Saturday, January 2, 2010

sleeping forest 6

Posted by Snow_Queen at 6:16 PM

  Di tempat persalinan pakaian Ika membebel kerana tina hampir membuatkan ayu tersungkur tadi.. e’ele minah ni ayu cool je..
“weyh udah le tu membebel kang lambat pulak..” ayu bersuara menghentikan bebelan ika
“abis ko tak nak buat pape ke?” tanya ika
“sapa kata? Adalah..” aku membalas dengan senyum sinis.. semua pelajar sudah menyalin pakaian dan beredar. Kami melangkah pergi ke bilik kelab taek kwan do dengan senang hati..

 







Usai mandi kami bergegas memakai uniform sekolah kembali sewaktu nak melangkah keluar dari bilik persalinan terdengar “tidaaaaaaakkkkkkk” suara jeritan tina bergema. Kami ketawa terkekeh sebelum keluar..
Tina melihat uniform sekolahnya yang terkoyak di sana sini. Dia memandang kawanya yang menahan gelak. ini mesti kerja 3 setan tu desis hati tina.
Apabila tina masuk kelas kami ketawa sampai keluar air mata melihat tina memakai pakaian sukan yang lusuh.. satu kelas dah boo dia membuatkan muka dia merah. Jun yang melihat keadaan tina juga tidak dapat menahan gelak.
Tina menghampiri aku dan berkata “ siap ko aku report kat mama” sebelum duduk di tempatnya kembali
Eleh ade aku takut ko nak report kat mama.. sikit pun tak heran desis hatiku.
xxxxxxxx
selepas membasuh pinggan makan malam aku menghidangkan buah kepada mama..aiceh anak mithali ni.. aku terkejut menerima kedatangan mama ke villa selepas menerima msg daripada tina..mesti dia mengadu kat mama..
“dudukla mama nak ckp sikit..” mama memulakan bicara
“ada apa ma?”
“kamu tak suka tina?”
Hehehe memang tak suka pun lagi-lagi abang dia..agak-agak kalau aku bagi jawapan macam ni apa reaksi mama..aku tersenyum manis.
“kenapa mama tanya macam tu?”
“tina kata kamu rosakkan uniform sekolah dia..kenapa kamu tak boleh berbaik dengan dia?”
“ma..nanti ma balik cuba ma tanya dia ada dia nampak sha yang rosakkan uniform dia? Dia ada bukti? Entah-entah dia yang tak suka sha tak?” balasku bertubi-tubi. Mama menghirup air dengan tenang.
“mama tak rasa macam tu.. tak pelah kita tutup kes ni. erm mama nak ajak kamu bercuti..”
Mata aku dah bersinar-sinar..cuti ekeke cuti mean shopping..
“kita nak g mana ma? Ye..boley la sha shopping puas-puas..”
“entah la mama tak decide lagi..nak kena tanya papa kamu dulu..”
Aku tergamam “ermm maksud mama bukan kita bercuti berdua tapi sekeluarga dengan diaorang?”
“hei mestilah..kitakan sekeluarga” mama tersenyum manis
Aku bangun membelakangkan mama “kalau macam tu mama pergi jelah dengan diaorang. Sha tak nak ikut. Sha pergi bercuti dengan papa dan abg ken je nanti”
“sha..jangan jadi macam budak-budak boleh tak?”
“budak-budak? Mama ada peduli perasaan sha? Sha tak pernah complain sejak mama kahwin dgn uncle..ade mama tau sha suke ke tak n now u said that I’m mcm budak-budak? Dah la mama sha nak masuk tidur..selamat malam..” aku beredar meninggalkan mama sendirian di ruang tamu.
Aku pusing ke kiri ke kanan guling-guling sampai jatuh katil pun tak dapat melelapkan mata. Dilihat jam di dinding menunjukkan pukul 12 tgh malam.. herm nak buat apa ni..ah gi jalan-jalan la amik angin malam.. aku menyarung baju sejuk di  badan dan melangkah keluar tanpa hala tuju. Tanpa disedari aku melangkah jauh ke dalam hutan. Ha tulah berangan lagi tengok dah sampai mana pun tak tahu.. sewaktu aku nak patah balik aku terlihat sebuah pondok kecil di perbuat daripada kayu menarik perhatian. Ish sape lak berani tinggal dalam hutan ni.. aku mendekati rumah itu dan menolak pintu pagar. Halaman rumah tersusun rapi dengan pelbagai bunga yang tersusun. Aku dah jatuh cinta dengan pemandangan rumah tu. Tiba-tiba aku ternampak bayang seseorang di belakang ku…




0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review