Sunday, February 14, 2010

Lady J, the witch *final*

Posted by Snow_Queen at 12:50 AM
J bangun perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa berat. Dilihat mika sudah lena baring di sisinya. Dia senyum sendirian. Dia bersyukur kerana dikurniakan kawan sebegitu.
Perlahan-lahan dia membuka tingkap dan menuju ke dream dew. Dia duduk atas dahan sepohon pokok tua yang selalu menjadi tempat dia dan max bertemu. Ah!! Mengingatkan lelaki itu sahaja sudah membuatkan dia sakit hati. Dia ingin mencampak lelaki itu jauh-jauh dari hidupnya.
“saya dah agak awak akan datang ke sini” kedengaran suara seseorang.
J memerhatikan keadaan sekeliling. Dia menampar pipinya sendiri kerana berhalusinasi
“jangan la tampar diri sendiri sayang oii”
J melihat seorang pemuda bersandar tenang di salah sebuah pokok. Hati J membara tiba-tiba..
“nak apa datang sini? Dusta apa lagi yang kau nak bagitahu aku?”
Max tersentap mendengar kata-kata kasar J. dia tahu gadis itu marah benar.
“saya datang nak jelaskan segala-galanya..”
“ah! Kenapa aku nak dengar kata-kata penipu? Pergi jahanam!!”
J turun dari dahan dan ingin pergi dari situ tetapi segara di halang oleh max.
“awak dengar la apa yang saya nak cakap ni..”
“hey tak faham-faham lagi ke? A-K-U- T-A-K-N-A-K.. kau faham tak..ketepi..” J buat muka bengis.
Max memegang bahu J kejap dan mengenakan jampi agar gadis itu tidak boleh bergerak.
J senyum sinis.
“kau kena belajar lagi..setakat jampi macam tu tak berkesan terhadap aku. J ingin bergerak tetapi anehya tubuh dia kaku di situ. Dia mencuba sekali lagi tetapi gagal.
“lepas awak dengar penjelasan saya terpulang kepada awak untuk buat apa sahaja. Saya terima seadanya.” Lirih suara max merayu.
J hanya memandang ke tepi. Dia tidak mahu memandang muka lelaki tersebut. Dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah kerana dia masih lagi mencintai lelaki itu.
Lalu max menceritakan segala-galanya dari A-Z sama seperti yang diceritakan puan sun. setelah max habis bercerita J gelak sampai keluar air mata.
“hebat betul cerita awak. Siap hilang ingatan kemudian ada penyakit merbahaya yang boleh membunuh. Kalau betul awak sakit kenapa saya tengok awak sihat benar ni? patutnya awak dah lama mati” J senyum sinis.
“awak nak saya mati ke?”
J terkedu. Dia hanya mendiamkan diri.
“saya dah dengar cerita dongeng awak tu. Sekarang lepaskan saya. Saya nak balik tidur.”
“apa yang dia cerita tu betul J” kata Dan yang muncul entah dari mana.
J memandang Dan dengan pandangan marah.
“apa maksud kau?”
“aku tahu semuanya sebab aku yang tolong puan sun jaga max dari hari dia hilang ingatan sampai sekarang. Max betul-betul ada penyakit yang merbahaya.”
“jadi..kau juga bersubahat dengan mereka. Kau juga mika?”
J memandang sahabatnya.
“mika tak tahu apa-apa J” Dan bersuara menyebelahi Mika.
Baru sahaja dia ingin berkata-kata tiba-tiba max batuk dan tersembur darah..
J yang melihat kejadian itu terus mendapatkan max…
xxxx
suasana di hospital kampus begitu sunyi. Puan sun tidak habis-habis menangis. J hanya berdiam diri. Kini dia dapat menerima kenyataan bahawa sememangnya max sakit setelah mendengar penjelasan doctor. Kesan serangan master black begitu hebat kerana tiada ubat mahupun jampi yang boleh mengubati keadaan max itu. Segalanya bergantung kepada takdir kini samada max mampu terus bertahan ataupun tidak.
Dia melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan max. dilihat muka pucat max. perlahan-lahan dia memegang tangan max dan mengucup dahi lelaki yang selalu bertakhta di hatinya itu. Max membuka matanya perlahan-lahan. Dia tersenyum melihat J.
“awak..”
“syhh..jangan banyak cakap..rehat ok” air mata terasa ingin keluar tetapi sedaya upaya J cuba menahan.
“ambil jaket saya..dalam tu ada hadiah untuk awak..”
J mengambil jaket max yang tersangkut di atas kerusi tetamu. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sepasang rantai.
“itu rantai pasangan..saya..saya tak mahu awak pakai rantai yang dulu tu.. bak sini rantai tu” max bersuara dengan susah payah.


