Saturday, January 2, 2010

sleeping forest 9

Posted by Snow_Queen at 6:22 PM

   Sha terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi drum di mainkan. Aiseyh ingat bunyi jam sia-sia je kena baling kat dinding lagi. Hari ni hari sabtu dan sha bergegas masuk bilik air dan mandi. Setelah mengenakan t-shirt putih dan seluar sukan berwarna senada dia turun ke bawah sambil mengikat rambut. Sha menuju ke bilik muzik dan melihat jun sedang bermain drum.








Jun menghentikan permainanya setelah menyedari kedatangan sha. Aku melihat 2 orang kawan jun sedang duduk di sofa manakala ayu dan ika duduk di beranda.
Selepas diperkenalkan dengan zoey dan vic aku bergegas mendapatkan ika dan ayu.
“wei.. asal tak kejut aku?”
“punye kuat ika menyanyi 10 buah lagu ko tak bangun.. kitaorang give up la” kata ayu
Aku tersengih. Kami semua berkumpul di ruang tamu dan membahagikan tugas bersama partner. Ika dengan zoey, ayu dan vic manakala aku dan jun. baru je mula nak start kemas kami di kejutkan dengan kedatangan ken.
“wah ramainye orang. Ko buat makan-makan ke?” kata ken sambil memeluk bahuku.
“banyak la makan-makan. Nak kemas umah lol.”
“o0o0 ko suruh aku datang semata-mata nak kemas? Menyesal aku datang” sha menyiku perut ken.
“kenalkan ni jun, zoey dan vic” kataku pada ken.
Ken menyertai group aku untuk cuci bahagian ruang tamu. Eleh gaya macam dia tak percaya aku berdua-duaan dengan jun je.
Ken mendekati jun apabila sha masuk dalam bilik air untuk menukar air dalam baldi.
“ko suke adik aku?”
Jun yang mendengar soalan ken tergamam sebentar.
“aku anggap dia kawan je.”
Ken memandang jun dan tersenyum..
“aku tak kisah ko nak kawan dengan dia. Jaga la dia baik-baik. Aku percayakan kau.” Ken menepuk bahu jun
“ha ngumpat sha la tu..” aku menarik muncung
“eh tak de la.. aku suruh jun hati-hati sikit dengan ko. Sebab ko ni spesis yang kurang kasih sayang dan tak berperikemanusiaan..”
Sha membaling kain buruk ke arah ken dan terjadi adegan kejar mengejar antara mereka.
Di perpustakaan lain pula ceritanya..
Ayu memerhatikan setiap gerak geri vic. Dia risau vic mendekati pintu bilik bawah tanah.
“adakah aku sangat kacak sampai kau tenung tak berkedip mata?”
Muka ayu terus merah. “heh jangan nak perasan la. Aku takut ko rosakkan barang-barang dalam rumah ni..”
“oh yeke. Kalau macam tu jangan risau aku bukan jenis merosakkan harta orang lain” vic senyum sinis.
“kau..kau..” ayu kehilangan kata-kata untuk membalas. Ayu terus berlalu ke rak belakang berhampiran pintu bilik bawah tanah untuk. Dia tak kuasa nak menengok muka mamat berlagak-gila-nak-mampus tu. Boleh buat dia sakit hati je.
Di ruang tamu tingkat atas…
“kau dah lama kawan dengan sha?” soal zoey kepada ika.
“ermm since kitaorang sekolah rendah lagi..” ika senyum manis
Zoey senyum kembali.
“kau pun dah lama kawan dengan jun?”
“erm lama tak lama since form 1 lagi..”
“o0o0” ika diam tak tahu nak berbual apa dah
“ko suka dengar muzik? Minat kumpulan ne?” zoey bertanya
“suka sangat-sangat.. aku suka MCR n maroon 5.. erm linkin park n the click 5 pown ok gak” ika teruja bercakap mengenai kumpulan muzik kegemaran dia.
Weyh ganas gak minah ni..lain dari yang lain.. desis hati zoey.. tanpa disedari dia dah makin tertarik untuk mengenali perempuan bernama Erika tu..
xxxxx
selepas seharian mengemas mereka semua tersadai di ruang tamu. Aku dan ayu membawa dulang minuman untuk mereka semua..
“kamsa hamnida semua.. lain kali aku belanja makan” kataku
“air ni ko buat ke perempuan ni buat?” tanya vic menunjukkan ke arah ayu..
“aku yang buat.. ha minumlah.. aku letak racun tikus tadi..” ayu dah bengang.. mamat ni suka cari gaduh dengan dia.
Sha merasakan ada benda yang tak kena dengan ayu dan vic. Nampak tak sebulu je dari tadi. Sha berlalu ke tingkap untuk mengambil handfon tetapi sebaik sahaja dia memandang ke luar tingkap dia terkejut melihat puan Fiona, tina dan ryan datang.
“alamak macam mana ni? mampus aku..” sha dah gelabah
“ko asal?” tnye ken
“mama datang beb..weyh jun ko n da geng sile pergi menyorokan diri anda sekarang gak..” kataku
“apa benda yang menyorok2 ni?” puan Fiona memasuki ruang tamu dengan angkuh..
Damn..desis hati sha
“sapa laki2 ni?” puan Fiona dengan angkuh duduk di salah satu sofa yang terdapat di ruang tamu.
“kawan saya ma..” ken menyampuk.
Puan Fiona memandang ken. “oh ken kamu pun ada..mama tak perasa pula.. kenapa mereka ada di sini?”
“saja minta tolong dorang..dorang bertiga mana la nak larat cuci rumah ni sorang-sorang”
“nape tak minta tolong mama.. mama boleh hantar orang gaji ke sini..”
Semua orang dah rasa aura ala ala nak cari gaduh antara puan Fiona dan ken..
“aaa kitaorang balik dulu ye puan” jun menarik tangan vic dan zoey untuk beredar. Puan Fiona hanya melihat mereka berlalu. Ika dan ayu dah naik atas. Tak nak campur urusan anak beranak.
“tina kata ada kamu tinggal dengan lelaki? Betul?”
Aku memandang tina yang buat muka tak bersalah.
“lelaki mana pulak ni ma? dari haritu tak abis2 dia nak fitnah sha” kataku yang mula baran.
“takkan la sha nak tinggal dengan lelaki pulak ma..” ken backup adik dia.
“kamu diam. Ini urusan mama dan sha”
Ken tergamam pertama kali mendengar mama dia berkata begitu dengan dia.
“ma nape nak marah2 abang lak? Itu urusan sha nak tinggal dengan sapa pun”
“dan sejak bila kamu berubah biadap sha?”
“mama tak tahu ke dia memang macam tu?” sampuk tina
“eyh ko diam nanti aku sepak berterabur gigi kang”
“sha!!!” mama naik suara satu oktaf.
Aku merempuh tina dan berlalu naik atas..tina yang terjatuh mengetap bibir geram..


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review