Saturday, January 2, 2010

sleeping forest 8

Posted by Snow_Queen at 6:20 PM

“what???” jerit ika dan ayu serentak. Aku menutup kedua belah telinga. Adoyai kalau mak nenek ni menjerit nescaya boleh pecah dan retak koklea anda semua.
“woi agak la..” kataku dengan nada selamba. Ika memandang ayu. Macam mana boleh tak jerit. Giler apa minah ni bawak jun tinggal kat rumah dia.
“macam mana rahsia kita?” kata ika
“relax la…aku dh bg warning awal-awal jangan masuk bilik tu.”
Ayu hanya mampu mengeluh..
“ikut ko la..tapi jadi apa-apa nanti jangan salahkan kitaorang” kata ayu.
Tina yang kebetulan mendengar perbualan tersengih jahat.
“wei hari sabtu ni datang rumah ek? Tolong aku basuh villa tu” kataku
“okies..” mereka menjawab serentak.
xxxxx
  malam ni makan malam disediakan oleh jun. aku hanya menonton tv. Hehehe apa punya perangai anak dara buli anak teruna orang (-_-“).
“sha..dinner dah siap. Jom makan”
Aku menapak ke arah ruang tamu. Memandang ke arah segala macam lauk membuatkan perutku semakin galak menyanyi minta di isi. Aku duduk dan mengambil garfu. Aku mencucuk hidangan daging panggang. Jun buat kening double jerk.
“hehehe mana la tau ko letak apa-apa kan. Aku kena la berhati-hati”
“woi xder maknenya aku nak letak apa-apa. Ko tu dah la tak lawa takde selera aku nak racun.”
 Aku mencucuk tangan jun dengan garfu. “ouch” hehehe rasakan. Jun memandang geram.
“try la. Nanti lauk sejuk”  jun tersenyum nipis.











