Thursday, December 24, 2009

sleeping forest 3

Posted by Snow_Queen at 10:54 PM
   Di hari ahad yang penuh ketenangan itu bertukar menjadi havoc bila sha mendengar ekzos kereta Ayu berbunyi.
Aiseh menganggu ketenangan alam betul bila terdengar ika menjerit namanya sambil naik tangga.. kalau dia

tau memang taubat dia tak bagi kunci pendua kat dorang untuk ganggu tidur paginya itu..

“oiii bangun la.. ktorg de something nak bagitau ni” kata Ika sambil menarik selimut yang menutupi badan
Sha..

“cakap jelah.. aku dengar ni..”

“malam ni ada game weyh.. group Sid dan group dark..” kata-kata Ika menarik minatku untuk membuka mata..

“sedar diri ke tak group Sid tu.. dorang kan bawah pyramid F lagi.. Dark tu pyramid B”

“ha tu yang menarik nak tengok tu.. tak sabar aku nak tengok Group Sid tu kena belasah habis-habisan..”

“ish korang jangan pandang rendah kat Group Sid tu.. walaupun dorang masih baru dalam game ni tapi memang ada pontensi nak naik peringkat seterusnya dengan cepat..” ujar Ayu..

“so.. ko nak join tak malam ni?” kata ika

“on..tak sabar aku nak tengok game tu.. gelanggang biasa eyh”

“huhuhu kali ni tempat lain pulak.. gelanggang Fire..”

“eh bukan gelanggang tu hanya di gunakan bila de perlawanan antara Group A dan B je ke?” tanyaku pelik..

“yup..tapi kali ni president nak bagi kelainan ckit..”

“ah pape r..aku nak sambung tido balik.. korng stay sini sampai malam ke?”

“yup..Sha ktorng g men psp dulu eh”

Tiada jawapan.. Ayu hanya menganggkat bahu bila dengkuran halus Sha kedengaran..

Aku tersedar apabila mendengar Ayu dan Ika bertengkar..

Ish ape bende pulak yang di gaduhkan tu.. aku membuka pintu dengan kasar dan melihat Ika memukul Ayu dengan bantal kecik empat segi..

“woi!! men psp pun nak gaduh sampai camtu sekali ke?”

“ni ha Ayu.. dia men tipu.. bengang la aku..”

“eh bila masa pulak aku men tipu… ko yang tak focus” ujar Ayu yang tak mahu mengalah..

“dah-dah jangan gaduh kang aku pulak bantai korunk dengan Artemis..”

Ayu dan Ika hanya tersengih sebelum meneruskan kembali permainan yang tertangguh tadi..

Sebaik sahaja selesai mandi aku menuju ke ruang makan yang terletak di tingkat bawah untuk menyertai makan malam bersama Ayu dan Ika...

selesai makan diangkat pinggan ke sinki dan dibiarkan begitu sahaja..
Ayu dan Ika mengikuti aku ke sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah untuk memakai uniform masing-masing…










Ayu Uniform












Sha Uniform












Ika Uniform

  Selesai memakai uniform masing-masing mencapai senjata mereka dan bergerak ke gelanggang Fire untuk menyaksikan game pada malam itu…

Di gelanggang Fire..

   Suasana di gelanggang riuh rendah dengan spekulasi siapa yang akan menang.. masing-masing membuat taruhan yang tinggi ke atas Group Dark.. tidak kurang juga yang memihak kepada Group Sid.. muzik di buka dengan agak kuat…

“fuh ramai betul yang datang malam ni..” kataku kuat kepada Ika dan Ayu..

“biasala..”

“malam ni aku tak nak duk kat seat kita..” kataku

“asal??” Ayu dan Ika bersuara serentak..

“saje..malam ni aku nak duduk belakang je.. kalau korunk nak dok seat biasa gi jelah.. aku tak kisah..”

“xper babe.. ktorng ikot kau jelah malam ni..” Ayu menyampuk..

Setiap gelanggang mempunyai seat khas untuk group masing-masing.. jadi siapa datang dan tak datang akan di ketahui oleh King game iaitu Rider dari Group Blast
(pyramid A) yang dilantik secara rasmi sebagai president manakalan 7 org king yang lain hanya memainkan peranan mareka di belakang tabir game ni..

“mana sleeping forest?” tanya Rider kepada pembantunya Irene..

“mereka duduk di belakang harini..”

“kenapa?”

Irene hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu..

Tepat jam 8.30 malam game bermula dengan Group Dark memasuki gelanggang terlebih dahulu di ikuti oleh group sid.. group-group yang bertindak sebagai penyokong menjerit memeriahkan suasana..

“aku rasa dorang jerit sebab menyampah dengan group Dark ni.. tak habis-habis berlagak..” kata Ika

“ah bukan dorang je yang menyampah dengan aku sekali menyampah..tengok tu belum apa-apa lagi dah nak tunjuk macho la konon..” sampuk Ayu..

Tidak lama kemudian gelanggang menjadi sunyi apabila Rider menunjukkan isyarat perlawanan akan bermula.. dengan sekali tembakan maka berlakulah pertarungan antara group Sid dan Dark…

Masing-masing mengeluarkan senjata..pertarungan menjadi berat sebelah kerana group Dark menguasai

lebih banyak helah daripada group Sid.. group dark juga menyerang dengan kasar tanpa belas kasihan.. dan

untuk awal perlawanan group sid hanya mampu mempertahankan diri apabila langsung tidak mampu untuk

membuat pukulan curi ke atas mana-mana ahli kumpulan dark yang seramai 4 orang itu..