Dengan susah payah juga max memakaikan rantai berloket hati itu dilehernya. Kemudian J memakaikan rantai berloket bulat ke leher max.
Perlahan-lahan J memegang rantai itu..tanpa dapat di tahan air matanya tumpah lagi.
“syyh..jangan menangis…saya rela mati awal kalau saya tahu awak akan sedih macam ni”
“walaupun saya dah tak ingat masa lalu tapi saya berharap awak boleh terima diri saya yang sekarang ini”
J mengelap air mata dan tersenyum serta mengangguk. Perlahan-lahan max tidur selepas nurse menyuntik dia dengan ubat tidur.
Mika merasa pening melihat J yang tidak senang duduk.
“kau duduk boleh tak? Pening aku tengok kau ke kiri ke kanan”
“macam mana aku nak duduk senang. Aku tengah fikir macam mana nak tolong max..”
“dah la J. sekarang ni kita berserah sahaja” Dan menyampuk.
J menjeling Dan.
“senang la kau cakap macam tu. Kalau mika yang kat dalam tu takkan la kau nak berserah juga?”
Dan terkedu disergah J.
“mika aku nak keluar sekejap. Kalau ada apa-apa kau contact je aku..” J berlari pergi.
“hey J!! kau nak pergi mana tu?” mika menjerit. Dia dan Dan saling berpandangan.
xxxx
kini dia berada di depan bilik bahan bacaan larangan dan ilmu hitam. Dia memasuki bilik itu sama seperti dia pernah melakukan dahulu. Suasana di perpustakaan begitu sunyi.
J mencari buku-buku potion yang mungkin boleh membantunya. Hampir keseluruhan rak bacaan di cari tetapi dia tidak berjumpa apa-apa. Dia memegang dahi sambil memejamkan mata. Dia hampir-hampir hendak berputus asa.
“ah! Senangnya manusia berputus asa” J melihat sekeliling apabila mendengar suara seseorang.
“aku di depan kau”
J memandang ke hadapan dan melihat penjaga pedang pusaka keluaganya tersenyum memandang dia.
“aku mungkin boleh bantu kau..”
“ha! Kau tahu macam mana nak tolong selamatkan max?”
“hahahahahaha”
“jangan la main-main. Cepat bantu aku.” J mendengus
“sabar aku pasti tolong kau..tetapi aku nak bagi amaran awal-awal..”
“apa dia?” J memotong
“kau ni tak sabar lah. Tunggu la aku habis cakap dulu..”
“hermm yelah-yelah”
“ada satu potion yang boleh tolong kau.tapi kejayaan potion ni hanya 90-10 sahaja.”
“walau apa sahaja risikonye aku akan ambil..”
“bagus-bagus. Tapi kalau ada apa-apa yang berlaku kau takkan menyesal?” tanya penjaga pedang itu lagi
“aku akan menyesal kalau aku tak buat apa-apa untuk selamatkan max”
“hahaha aku suka orang macam kau. Hulurkan tangan kau.”
J menghulurkan tanganya. Beberapa saat kemudian kelihatan cahaya putih yang pada mulanya kecil menjadi semakin besar. Cahaya itu terapung-apung di atas tapak tangan J. setelah cahaya itu hilang kelihatan sebuah botol kecil yang mengandungi cecair berwarna hijua likat.
“apa ni?” tanya J curiga
“muntah aku” jawab penjaga pedang selamba.
“hehehehe..gurau je. Itu adalah potion turun temurun nenek moyang keluarga Lady Rika”
J menjeling tajam.
“kenapa aku tak tahu pun”
Penjaga pedang tersenyum.. “kadang-kadang ada benda yang tak payah kita ambil tahu”
J mengenggam botol tersebut. Kemudian dia berlari keluar dari perpustakaan setelah mengucapkan terima kasih kepada penjaga pedang. Penjaga pedang hanya tersenyum.
Mika terkejut melihat J berlari pantas. Dia, puan sun dan Dan mengejar J yang memasuki bilik tersebut.
“J, kau nak buat apa?” Dan tanya risau.
“korang percayakan aku tak?” J menyoal tanpa memandang mereka.
“kau jangan buat benda bodoh J” Mika meyergah
“aku takut juga tapi aku mesti cuba. Mama maafkan J”
J membuka penutup botol tersebut dan menuang ke dalam mulut max. max ingin memuntahkan cecair itu kembali tetapi segera J menutup mulut jejaka itu.
Beberapa minit kemudian J melepaskan peganganya apabila max berhenti melawan. Dia menunggu dengan penuh debar. Beberapa saat kemudian max terus muntah darah dengan banyak. J memandang cemas. Puan sun segera menolak J dan mendapatkan anaknya.
Dan berlari mendapatkan doctor.
Perlahan-lahan J keluar diikuti puan sun dan mika. Mereka menunggu dengan penuh debar.
“kalau jadi apa-apa dekat max, mama takkan maafkan kamu selama-lamanya J”
“saya faham..dan saya terima kalau mama tak maafkan saya” J senyum kelat.
Setengah jam kemudian doctor keluar. Dia mengelap peluh dan membuka topeng mukanya. Perlahan-lahan doctor itu menggelengkan kepala. Puan sun sudah meraung. J hanya memandang lantai.
xxxxx
beberapa tahun kemudian…
J membuka pintu gelongsor rumahnya dan memandang ke luar. Dia mencari seseorang dilaman. Apabila kelibat orang yang dicarinya kelihatan segera senyuman terukir di bibirnya.


