Sunday, February 28, 2010

Guardians prologue~~

Posted by Snow_Queen at 3:35 PM
Sekolah St. Agnes adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal. Sesi persekolahan pelajar di sekolah itu terbahagi kepada dua iaitu sesi pagi dan sesi malam. Para pelajar sesi pagi memakai uniform berwarna hitam manakala pelajar sesi malam memakai uniform berwarna putih. Sebaik sahaja kelas sesi pagi tamat pukul 6 petang para pelajar sesi pagi tidak di benarkan merayau di kawasan sekolah pada waktu malam. Tiada siapa tahu mengapa larangan ini dibuat kecuali pengetua, para pelajar sesi malam dan 2 orang pengawas sesi pagi yang juga merupakan anak pengetua.
“pelajar baru?” Yul bertanya hairan.
“ya pelajar baru. Dia juga merupakan pengawas bagi pelajar kelas malam.” Tuan pengetua membetulkan cermin mata.
“tapi kami pelajar kelas malam tidak memerlukan pengawas. Lagipun bukankah sudah ada Hana dan Jerry membuat pantauan? Lagi pun kalau dia menjadi pengawas bagi kelas malam dia maka dia adalah satu-satunya pelajar yang memegang jawatan tu.” Yul selaku ketua pelajar bagi kelas sesi malam seolah-olah kurang bersetuju dengan cadangan Tuan pengetua.
Tuan Pengetua hanya tersenyum.
“tak mengapa. Saya tahu apa yang saya buat.”
Semua orang yang berada di situ senyap tidak bersuara.
xxxxxx
   Danish, Vicky, dan Tsubasa hanya melihat sahaja perbuatan Shiki mengenakan pelajar junior tahun 1. Pelajar lelaki tahun satu berkenaan hanya merelakan apa sahaja yang dibuat oleh shiki. Shiki mendengus geram.
“kau ni lelaki ke? Balas la balik. Come on..” shiki memprovokasi pelajar junior tersebut dan dia menjadi semakin geram apabila pelajar tersebut hanya mendiamkan diri. Shiki mengenggam tangannya dan seluruh tubuh pelajar junior itu diselaputi ais. Muka pelajar itu juga sudah membiru.
Tiba-tiba ais itu pecah dalam sekelip mata. Shiki dan yang lain-lain berwaspada.
Kelihatan seorang gadis beruniform putih berjalan ke arah mereka. iris matanya bertukar menjadi warna merah darah.
Itulah rahsia yang di simpan sekolah ini sejak zaman berzaman. Para pelajar sesi malam bukanlah pelajar yang normal sebaliknya mereka adalah vampire yang dirahsiakan kewujudan mereka. mereka diketuai oleh Yul, vampire dari golongan royal blood di ikuti oleh noble vampire. Mereka semua amat menghormati Yul. Walaupun mereka adalah vampire tetapi mereka juga mempunyai peminat. Buktinya apabila pelajar sesi malam itu hendak ke kelas para pelajar sesi pagi tidak kira perempuan ataupun lelaki akan beratur di depan dorm pelajar sesi malam dengan di kawal oleh Hana dan Jerry. Mereka akan berebut-rebut untuk memberi hadiah kepada orang kesukaan mereka dari kelas malam. Kalaulah dorang tahu pelajar sekolah sesi malam vampire hehehe…
Shiki mengenggam tangannya sekali lagi. Kali ini bukan untuk menyerang pelajar junior itu tetapi untuk gadis yang tiba-tiba muncul entah dari mana itu.
Angelica hanya tersenyum sinis. Dia mendepakan tangannya ke hadapan dan aliran ais yang di tuju kepadanya serta-merta pecah.
Iris mata Vicky bertukar warna dan dalam masa yang sama muncul bebola api di sekelilingnya. Dan bebola api itu terpadam apabila Yul memegang bahu Vicky.
“angelica?” Yul tanya hormat
“Yul? Ketua pelajar?” angelica bertanya kembali.
Yul senyum dingin. “selamat datang. Maafkan kebiadapan mereka ini.” Yul menjeling ke arah rakan-rakannya.
“tak mengapa. Lagi pun saya hanya menolong budak tu tadi.,.” Angelica menunjukkan ke arah budak yang di buli tadi.
“mari ikut saya ke kelas.” Yul mempelawa.
Kelas tahun 5 sibuk membuat aktiviti masing-masing. Apabila Yul masuk bersama seorang gadis mereka semua memandang tepat ke arah gadis itu.
“ini Angelica, pelajar baru sekolah ni dan dia adalah pengawas.” Kata Yul tenang
Satu kelas berbisik sesama sendiri..pengawas dari pelajar kelas malam? Jangan buat lawak la. Cukuplah dengan kehadiran pengawas manusia dari sesi pagi itu. Itupun mereka sudah meyampah.
Angelica merayau sendirian satu sekolah. dengan cepat dia dapat mengecam setiap selok-belok sekolah itu.
Sewaktu memasuki bilik muzik dia terpandangkan orgel iaitu sejenis alat muzik yang menyerupai piano tetapi lagi besar daripada piano dan mempunyai saluran udara di kepalanya. Dia duduk di atas bangku orgel tersebut. Terdapat tiga orang pelajar perempuan mengekori angelica sejak dari tadi. Mereka ingin menguji sejauh mana kehandalan angelica. Vivian, Cheryl dan Valarie mengikut angelica masuk ke dalam bilik muzik. Vivian memberi jurus angin kepada angelica tetapi anehnya sebaik sahaja pusaran angin hampir menyentuh tubuh angelica pusaran angin tersebut terus hilang. Vivian tidak berpuas hati. Cheryl dan valarie juga menggunakan kuasa mereka tetapi sia-sia sahaja.
“dah puas bermain?” angelica menyoal.
Dia mula memainkan lagu sedih daripada orgel berkenaan. Tiba-tiba Vivian, Cheryl dan valarie merasakan tubuh mereka berada dalam kesakitan. Semakin tinggi note orgel semakin mereka rasa sakit. Mereka merayu meminta dihentikan permainan. Rupa-rupanya bukan mereka bertiga sahaja berasa sakit tetapi hampir kesemua para pelajar sesi malam mengalami benda yang sama kecuali Yul. Dia hanya melihat sahaja satu kelas menahan kesakitan.
Angelica menghentikan permainan. Sebaik sahaja dia berpusing ke belakang dia melihat ketiga-tiga gadis tersebut duduk kepenatan. Angelica menghampiri mereka.
“prinsip aku senang je. Orang tak kacau aku, aku tak kacau orang” dan dia berlalu pergi dari situ…
Sewaktu menuruni tangga angelica terserempak dengan Yul. Yul bersandar tenang di dinding. Angelica buat tak nampak. Sebaik sahaja dia lalu di depan yul…
“ jangan buat macam tu lagi.” Dingin Yul bersuara. Angelica berpaling ke arah yul dan berkata “orang tak kacau aku, aku tak kacau orang macam tulah sebaliknya.” Dan berlalu pergi. Vivian, shiki, Vicky, tsubasa dan Danish yang kebetulan mendengar perbualan yul dan angelica berasa geram. Geram keran gadis tersebut begitu berani bercakap sedemikian rupa dengan yul. Bagi mereka angelica telah biadap dengan yul dan perempuan itu mesti di ajar. Mereka beredar mencari angelica….
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review