“aku rasa dark yang akan menang..” kataku kepada ika yang duduk di sebelah kananku..

“kenapa?”

“tengok.. group sid langsung tiada peluang untuk membalas setiap pukulan dari mereka.. kalau ikut nisbah

ahli kumpulan mungkin kita boleh kata sid akan menang kerana mereka mempunyai 6 ahli berbanding dark

yang hanya mempunya 4 ahli.. tetapi korang juga tahu dalam permainan ini kita perlu banyak mempelajari

tipu helah untuk mengelirukan musuh dan yang paling penting kepantasan bergerak dan berfikir untuk mencari

kelemahan pihak musuh..” kataku panjang lebar tanpa di sedari komenku itu turut di dengari oleh beberapa group yang duduk berhampiranku..

Pertarungan menjadi semakin menarik apabila salah seorang ahli group sid berjaya memukul curi ketua dark iaitu Sim..dan selanjutnya mereka berjaya membalas setiap pukulan ahli dark..

“ko xnak tarik balik komen ko?” tanya salah sorang ahli group Hint yang berada berdekatan denganku.. aku memandang dia dengan senyum sinis dan menggelengkan kepala..

“kenapa?” tanya ahli group hint lagi..

Aku hanya memuncungkan mulut menyuruh dia melihat ke arah gelanggang..

Di gelanggang kelihatan ahli group sid mula mengepung group dark.. tiba-tiba salah seorang ahli kumpulan sid terpelanting jauh dan setiap ahli group dark mula bermain dengan ganas.. mereka mengerjakan group sid habis-habisan.. dan game tamat apabila Sim menghentak kakinya ke muka Sid iaitu ketua group sid… dan mengambil badge kumpulan itu dengan bangga…

Penyokong menjerit kesukaan apabila group dark menang..ini bermakna taruhan mereka tidak sia-sia..dan mereka bakal membawa habuan yang banyak pulang ke rumah.. aku melihat Ika mula bergerak ke arah Irene yang memegang duit habuan untuk mereka yang menang..

“nape Ika tu?” soalku kepada Ayu

“amik duit la.. dia bertaruh gak tadi..”

“loh..”

Ika datang kepada kami dengan menunjukkan sejumlah wang yang agak banyak di tangannya.. “7 ribu” kata

Ika kepada kami… apabila kami baru hendak beredar suasana menjadi senyap sunyi secara tiba-tiba
menyebabkan langkah kami juga terhenti.

“kitaorg cabar sleeping forest untuk berlawan..” kata Sim…

Aku memandang Ayu, Ayu memandang Ika, Ika memandang aku yang kemudianya kami mula ketawa berdekah-dekah seolah-olah Sim membuat lawak antarabangsa.. aku mula melihat muka ahli group dark masing-masing sudah merah dan kelat..

Kami menapak turun tangga satu persatu menuju ke arah gelanggang..

“ah korang ni memang merosakkan mood la” kata Ayu kepada group dark

“ntah..sedar diri ke tidak budak-budak ni” sampuk Ika pula

Tanpa amaran group dark menyerang kami.. dengan sekelip mata gelanggang di penuhi asap apabila group dark membaling ke arah kami bom ciptaan mereka yang boleh membuatkan seseorang hilang pertimbangan..

Dari jauh Jun yang menyaksikan perlawanan itu tanpa disedari mula risaukan Sha..

Apatah lagi mereka semua tidak dapat melihat keadaan dalam gelanggang.

“hei asal muka ko macam tu?” tanya Zoey

“macam mana muka aku?”

“macam mak we ko nak mati” sampuk Vic yang sentiasa tenang tu..

“jangan cakap ko dah jatuh cinta dengan salah seorang ahli kump sleeping forest tu..” sambung Vic..

“merepek..”

“aku nasihatkan ko jauhkan diri dari dorang..” nasihat Zoey kepada Jun yang masih baru dalam game tu..

“korang tau kan aku tak percayakan perempuan selepas apa yang ex aku buat kat aku..” lirih kedengaran suara Jun..

Tiba-tiba bunyi tembakan, cahaya biru yang menyilaukan mata dan jeritan menahan kesakitan kedengaran..

penonton yang ada semakin teruja untuk mengetahui apa yang terjadi di dalam gelanggang tambahan pula

bukan senang mereka hendak lihat sleeping forest beraksi di gelanggang kerana mereka jarang terima game

tetapi penglihatan mereka masih kurang jelas walaupun asap beransur-ansur hilang.. terdengar pula bunyi pedang dan jeritan sekali lagi…

10 minit kemudian asap hilang sepenuhnya dan penonton yang melihat keadaan gelanggang semuanya terpaku dan menahan nafas.. yang muntah pun ada.. apa tidaknya

Sim ketua group dark telah hilang kepala dan ada antara antara mereka tergantung di pagar gelanggang..

Irene turun ke gelanggang untuk memeriksa keadaan ahli group dark.. “semua masih hidup tetapi cedera

parah hanya Sim yang…” Irene tidak dapat meneruskan kata-katanya.. Aku melangkah ke arah seorang ahli

group dark yang tersangkut di gelanggang dan menarik rantai yang juga merupakan badge kumpulan

mereka.. dan sorakan bergema memenuhi ruang gelanggang..

Tanpa disedari juga Jun menarik nafas lega dan tersenyum melihat sleeping forest selamat…
Kami meninggalkan gelanggang pada malam itu setelah jam menunjukkan pukul 3 pagi.. nanti susah pula nak bangun untuk ke sekolah… dan Jun hanya memerhatikan mereka pergi dengan senyuman…..

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review