Thursday, December 24, 2009

sleeping forest 4

Posted by Snow_Queen at 11:56 PM
  Mampus.. lambat lagi harini.. aku, Ika dan Ayu melihat pak cik harimau sudah berada di depan gate sekolah menunggu mangsa.. juga terdapat beberapa orang pelajar yang sudah menjadi mangsanya melakukan denda..

Ayu menarik tangan aku dan Ika ke belakang sekolah..hehehe jalan biasa kalu lambat bagi kami adalah dengan memanjat tembok belakang sekolah.. kemudian kami berjalan dengan berjingkit-jingkit di belakang pak cik harimau kerana satu-satunya jalan hendak ke kelas kami adalah menggunakan pintu hadapan… tiba-tiba..

“Trisha…Ayumi… Erika… lambat lagi??? Kemari kamu..” pak cik harimau sudah panggil..
 Sewaktu melangkah ke arah pak cik harimau aku melihat 4 orang pelajar lelaki dikenakan denda.. eh abang aku kena denda benda biasa tapi Ryan kena denda luar biasa tu.. Jun juga tidak terkecuali dan seorang murid yang tidak dikenali..















“kamu dari mana?” tanya pak cik harimau

“aaa dari bengkel cikgu..”kata Ayu

“bengkel? Kamu buat apa?”

“cikgu Nina suruh ambil tukul untuk dia tadi.. ni nak pergi bagi dia la ni..” Ika menyampuk.

“o0o0..baiklah lepas tu terus masuk kelas..”

“okies sir..” kami bertiga berlari pantas menuju ke kelas dan ketawa kerana berjaya memperdayakan pak cik harimau tu..

“kenapa kamu ketawa Ken?” tanya pak cik harimau apabila melihat Ken ketawa secara tiba-tiba.

“cikgu… bila masa pula kat sekolah kita ada cikgu yang bernama Nina?”

Pak cik harimau terkedu mendengar kata-kata Ken..

“dah kamu berempat boleh masuk ke kelas.” Arah pak cik harimau yang sudah malu kerana diperdayakan oleh 3 ekor setan kecil..

Di kelas….

“berani betul korunk tipu cikgu disiplin tadi..” kata Jun kepada kami bertiga..
Kami hanya tersengih..

“pak cik harimau tu selalu kena tipu dengan kitaorang la.. pandai-pandai la nak hidup beb..” kata Ika

“weyh asal Ryan boleh kena denda?” tanyaku teruja kepada Jun

“entah.. aku datang tadi tengok-tengok dia dah selamat kena dengan cikgu disiplin..”

Kelas kembali senyap apabila cikgu bagi subjek Sains masuk..

  Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Sebaik sahaja kami nak menyuap makanan, mangkuk makanan Ika ditolak jatuh ke atas lantai oleh Mimi musuh ketat kami di sekolah. Aku tak tahu kenapa Mimi selalu tak puas hati dengan kitaorang. Harap je dari kelas A tapi perangai hancus.

“ooppss.. tak sengaja..” kata Mimi

“oit lu pehal?” kata Ika tak puas hati

“sorry…”

  Eii bengang betul aku ngan minah ni..kang de makan penampar free desis hati Ika.

Aku memandang Ika dan Ayu memberi isyarat agar kami beredar dari kantin dengan segera. Malas nak cari gaduh. Ternyata tindakan kitaorang menimbulkan rasa tak puas hati Mimi yang melihat kami mula beredar..
Mimi mula mengeluarkan kata-kata kesat. Bengang dengan perkara itu aku menolak Mimi hingga tersandar di dinding dan mencekak kolar baju beliau..

“kalo ko nak hidup lama baik jgn cari pasal ngan kitaorang.. faham?” jerkah ku

Ayu dan Sha hanya melihat tindakan Ika dengan senyum sinis..

Mimi yang melihat Ika mula naik angin hanya mengganguk ketakutan..

Dan kami beredar dari situ tanpa mempedulikan renungan cikgu-cikgu yang juga turut berada di situ…

Selepas habis sekolah Ika dan Ayu datang melepak ke villa Sha.

