Friday, January 22, 2010

Lady J, the witch (special episod)

Posted by Snow_Queen at 1:08 AM

J membuka mata perlahan-lahan. Silau cahaya matahari membutakan seketika pandangannya. Setelah beberapa ketika mencuba akhirnya dia dapat membuka mata dengan jelas. Hospital sekolah desis hati lady J. dia cuba mengerakkan kedua belah tanganya tetapi terasa perit.
“jangan la banyak bergerak mak cik. Kau tuh dah la tak sihat lagi.” Mika menegur J
“mika..” aku tersenyum. Mika duduk disebelah J setelah menukarkan bunga yang hampir layu di atas meja.
“dah berapa lama aku tak sedar? Max macam mana? Apa yang terjadi?” tanyaku panik setelah teringat semula kejadian di istana Master Black.
“dah sebulan..tentang hal kat istana tu kau jangan risau. Semua dah settle.”
“max..max macam mana?” tanyaku tidak sabar.
“J..kau kena tabah ok?” mika dah genggam tanganku
Aku mengelengkan kepala tanda tidak percaya. Aku memegang kedua belah bahu mika.
“tak betul kan? Cakaplah yang kau hanya bergurau sahaja”
“J…”
Tanpa membuang masa aku menuju ke arah tingkap dan melompat turun. Mika mengejar J dari belakang. Sampai di dream dew J menjerit memanggil nama Max berulang kali. Mika melihat dengan pandangan sayu. Setelah penat, J terduduk di atas tanah dalam keadaan teresak-esak. Mika menghampiri dan memeluk J.
“dia saja je buat macam ni kan mika? Aku nak jumpa dia? Macam mana ni mika..aku rindu dia..aku nak..” J tidak mampu meneruskan kata-kata. Mika turut mengalirkan air mata melihat keadaan sahabat baiknya itu.
xxxxxx
setahun berlalu membuatkan aku semakin dapat menerima hakikat yang max sudah pergi. Kadang-kadang aku akan mengalirkan air mata apabila teringatkan max tetapi mika sentiasa berada di sisi. Sekarang mika juga sudah bahagia mempunyai kekasih hati sendiri. Siapa sangka dia akan berpasangan dengan Dan. Aku juga terkejut apabila mengetahui bahawa max adalah anak kepada puan pengetua. Betul lah dunia ni menyimpan pelbagai misteri. Aku tersenyum sendirian. Sekarang aku sudah masuk kolej di Akademi Msytique. Baru sahaja memulakan pengajian sudah terasa nak mati akibat terlalu penat.
“j..” mika menghampiri J yang tenang menghirup tea hijau. Dia tersenyum.
“kenapa?” tanyaku
“saje..rindu la..macam mana kelas kau harini?” tanya Mika
“yelah tu. Erm macam biasa la kerja makin bertambah bukan makin berkurang. Mana pak we kau?”
“Dan? Dia sibuk la harini.” Mika tersenyum nipis. Sewaktu pelayan kafe mengambil pesanan Mika tanpa di sengajakan dia terjatuh botol garam di atas meja. J pantas menyambut dan meletakkan kembali di atas meja. Muka pelayan itu sudah kemerah-merahan menahan malu. Tanpa disengajakan J memandang ke arah luar tingkap dan melihat kelibat max. tanpa di sedari dia berlari keluar dan cuba mengikuti langkah pemuda itu tetapi gagal apabila kelibat pemuda itu hilang dari pandangan. Mika yang mengikuti dari belakang berasa pelik dengan tindakan J.
“J, kau kenapa?” Mika menyentap tangan J
“kau nampak tak mika, aku nampak max.” tanyaku gusar.
“J..kan max dah takde..hei bertenanglah” mika menenangkan kawannya itu. Walaupun pada hakikatnya J selalu kata dia sudah boleh menerima kenyataan tetapi mika merasakan J masih tidak dapat melepaskan max pergi.
“jom masuk kelas. Kang madam six membebel pulak.” Mika menarik tangan J. J pula akur dengan kata-kata kawannya itu tetapi jauh di sudut hatinya entah kenapa apabila dia ternampak kelibat max dia semacam yakin yang max masih lagi hidup. Dia berdoa agar dapat berjumpa lagi dengan jejaka tersebut.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review