Sunday, February 28, 2010

Guardians 1

Posted by Snow_Queen at 3:36 PM
   Angelica memerhatikan setiap kawasan sekolah dengan tenang. Sewaktu dia melalui kawasan taman dia melihat terdapat dua orang pelajar dari sesi pagi berada di situ. Dia menghampiri mereka.
Hana dan jerry yang sedang berbual spontan mengeluarkan pistol masing-masing. Mereka menalakan muncung pistol ke arah angelica. Angelica hanya berjalan dengan tenang ke arah mereka.
“Hana dan Jerry?” sapa angelica.
“angelica?” Hana bertanya
“ya..panggil angel sahaja. Lagi mudahkan?” Angelica tersenyum manis.
Waaa..comelnya dia ni. tak macam pelajar perempuan kelas malam yang lain. sombong sesangat desis hati Hana.
“aku pergi buat rondaan bahagian utara sekolah” kata Jerry berlalu pergi.
“itu abang aku jerry. Jangan pedulikan dia, dia memang macam tu. Jom aku bawa kau tengok-tengok kawasan sekolah..” Hana menarik tangan angelica. Angelica senyum senang.
Mereka berbual tentang banyak perkara. Tetapi yang paling banyak cakap adalah Hana.
“ermm kau kenal yul?” angelica bertanya.
“kenal..dia tu walaupun dingin tetapi adalah seorang yang amat baik hati..dia sangat cool” dengan penuh perasaan Hana menceritakan pasal yul.
“kau suka dia?”
“eh taklah..hanya kawan sahaja..” sebaik sahaja hana selesai berkata demikian mereka di serang oleh bebola api. Angelica mendepakan tangannya ke hadapan dan bebola api tersebut terhenti.
“jangan main-mainlah..bergaduh adalah dilarang. Apa tak baca buku panduan sekolah ke?” hana memarahi Vicky.
Vicky, tsubasa, shiki, Danish dan Vivian  hanya tersenyum sinis.
“ini urusan kami dengan budak baru ni. kau duduk diam-diam kat tepi tu.” Shiki berkata sinis. Hana mengeluarkan pistolnya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Vivian mengeluarkan jurus anginnya menyebabkan hana terhentak ke atas tanah. Hana cuba bangun tetapi gagal apabila seluruh anggota badannya tidak dapat di gerakkan.
“korang ni suka betul cari gaduh?” angelica berkata sinis
“kerana kau kurang ajar dengan yul” Vivian berkata garang. Iris mata mereka semua sudah bertukar warna. Hana yang tidak dapat bergerak hanya mampu berdoa agar sesiapa datang dan menghentikan pergaduhan ini.
“yul? Bila masa aku kurang ajar dengan dia?”
Tanpa amaran apa-apa tsubasa menyerang angelica menggunakan serangan kilat. Angelica pantas mengelak ke tepi. Dia sudah tidak boleh bersabar. Lalu di angkat kedua belah tangannya dan memainkan jari jemarinya seolah-olah dia sedang bermain piano. Beberapa saat kemudian bunyi orgel kedengaran sekali lagi. Mereka semua berasakan seluruh badan mereka kejang. Hana yang melihat situasi itu hanya diam. Di dalam hati dia kagum dengan kuasa yang di miliki angelica.
Yul yang sedang membaca buku menutup kembali buku tersebut apabila kedengaran bunyi orgel. Dia memejam mata dan beberapa saat kemudian dia sudah berdiri di hadapan hana. Yul melepaskan hana dan melihat kawan-kawannya duduk keletihan. Dia berdiri di hadapan mereka dan menampar mereka seorang demi seorang.

“maafkan kami…” Danish bercakap bagi pihak kawannya yang lain.
“kenapa? Kenapa kau nak melindungi perempuan tu?” marah Vivian menunjukkan ke arah angelica.
“sebab dia adalah ro…”
“roti..” kata angelica tiba-tiba. Hah! Roti? Mereka semua mengerutkan kening.
“a’ah roti. Tiba-tiba lapar pula. Sedapnya dapat makan roti cicah sup cendawan malam-malam ni.. jom hana kita pergi makan roti..” angelica menarik hana. Dalam hati dia berasa lega kerana rahsianya masih belum bocor. Mau saja dia jahit mulut yul tadi.
“errr angel..” hana berkata ragu-ragu..
“kenapa?”
“aku tak tahu pula yang vampire makan roti..” hana tersengih
“eh makan la. Kau ingat kitaorang makan darah saja ke?” angelica menempelak.
Vivian, shiki, tsuabasa dan Danish kaget apabila yul ketawa tiba-tiba. Mereka belum pernah melihat yul ketawa sekuat itu. Yul berdehem.
“mari balik. Ingat jangan buat kecoh lagi..” yul memberi amaran.
Mereka yang lain hanya angguk sahaja.
xxxxx
   angelica menolak pintu sebuah bangunan. Perlahan-lahan dia berjalan menuruni tangga dengan bertemankan bebola api. Sampai di hujung tangga dia melihat terdapat sebuah pintu. Dia menolak pintu itu perlahan-lahan. Di dalam bilik itu dia melihat seorang budak sedang bermain dengan kucingnya dan di tepi budak itu terdapat roda besar dan di tepi-tepi roda besar tersebut mempunyai mata anak panah yang di lumuri darah.
“selamat datang ke rumah Mandy..” kata budak tersebut sambil masih bermain bersama kucingnya.
“Di sini anda boleh membuat ramalan masa depan anda dengan bloodwheel. Dan ia 100% tepat.” Angelica terkejut apabila budak tersebut sudah berada di tepinya. Dia kelihatan menari-nari sekeliling angelica.
“tetapi sudah tentu bukan percuma. Mandy perlukan darah untuk sihir mandy jadi anda perlu bayar dengan darah.” Mandy sudah berdiri di tepi bloodwheelnya.





“saya datang bukan nak buat ramalan..” angelica bersuara. Mandy diam.
“saya datang untuk meminta bantuan. Tapi saya akan bayar dengan darah..” angelica membuat tawaran. Mandy tersenyum riang…
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review