“malam ni de meeting” kataku kepada Ayu dan Ika

“alah malas r nak pergi” kata Ika

“ntah tidur lagi bagus. Pergi buat sakit kepala je. Tu tak termasuk tbe2 de group yg gaduh.. adoyai..” sampuk Ayu

“aku pun malas seyh.. tapi nanti naik juling aku nak tengok skrin telefon tu..asyik nama Rider yang naik..” kataku

“g jelah.. mungkin ada hal penting tu yang dorang nak jumpa tu..” putus Ayu dan kami hanya mengganguk..

   Meeting diadakan di sebuah taman terbiar yang terletak di hujung Bandar…semua king telah berkumpul apabila kami bertiga sampai..

“de 1 group baru yang mula buat kacau” mukadimah Rider pada meeting malam tu

“hahahaha weyh kalo ko panggil ktorng psl group baru yang mentah baru buat hal bek xpyah..” kata ketua da dragon..

“ group ni diberi nama Catme walaupun baru tapi boleh menjejaskan permainan ni n group-group len..mereka sudah mula menghasut group-group lain untuk memberontak..”

“apa tujuan mereka?” tanya Sha

“Irene masih menyiasat..dan aku nak korang berhati-hati kalau accept sebarang game..kalau nak berlawan tolong berlawan di gelanggang yang di sediakan..macam minggu lepas Group Hint (pyramid c) dan group elve (pyramid b) bergaduh di kawasan terbuka…memang cari nahas..x psl2 The Heck Crew datang..nasib bek black wolf clan tolong kalau tak memang dah slamat dorang tuh..” tambah Rider lagi sambil pandang black wolf clan…

   The Heck Crew adalah pasukan khas dari unit keamanan negara yang di tugaskan untuk membanteras kegiatan game..ermm ala-ala kegiatan ktorng haram la huhuhu..setakat ni adalah 2 3 group kene tangkap dan setakat ini tiada berita tentang mereka..ketua Heck Crew, Simon bersungguh-sungguh ingin melumpuhkan kegiatan kami seolah-olah kami adalah musuh ketat negara dan kebelakangan ini mereka semakin aggressive memburu kami menyebabkan kami semua berhati-hati sebelum membuat sesuatu..

“kt kena warn group-group len supaya berhati-hati” Spitfire bersuara setelah lama mendiamkan diri..

“aku akan uruskan hal tu” light G-force menawarkan diri

“terima kasih..mesyuarat bersurai..sleeping forest sila tinggal sebentar..” sambung Rider lagi..

Kami bertiga saling berpandangan…setelah semua king yang lain beredar rider membuka mulut..

“aku nak minta tolong korang..”

“tolong apa?” sampuk Ayu

“aku nak korang cari dan jadikan group Epic sebagai mentee korang”

“why?” sampuk Sha pula

“mereka ni berpontensi untuk menolong kt menentang The Heck Crew..aku dh perhatikan dorang selama bbrapa bulan ni n pncapaian dorang sgguh memberangsangkan..jadi korang tau apa nak buat kan? Lagipun aku tak nak tangan kita semua kotor”

“maksud kau jadikan mereka sebagai kambing hitam kita..kalau berjaya kita semua selamat tapi kalau gagal mereka yang akan mati?” Sha dah mula berang

“demi kebaikan kita..”

“dorang pyramid brape?” tanya Ayu mengubah topic sebelum Sha n Rider bergaduh..kang runtuh meeting room ni
“c”

“erm..kitaorang akan fikirkan dulu..k lah chow dulu..” sambung Ika menarik tangan Sha yang tengah marah..

“aku tak setuju..aku tak nak ada orang mati sebab kita..” kataku kasar pada Ika dan Ayu

“abiz dalam game yang ko bunuh dan cederakan orang tu kemende” kata Ayu sinis..

“itu lain…kalau kita nak menentang heck crew tu bek buat sendiri..aku tak nak ada orang lain cedera sebab kita..”

“Sha..apa-apa pun kita siasat sape Epic ni dan buat keputusan kemudian ok?” Ika mengambil jalan tengah menjernihkan keadaan….

1 under spell:

.pitak. said...

sleeping forest.
mcm penah dgr.
cte air gear kn? kn? :D
spitfire yg kacak tuh en?
hahahahaha...cte tuh best.

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review