“abang masuk dalam sekejap tengok danish ni. saya nak masak kejap. Nanti dia bangun susah pula.” J bersuara.
Jejaka itu memandang isterinya dengan penuh kasih sayang setelah mendengar panggilan isterinya..dia segera bangun dari bangku dan mendapatkan isterinya.


Max mengucup dahi isterinya sebelum mendapatkan anak mereka. Segera dia melihat anaknya yang masih lena tidur sambil memeluk bunny. Kata isterinya danish sekarang dah pandai demand. Nak tidur dengan bunny kalau tak dia tak mahu tidur. Dikucup dahi Danish, anak lelaki mereka setelah 2 tahun berkahwin.


Max melangkah ke dapur setelah memastikan Danish tidur dengan lena.
“eh kenapa tak tengok Danish?” J menegur
“la dia tidur nyenyak tu. Ada apa-apa yang boleh abang tolong?”
“tolong tengokkan sup dalam periuk tu ye” J senyum manis.
J memandang suaminya dengan penuh kasih sayang. Segera kejadian beberapa tahun dahulu terlayar di ingatan.

xxxx
Perlahan-lahan doctor itu menggelengkan kepala. Puan sun sudah meraung. J hanya memandang lantai.
“eh kenapa puan meraung?” doctor itu bertanya pelik
Semua yang berada di situ membuat muka pelik apabila terdengar soalan doctor itu.
“anak puan selamat.” Kata doctor itu tersenyum.
“habis kenapa doctor geleng kepala tadi” mika bertanya
“oh saya geleng kepala sebab keadaan ini sangat ajaib. Penyakit max seolah-olah hilang begitu sahaja seolah-olah dia tidak pernah sakit”
Semua yang mendengar penjelasan doctor itu menarik nafas lega. Ceh doctor ni buat lawak pulak saat-saat macam ni desis hati Dan.
Mereka semua melawat max apabila dibenarkan masuk..
“weyh J ko bagi max minum apa?” tanya mika.
J hanya tersenyum sambil mengenyit mata. Mika mencebik..
xxxx
“ouch” J memegang pipi
“tulah abang tanya tak menyahut. Ingatkan kenapa. Boleh pulak dia berangan.”
J merasakan mukanya sudah merah..
“abang tanya apa?”
“bila Dan dan Mika sampai?”
“kejap lagi sampai la tu..aaa boelh tak J nak tanya sikit”
“banyak pun takpe”
J menjeling manja.
“erm perempuan dengan abang waktu abang mengumpat hadiah pemberian J tu sapa?”
“hadiah? Perampuan?” max buat muka pelik.
“ala hadiah biskut bintang tu..”
“o0o0..jadi tu sayang la yang bagi?” J angguk
“perempuan tu kawan jelah. Jangan fikir apa-apa okey?”
“yeke?”
“betul la..takkan ada perempuan lain boleh gantikan sayang tau.”
“habis tu kenapa abang buang biskut yang sayang bagi?”
“saje je abang nak buat sayang marah”
“jadi abang tau la yang saya hadiahkan biskut tu?”
Max menangguk sebelum memeluk J.
Selepas J menyusun hidangan di atas meja, Mika dan Dan sampai.
J dan Mika saling berpelukan melepaskan rindu.
Mika yang sudah sarat 5 bulan kelihat semakin berisi. Mereka berbual dengan gembira sambil mengenang masa lalu seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan. Perbualan mereka terhenti apabila Danish menangis.
