Saturday, January 2, 2010

sleeping forest 7

Posted by Snow_Queen at 6:17 PM

  Aku menghayunkan kaki ke tepat ke perut si penghendap dan terdengar orang mengerang kesakitan.. bila aku pusing belakang alamak!!! Jun sedang terbaring di tanah sambil memegang perut..
“jun…sori sori..alamak aku tak sengaja..kau ok?”
“sakit siot..tolong aku bangun..”
Aku menolong jun bangun dan dudukan dia di buai yang terdapat di halaman rumah.
“ko buat apa kat sini?” kata kami serentak. Aku ketawa.
“aku tak boleh tidur jadi aku jalan-jalan la..ko?”
“ni rumah aku..”
Ha ni rumah jun? macam tak percaya je kalau tengok segala macam barang jun dari beg ke kasut sekolah semua branded punye barang..
“kenapa? Bila tau aku miskin kau tak nak kawan dengan aku ke?”
“ish..mana ada. Aku kalau nak berkawan aku tak pandang la harta benda ni..”
“habis kenapa ko kawan dengan ika dan ayu je? Dorang tu kan dari keluarga bangsawan.”
“ala aku bukan tak nak kawan dengan orang lain len..tapi semua amik kesempatan dan ada setengah sombong nak mampus tu yang aku tak suka tu. Wey tak nak jemput aku masuk tengok rumah ko?”
“ish ko ni tak elok la masuk rumah orang laki malam-malam”
Alalala sucinye laki ni..comel betul desis hatiku.
“jun tengok sana” tunjuku ke satu arah. Apabila jun berpaling aku lari masuk dalam rumah jun..hehehe tak senonoh je perangai.. jun yang berpaling kearah ku terkejut kerana aku sudah masuk dalam. Jun mengeluh.
“jun cantiknye rumah ko tapi asal bumbung rumah ko berlubang sana sini. Bila hujan mesti banjir rumah ko kan?kan?”
Amboi minah ni dah la masuk tak berjemput siap komen lagi.
“ko ni dah nama pun pondok..nak buat macam mana terima jelah”
“parents ko mana?” jun hanya diam tak menjawab.
Tiba-tiba aku mendapat idea yang tak berapa bernas dan sengal.
“jun ko kemas semua barang ko. Barang yang penting-penting je.” Kataku sambil berpeluk tubuh
Jun membuat kening double jerk. “asal?”
“ah ko kemas je..cepat la aku dah mengantuk ni” bebelku
“tak nak. Kenapa pula aku nak ikut arahan ko?”
E’eh budak ni nak cari gaduh dengan aku pula. Aku membuat muka tak puas hati.
“kalau ko tak nak kemas biar aku tolong kemas barang-barang ko” ugutku
Jun diam seketika dan kemudian berlalu masuk ke dalam bilik. Setelah 20 minit aku menunggu jun keluar dengan membawa 2 buah beg galas.
“ha aku dah kemas ni. sekarang ko nak aku buat apa?”
“jom ikut aku..” aku buat muka comel.
Jun terpana melihat senyuman sha. Ish jun otak ko mesti tengah tak berapa centre akibat tendangan sha. Tapi kalau kena tendang de effect kat otak ke?
Jun ternganga melihat sebuah rumah besar di hadapan dia. Dia menarik tangan sha
“sha, aku mana ada duit nak tinggal kat hotel.” Jun buat muka cuak.
Aku ketuk kepala jun. “mana ade orang buat hotel kat tempat tak strategic ni.. dah la tersorok. Nak dapat teksi pun susah.”
“habis tu?”
“rumah ni adalah peninggalan orang. Kadang-kadang orang yang lalu sini nampak benda..”
“Nampak benda?” jun telan air liur 3 kali.
“yelah nampak benda. Macam pasu bunga tu hahahaha” sha ketawa besar kerana dapat mengenakan jun. jun yang mendengar cerita sha mengetap bibir menahan geram.
Sha menarik lengan jun dan membawa dia masuk ke dalam rumah.
“selamat datang ke villa impian. Mulai sekarang ini adalah rumah kau.” Kataku tersenyum manis
“ish entah rumah sapa-sapa ko bagi aku ni.”
“weyh ni rumah aku la bai..takkan aku nak bawa kau menceroboh rumah orang lain.”
Jun menggaru kepala yang tak gatal tu.. memikir kan tinggal berdua dengan sha membuatkan dia tidak berapa selesa.
“asal ko buat muka camtu? Tak suka?”
“eh tak delah.. ko tinggal sini sorang?”
Aku mengganguk. “Kadang-kadang hujung minggu ayu n ika akan datang bermalam di sini . anggap jelah aku tolong kau.. Tak sanggup aku tengok kawan aku tinggal dalam pondok atap berlubang (tahan gelak) dan of course ko takkan tinggal secara percuma. Segala kerja dalam rumah ni ko kena buat.. lap lantai dan segala macam kecuali baju aku heheh tak payah la ye..n jangan sesekali masuk bilik bawah tanah. Aku bagi warning awal-awal kalau ko masuk nahas ko aku kerjakan” kataku panjang lebar.
Jun mengganguk faham.
Setelah menunjukkan kedudukan bilikku, ayu dan ika aku membawa jun ke bilik dia. Selepas aku mengucap selamat malam aku terus balik ke bilik.
Malam itu jun tidak dapat melelapkan mata. Bila pejam mata dia hanya nampak sha tersenyum ke arah dia.Memikirkan dia mendapat kawan yang baik macam sha. Tapi kalau dia tahu siapa aku yang sebenarnya dia akan masih baik macam ni ke? Ah nanti sampai masa nanti dia akan berterus terang.
Dalam bilik yang berlainan sha menyumpah seranah diri sendiri..hei mata ni tadi megantuk sangat dah baring segar pula dia. Herm jantung ni pun satu asal berdegup pantas semacam.. ah serabut.. tidur lagi baik..
xxxxx
jam loceng yang kuat berbunyi dibaling ke dinding. Rasakan kerana menggangu kenteteraman awam. Dan sha menarik kembali selimut yang hampir terjatuh.
Jun kelam kabut menyikat rambut dan memakai tie. Selepas beg di capai dia berlari ke bilik sha. Bila di ketuk tiada respon. Jun masuk dan tengok sha masih enak tidur. Jun mencapai bantal dan mebaling bantal ke muka sha. Sha yang merasakan ada orang menggangu tidurnya mula baran.
“wei ko pehal ha? Nak mati cepat?”
“amboi..sedap betul bahasa. Weyh ko tau tak dah pukul berapa ni? nanti lambat gi sekolah” jun dah mencekak pinggang.
Aku menggaru kepala sebelum di tolak oleh  jun masuk ke dalam bilik air. Jun melihat jam loceng sha berderai. Hei agak-agak berapa banyak jam yg dh berderai dikerjakan dek budak ni..
Sha membetulkan rambut sambil turun tangga. Jun dah tunggu kat luar dengan roller blade. Aku memandang hairan.
“weyh nak gi sekolah pakai roller blade? Aku mana ada” kataku kepada jun
“bawah tangga tu kemende? Anak gajah?” jun memperli
Aku berlari masuk ke dalam rumah dan melihat ada sepasang roller blade berwarna ungu. Aish bila masa pulak aku de roller blade ni..
“weyh ko buat apa lama sangat kat dalam kang lambat..” jun dah menjerit
Aku memakai roller blade tersebut dan mengejar jun yang sudah menuruni bukit. Entah kenapa aku rasa gembira pagi itu…







0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review