Friday, January 22, 2010

Lady J, the witch (special episod 2)

Posted by Snow_Queen at 1:09 AM

Mika dan J mengambil tempat duduk masing -masing di dalam dewan kuliah yang boleh memuatkan seramai 150 orang itu. Mereka mengeluarkan buku Black Magic Defense volume III dan buku nota kecil masing masing. Mika melambai ke arah Dan sebelum duduk.tidak lama kemudian Madam six masuk dengan membawa seseorang bersama. J berubah pucat apabila melihat wajah lelaki itu. Mika juga terkesima dengan apa yang dilihatnya. Segera dia memegang tangan J yang sejuk.
“okey kelas sebelum saya mengajar saya ingin memperkenalkan seorang pelajar baru yang masuk semalam. Nama beliau adalah Max. sila semua bagi kerjasama dan tunjuk ajar kepada dia.”
“selamat berjumpa semua” Max tunduk hormat. J dah rasa nak pengsan. Nama, rupa dan suara yang sama. Kebetulan apakah ini.
“max awak boleh ambil tempat duduk awak” madam six memberi arahan. J merasakan darah sudah tidak sampai ke mukanya apabila lelaki itu memilih tempat duduk di sebelahnya. Dan sempat pula lelaki itu memberi senyuman kepada J. J segera memandang ke arah hadapan walhal dia terasa mahu mati sekarang juga. Dia tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada kuliah pada harini. Pelbagai soalan berlegar di fikirannya.
“okey kelas, saya mahu memberikan satu assignment kepada kamu semua. Kamu semua cari tajuk sendiri apa-apa sahaja tajuk mengenai Black Magic Defense dan satu kumpulan ada dua orang. Beri nama kepada saya kemudian.” Ujar madam six sebelum berlalu.
Aku memandang mika dengan harapan dapat satu kumpulan dengan dia. Tetapi aku faham apabila Mika memandang ke arah Dan.
“aaa kalau awak tak kisah boleh kita satu kumpulan?” max bertanya kepada J.
J yang terkejut dengan pertanyaan itu segera menggeleng sebelum berkata “boleh”
Max ketawa dengan lucu melihat telatah J yang kelam kabut semacam. Muka J sudah merah menahan malu.
“nama saya max..nama awak?” max menghulur salam perkenalan
“sampai hati awak dah tak kenal saya..” J berkata lirih.. max mengerutkan kening
“kita pernah berjumpa?” max bertanya lagi
“betul awak tak ingat saya lagi max.?? sampai hati awak..saya selalu ingat awak..kenapa awak pergi macam tu sahaja?” max sudah gelabah semacam apabila gadis di hadapanya sudah kelihatan teresak-esak.
Mika yang melihat drama di hadapannya menarik J untuk keluar dari dewan kuliah.
Sampai di bilik J merebahkan badan di atas katil dan menangis. Mika menggosok belakang J.
“J jangan la macam ni.. dia bukan max. semua ni hanya kebetulan sahaja..”
“mika kau cakap kat aku kat dunia ni mana nak cari orang yang sama dari semua segi? Aku percaya dia adalah max. mesti ada sesuatu yang terjadi kat dia sebab tulah dia tak ingat aku” J membebel sendirian. Mika hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat keadaan J.
Tiba-tiba J bangun membuatkan mika terkejut.
“J..kau nak pergi mana?” mika menarik J
“aku nak pergi jumpa budak tadi dan tanya dia betul-betul..aku percaya dia adalah max..kenapa dia nak berpura-pura tak kenal aku..mika kau tolong aku ek..cari dia”
Mika memeluk J dan mengusap ubun-ubun J..beberapa saat kemudian J tidak sedarkan diri. Mika mengenakan jampi tidur kepada J supaya gadis itu boleh berehat. Hari ini penuh dengan kejutan siapa sangka mereka akan bertemu dengan seseorang yang menyerupai max. Mika menyelimutkan J..apakah lagi yang bakal di hadapi oleh J pada hari yang mendatang..bagaimana J nak menghadapi hari-hari yang berlalu dengan kewujudan max baru…


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review