menghampiri dan menegur max. perbualan mereka kelihatan mesra membuatkan J terasa ingin membunuh perempuan itu apatah lagi max menggunakan perkataan baby, sayang membuatkan tekak J terasa loya. Dalam hatinya sudah berkata ini bukan max dia. Max bukan seorang yang gatal. Tetapi lelaki di hadapannya ini kelihatan seperti kasanova yang handal. J bangun dan mencurah air kosong ke arah max. max dan perempuan itu tergamam. Dan yang melihat kejadian itu juga tidak mampu berkata apa-apa.
“awak ni dah melampau tau tak..kalau nak menarik perhatian saya pun jangan la buat macam ni. mula-mula menangis pastu curah air pasni apa lagi?” max mendengus marah. J yang mendengar kata-kata max terus menampar pemuda itu dan berlalu. Max duduk. Dia pening memikir perangai gadis yang baru di kenalinya itu. Dia memang tidak mengenali gadis itu..tetapi kenapa apabila dia bersama gadis itu dia terasa perit dan dalam masa yang sama ada perasaan hangat yang menyelubungi dirinya.
J berlari pantas ke arah dream dew. Apabila sampai dia duduk di atas dahan salah satu pokok yang terdapat di situ. Dia menangis teresak-esak. Harini saja sudah berapa banyak kali dia menangis kerana max. sekarang dia yakin bahawa lelaki itu bukan maxnya tetapi kenapa hati dia terasa amat perit dan berdegup laju apabila berada bersama lelaki itu.
Dia memegang rantai pemberian max dan membaca jampi. Tidak lama kemudian muncul satu cahaya putih yang mana permukaanya adalah kaca. J melihat saat-saat indah dia bersama max. tanpa di sedari air matanya tumpah lagi.
xxxx
pagi itu aku bangun dengan azam yang baru. aku tidak akan menjadi lemah lagi apabila berdepan dengan max versi baru itu. Datanglah 10 max pun mereka tidak dapat menandingi maxnya. Sebelum ke kelas aku pergi ke sekolah menengah aku dahulu untuk melawat puan sun. sewaktu melangkah masuk aku terasa pelik apabila semua pelajar-pelajar di situ memandang aku dengan pandangan yang pelik. Sesetengah mereka pula kelihatan berbisik-bisik sesama mereka. Ish ada apa-apa ke kat muka aku? Aku melihat ke arah tingkap untuk melihat jika ada apa-apa yang tidak kena dengan diriku.. ish ok je..baju, rambut semua ok..ermm biarlah mereka. Sewaktu aku hendak menaiki tangga menuju ke pejabat puan sun tidak semena-mena datang 2 orang pelajar perempuan. Seorang bermata biru dan seorang lagi bermata hijau menyapa aku.
“awak..awak Lady J kan?” tanya si mata hijau.
“aaa..ye saya..”
“boleh saya minta tanda tangan?” tanya kawanya yang bermata biru itu.
Aku menandatangi buku yang dihulurkan mereka.hehehe rasa macam artis la pula. J menggaru kepala yang tak gatal. Kemudian aku meneruskan perjalanan ke bilik puan sun.
“selamat pagi mama” sapaku kepada puan sun. selepas aku mengetahui max adalah anak puan sun aku terus memanggil puan sun kepada panggilan mama.
“selamat pagi..oh J dah lama tak datang sini. Masuklah”
Aku duduk di kerusi yang terdapat di dalam bilik itu
“ala mama..J baru tak datang seminggu dah rindu?”
“yeke? Kenapa mama rasa kamu macam dah lama tak datang?” puan sun tersenyum nipis.
“ada-ada je mama ni. mama sihat tak? Dah lama J tak rasa masakan mama”
“ yelah kamu nampak makin kurus. Nanti kamu datang rumah mama, mama masak banyak-banyak bagi kamu gemuk.” J gelak senang.
Selepas berbual panjang aku meminta diri untuk pulang kerana ada kelas yang perlu di hadiri.
“J…mama..” kata-kata puan sun terhenti
“kenapa mama?” J senyum manis
“ah tak de papelah. Cepat pergi kelas nanti kamu lambat.”
J melangkah pergi sambil menggelengkan kepala manakala puan sun mengeluh kasar…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review