Saturday, January 2, 2010

sleeping forest 10

Posted by Snow_Queen at 6:26 PM

  Malam itu sha duduk berseorangan di atas rumput di halaman villa.. dia mendongak ke langit dan melihat ribuan bintang menghiasi dada langit. Cantik desis hatinya.. dan tiba-tiba air mata jatuh satu persatu. Jun datang menghampiri dan memberikan sha segelas hot choc
“terima kasih” ucapku sambil mengelap air mata. Jun tersenyum manis dan duduk di sebelah sha.
“kalau ko nak nangis,  nangis jelah..jangan simpan” kata jun
“tak..aku dah ok” aku tersenyum nipis.
“hubungan ko dengan mak ko memang tak ok ke?”
“kau tau aku teringin kembali pada masa dulu. Dan aku benci bila dia kahwin lain. Aku benci ryan dan tina. Aku benci..”
Jun hanya mendengar. “aku sayang dia dan entah mengapa bila semakin hari aku semakin takut perasaan sayang tu hilang.. aku seolah-olah dah tak rase apa-apa bila jumpa dia.”
“ko cuba la ingat kenangan manis ko dengan dia”
“aku dah cuba tapi benci yang datang. Bila aku dah boleh buat pilihan aku nak tinggal dengan papa. Ko tau papa walaupun dia sibuk tapi dia selalu ambil berat tentang aku.”
“kenapa parents ko bercerai?”
“entah. Mereka hanya berdiam diri bila aku tanya.”
“kau tau kadang-kadang dalam hidup kita memang aka nada kepahitan bukan selalu kemanisan datang. Tapi itu yang membuatkan kita menjadi matang kn?”
Aku mengganguk mendengar bicara jun.
“kau ada kenangan pahit ke?” soalku
Jun hanya mendiamkan diri..
“kalau ko tak nak cakap tak pe aku faham.”
“aku jarang cakap pasal dia selepas kami berpisah. Aku hampir-hampir dah tak ingat wajah dia”
“mak we ko?”
Jun mengangguk. “aku dah tak percayakan perempuan selepas apa yang dia buat kat aku.”
Aku sabar menunggu bicara seterusnya dari jun.
“ dia curang dengan kawan baik aku.. perasaan sakit tu masih lagi berada di sini. Even dah jadi parut aku tetap tak boleh maafkan dia” jun memegang dada.
Aku memberikan senyuman kepada  jun seolah-olah memberi kekuatan kepada dia.
“aku sangka semua perempuan dalam dunia ni sama jadi aku sedaya upaya mengelak dari jatuh cinta dengan mana-mana perempuan..sampailah aku jumpa dengan ko..ko memang berbeza dari mereka”
“berbeza? Kenapa aku ni xde rupa perempuan ke? hehehe”
“bukan mcm tu..kau memang lain. Kau terima orang sekeliling kau seadanya. Dan tanpa aku sedari kau mendapat tempat di hati aku” jun menahan air mata keluar dengan pandang langit.
Sha dah blush mendengar kata-kata jun. sha memegang tangan jun.











“kalau macam tu biarkan aku terus berada di hati kau” dan mereka sama-sama senyap menikmati pemandangan malam itu..

Tiba-tiba telefon bimbit sha berbunyi memecahkan lamunan mereka.
“hello” sha bangun menjawab panggilan
“ni aku rider. Kau datang sini sekarang juga. Aku dah hubungi ayu dan ika. De group buat hal. Aku tak nak heck crew datang buat kecoh..” dan rider mengakhiri panggilan.
“jun aku kena keluar jap. Ko tak payah tunggu aku” dan aku bergegas pergi meninggalkan jun.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review