Wednesday, December 23, 2009

sleeping forest 2

Posted by Snow_Queen at 12:49 AM
Ketenangan waktu pagi untuk tidur dalam kelas terganggu apabila guru kelas tingkatan 4 Sun, En Min

masuk.. dia menguap panjang… keletihan semalam kerana terpaksa balik rumah dengan berjalan kaki masih

lagi terasa.. kalau bukan kerana harini ada ujian matematik sumpah dia tak datang..


“ok kelas..sebelum ujian bermula saya ingin perkenalkan murid baru kepada kamu..” kata-kata En. Min di sambut dengan penuh teruja oleh seluruh kelas..

“ok kamu boleh masuk sekarang” arah En. Min kepada pelajar baru tersebut.. aku yang nak sambung tidur

terus segar apabila melihat wajah pelajar baru tersebut..JUN!!! jerit hatinya..entah kenapa dia berasa

gembira kerana dapat berjumpa lagi dengan lelaki tersebut..

Setelah Jun memperkenalkan diri En. Min menyuruh dia duduk di belakangku kebetulan tempat duduk dibelakang ku kosong..

Sewaktu ujian bermula memang dia tak dapat menahan mengantuk yang teramat sangat lalu dia tertidur setelah setengah jam membuat soklan math tu..

Jun yang tekun membuat ujian terkejut apabila melihat kepala Sha elok je landing atas meja secara tiba-tiba..

sewaktu dia masuk ke kelas ini dia juga terkejut kerana dapat berjumpa dengan Sha kembali.. sangkanya

pertemuan dia dan gadis itu hanya setakat malam tadi..

En. Min yang terperasan Sha tidur mengambil pemadam whiteboard dan.. “ouwww” pemadam itu tepat kena kepalanya.. En. Min berjalan ke arahnya..

“awak ni amik ujian pun boleh tidur.. ingat kalau awak gagal ujian saya, saya akan suruh awak cuci kelas selama seminggu…” bebelan En. Min dia buat endah tak endah dan terus meyambung tidurnya kembali…

Berani betul minah ni desis hati Jun..

“ok kelas paskan kertas ujian kamu ke hadapan..masa dah tamat” arah En Min.. dia yang melihat Sha masih

lagi tidur terus ke tempat gadis itu dan menepuk meja dengan kuat hingga membuatkan Sha terus segar

kerana bangun mengejut.. jantungnya berdegup laju..

En Min mengambil kertas jawapannya dengan senyum sinis.. sebaik sahaja guru kelas itu keluar kelas mula riuh rendah kembali…

Ayu hanya senyum memandang Sha yang tak habis-habis menyumpah seranah guru kelasnya itu..

“oit ko buat pe semalam sampai dalam kelas pun nak tidur?” tanya ika

“semalam aku g diner umah Ryan then aku balik jalan kaki.. penat siot..”

“yang ko jalan kaki sape suruh?”

“dh tu aku tunggu bas x datang aku pun jalan la kaki..”

Ayu dan Ika tersentak bila tiba-tiba Sha berpaling ke belakang menghadap Jun..

“bape kg tepung ko taruk kat muka sampai tak berapa nampak luka kat muka ko hehehe?” tanyaku

“banyak la ko punya kg.. aku taruk foundation jelah..”

Ayu dan Ika saling berpandangan apabila melihat Sha berbual mesra dengan Jun macam dah kenal lama..

tambah pelik lagi Sha tak pernah layan lelaki kecuali cikgu, abg n musuh mereka..oppss lupa pula dengan

Ryan pun iye juga tapi itu pun bolayan je.. ni bole masuk diari ni..

“Sha ko tak nak kenalkan dia kat ktorng ke?” sampuk Ika tersengih-sengih

“ ha ni Ika dan ni Ayu.. BFF aku..”

“what’z up..” sapa Jun kepada mereka..

“camna korunk bleh kenal ni?” sampuk Ayu

“semalam aku tolong dia belasah samseng..”

“what!! Ko gaduh ke?” Ika dah jerit 3 oktaf..

“sshhh ko ni diam-diam la ckit..dengar dek Tina mampus aku..”

Jun yang tidak mengerti arah tuju perbualan mereka hanya tersenyum.. Sha mencari kelibat Tina..fuh nasib bek minah tu takde.. dia memandang Ika tajam..

“sori la sis..tak sengaja..” ujar Ika..

“wei kalau ko de pape masalah bagitau je aku k.. kalau mampu aku tolong” kataku kepada Jun yang hanya mengangguk…

Sewaktu dalam perjalanan hendak ke pagar utama Sha nampak kelibat Ken dan Ryan.. macam nak gado je

gayanya.. Ika dan Ayu juga rasa tak sedap hati bila melihat Ken dan Ryan masing-masing macam nak telan

orang.. Jun yang tak tau pape just mengikut mereka sahaja..

Bila aku menghampiri mereka berdua mak aih bibir abang aku dah berdarah..

“oi oi..bapak ah korang gaduh tengah-tengah padang ni.. tak malu ke..?”

“ko tanya la jantan ni..” ujar Ryan acuh tak acuh..

Ewah mamat ni saje nak naikkan hot tempered abang aku pulak.. aku segera menghalang bila dilihat Ken dah genggam penumbuk..

“sapa dorang?” Jun tanya Ayu

“ooh yang rambut perang tu abang Sha”

“yang rambut itam tu pula abang tiri Sha..” sampuk Ika pula..

He? Adik beradik gaduh rupanya..

Aku pulak dah penat bila dok dengar dorang perang-perang mulut.. masing-masing tak mahu mengalah..

sebab geram sangat dengan mulut lancang Ryan tanpa di sedari dia menampar kuat lelaki itu dan menyepak

abangnya.. dua-dua terkesima..

“woi asal ko tampar abang aku ha?” ujat Tina yang tiba-tiba muncul

E’eh minah ni aku sepak lekat kat tiang gol kang.. aku dah la penat n mengantuk

“kalo ko rase tak nak melekat kat tiang gol tu bek ko berambus..” tengking ku menyebabkan muka Tina berubah..

Tina tau Sha betul-betul tengah tempered jadi dia mendiamkan diri dan bersembunyi di belakang abangnya..

“please.. aku penat.. jangan gaduh boleh tak..Ryan ko tu dah r ketua pelajar n pelajar contoh..tak malu ke gaduh dengan abang aku yang selalu buat crime ni..”

Hehehe dalam nak marah-marah sempat dia kutuk abang dia..

“ha yang tu Tina adik tiri Sha..” ujar Ika walaupun Jun tak tanya..

“tapi dia kan sebaya kita?” tanya Jun

“a’ah tapi sebab dia muda beberapa bulan dari Sha kira adik la tu..” sampuk Ayu pula

Setelah aku melihat Ken, Ryan dan Tina bersurai aku meneruskan langkah untuk pulang ke rumah tanpa

memandang sekeliling.. dia lupa langsung pada kawan-kawannya tu.. yang terbayang adalah katil empuk di

rumah sudah menyeru-nyeru namanya…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review