Kami menikmati makan malam dengan aman. Aku menolong jun basuh pinggan.
“hei.. hujung minggu ni aku nak cuci villa ni. ika dan ayu akan join sekali.” Kataku pada jun yang sedang mengelap pinggan.
“ok.. lagi ramai lagi bagus. Aku ajak kawan aku sekali boleh. Kita 4 orang mana larat nak cuci villa yang besar ni.”
Aku berfikir seketika.. “erm boleh juga”
“wei aku nak keluar jap” kata jun kepadaku yang sedang leka bermain game.
Aku hanya mengangguk.
Di sebuah pub…
Bunyi muzik yang bingit membuatkan para pengunjung makin asyik menari. Di satu sudut kelihatan 3 jejaka sedang rancak berbual.
“aku dah pindah rumah” kata jun tenang. Zoey yang sedang minum tersedak. Vic mengelap pipi dengan tisu sambil menjeling Zoey.
“asal? Papa ko anta bodyguard pakse ko balik rumah lagi ke?” tanya Vic.
“panjang ceritanya..aaa hujung minggu ni datang la rumah tu. Tolong aku kemas.”
Zoey dan vic mengangguk setuju…
xxxx
sudah beberapa kali di dail tetapi tiada siapa yang mengangkat panggilan. Sha meletakkan telefon rumah dengan kasar. Kalau ko tak angkat sekali lagi aku terus gi bakar rumah tu desis ku dalam hati. Dicuba sekali lagi selepas beberapa deringan kedengaran suara seorang perempuan mengangkat telefon.
“weyh nak lebam tangan aku dail kenapa baru sekarang ko angkat? Apa makan gaji buta ke???” jerkah ku kepada tukang angkat telefon.
“minta maaf.. awak ni siapa?” tanya si tukang angkat telefon.
Aku menyelak rambut dengan kasar. Eiii baran betul aku..
“aku ni cik muda ko. Takkan la tukang minta hutang. Pergi panggil tuan muda ko cepat sebelum aku letupkan rumah tuan ko tu.” Sergahku
Si pembantu rumah menggaru-garu kepala. Bila masa pula dia ada cik muda. Kalau ada mesti dia dah di perkenalkan sewaktu dia mula-mula bekerja di sini.
Tuan vince yang kebetulan lalu memandang si pembantu rumah.
“Lin kenapa dengan awak?”
“tak tuan tiba-tiba ada orang mengangku dia cik muda dan nak cakap dengan tuan muda. Bila saya tanya sapa ni kena jerkah.”
Tuan vince tersenyum nipis. “Tak pe awak pergi panggil ken.”
Si pembantu rumah berlalu pergi.
Sha yang berada di talian dah membuat muka kelat kerana menunggu lama sangat.
“hello”
Sha yang mendengar suara di talian terus menggaru kepala
“woi ken asal suara ko macam orang tua”
Tuan vince berdehem. Anak tak kenang budi betul desis hatinya.
“ha ni bapak ken yang bercakap ye cik trisha..”
Alamak bapak aku da..
“o0o0 papa he3x..tak cam tadi.. suara papa macam suara david beckham hehehe”
Dan dan dia nak bodek.
“ha bila kamu nak balik rumah? Ke nak papa hantar peta jalan balik rumah kat kamu?”
“ala..banyak kerja la pa..nanti ada masa sha balik la ye..pa sape yang angkat telefon tadi?  Siap sempat mengadu lagi sha dengar.Free-free je kena ngan sha.”
“ sibuk mengalahkan orang bekerja kamu ni. yang angkat telefon tadi orang gaji baru.”
Ken yang baru tiba di ruang tamu tersenyum melihat papanya.
“ha ni abang kamu. Ok bye” tuan vince menyerahkan ganggang kepada ken. ken menyambut panggilan.
“asal?”
“ken…..” dia buat nada manja.. “ko datang rumah aku sabtu ni ek? Plizzz..plizz”
Ken sengih jahat kat papa yang sedang baca paper di sofa berdekatan.
“panggil aku abang dulu..aku tak pernah dengar ko panggil aku abang.”
Sha membuat muka dekat jun yang kebetulan baru balik..
“yelah..abang ken..boleh la ye”
“ha3x.. cam best dengar ko panggil aku abang.. panggil sekali lagi..”
“aku bakar kereta ko kang..datang jelah..”
“takmo aku datang rumah ryan tu”
Sha telan air liur 3 kali.. alamak dia lupa nak bagitau ken yang dia dah pindah..
“errr ken. Aku..arr.. aku sebenarnya dah pindah keluar dari rumah tu..”
“ha!!! Ko biar betul..abiz tu ko dok kat mana? Dengan sapa?” abangnya tembak dengan soalan bertubi-tubi. Aku menjarakkan sedikit telefon dari telinga.
“aku pindah masuk villa impian.. aiseyh aku lupa la nak bagi tau ko..”
“ko pindah balik duduk rumah papa sekarang..” arah ken tegas..
“alamak ken..ken.. aku tak dengar la suara ko.. kurang jelas..hello..hello..” dan sha terus meletakkan telefon.
Ken meletakkan gangang.. nak tipu agak-agak la budak tu..ken pusing menghadap papa dia.
“sha pindah masuk villa impian. Dia tak tinggal dengan mama.”
Tuan vince mendengus. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon bekas isterinya itu.
“awak nak apa?” tanya puan Fiona dingin.
“kenapa biar sha pindah keluar?”
“dia berdegil nak tinggal sorang-sorang. Saya tak boleh buat apa-apa.”
“mana janji-janji awak nak jaga dia baik-baik? Awak jangan sampai saya bawak perkara ni ke court. Dan saya akan pastikan dapat hak penjagaan trisha” tuan vince menutup telefon.
Puan Fiona mendengus kasar. Ken yang mendengar perbualan papanya tidak memberi apa-apa reaksi.
“hujung minggu ni ken akan pergi tengok dia” dan ken berlalu pergi..
  



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review