“ha hero abang dah menangis dah tu.”
J mengambil Danish dan membawa dia ke meja makan. J dan Max saling berpandangan apabila melihat Danish membuat muka. Mika yang melihat sahabatnya turut tumpang gembira. Semoga sahabatnya itu akan berbahagia hingga akhir waktu.

                                                                   *the greatest challenge
                                                                     in life is to find SOMEONE
                                                                     who knows all ur flaws,
                                                                     differences n mistakes
                                                                     n yet still sees the best
                                                                     IN YOU*

**the end**

15 under spell:

hijab4piz said...

citer fantasi + magical yg paling best yg pernah aku bce!!! :D :) ^_^

x jumpe lg citer yg sebest ni...
hebat + pandai r snow_Queen tulis citer ni.

slamber + cool + appy + sedeh n pling penting very interesting *_* sume mende ade dlm satu citer

jarang org wat citer camni so mmg laen dri yg laen lah ^_^

tp papepon buat improvement lg baek lg bagus yer n troskan berkarya ^_^

Snow_Queen said...

Hijab thanx 4 da compliment..
snow akn wat y tbeak utk pmbce smua..
truskn mmbce huhuhu

cactaceous opuntia said...

honestly...really love all ur story...nice writing...nice story...

Snow_Queen said...

cactaceous opuntia thanx..^^

shareena said...

mmg best gle.im fan of fantasy story.first time dpt bce version m'sia.really cool beb.im ur fan!!
keep it up.

shareena said...

mmg best gle.first time dpt bce cite fantsy m'sia version..dh la saya suke cite fantasy.its cool beb!!!im ur fan!keep it up.

Snow_Queen said...

@shareena..thanx..truskan mmbce n komen@kritik karya snow..^^

p/s:snow pun pminta tgar cter fntasi..hehehe

ainaS said...

syabasssss bestttt

ainaS said...

syabassssss....best...smua cerite di sini besttttt...kalo wat filem mesti best..kalah harry potter

Nia said...

best! =]

Anonymous said...

best citer dlm nie....klu wat filem besti best...

Snow_Queen said...

@ anonymous: yeke? huhuhu..

cactaceous opuntia said...

wt filem mst best...tp enjoy reading lg...kalau compile sume cter yg da hbes dlm satu buku lg bgus...ley bce bile2 n mudah dibawa anywhere

arilman0224 said...

lain dr yg lain....suke sgt bl bc cte fantasy mcm nih...terbaekkkk!!!!

Snow_Queen said...

@ainass:thanks dear..hui rasanya tak delah bleh lwn harry potter pun huhu

@NIA: thanks dear =)

@cactaceous opuntia: buat bku? erk xdaya lagi nk buat novel compilation pun..byk lagi kelemahan dlm smua karya snow

arilman: thanks..sudi2 dtg jengah sini lagi n komen3 ;)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review