Wednesday, December 23, 2009

sleeping forest 1

Posted by Snow_Queen at 12:46 AM
Aku mendengar mp3 sementara menunggu bas. Ayu n Ika dah lama balik.. dorang de pelawa nak

tumpangkan aku tapi aku menolak..naik kenderaan awam lagi best..Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta

berhenti Mercedes berhenti tepat di hadapan aku. Erm macam kenal je kereta ni desis hatiku.. pintu kereta di

buka dan Ryan keluar menuju ke arah dia.. budak-budak yang menunggu bas turut sama berpaling apabila

Ryan keluar.. kedengaran mereka saling berbisik di sekeliling dia..


“balik rumah harini..” nada suara Ryan tegas memberi arahan..ceh mentang-mentang dia ketua pelajar suka-suki nak bagi arahan kat aku..

“nape lak?”

“mama dan papa balik harini..”

“so….??”

Ryan memandang tajam ke arah Sha…

“kalau ko tak de nanti mesti mama banyak tanya..jadi untuk mengelak kejadian seperti itu baik kau ada kat rumah sebelum dorang sampai..balik sebelum makan malam..”

“herm tengok mood la..pergi la balik..muka adik ko tu aku tengok macam ayam berak kapur je tengok ko dok bercakap dengan aku..” dan Ryan berlalu pergi…

Tepat sejam sebelum makan malam aku dah terpacak depan rumah mewah pak cik a.k.a suami baru mama.. aku memang tak boleh panggil lelaki itu papa..boleh tergeliat lidah nak menyebut..

Aku masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke arah ruang tamu.. tanpa mempedulikan Tina yang sedang menonton tv dan Ryan yang sedang membaca aku terus duduk..




















“ko ni xderk baju yang elok-elok sikit ke?” Ryan menegur dia

“ko sakit ke aku pakai macam ni?” sinis aku menjawab. Apa yang tak eloknye bukan aku pakai baju yang seksi-seksi..

“memang aku sakit.. sakit mata memandang.. apa kehalnya baju n kasut ko corak skull tu? Belt siap da tengkorak binatang lagi..Cuba pakai macam Tina baru manis sikit..”

Tina tersenyum sinis memandang aku.. suka la tu..aku memandang Tina yang memakai blouse bercorak bunga dan skirt panjang.. rimas aku tengok..

“ala abang biar je dia.. dia ni kan nak jadi ala-ala lelaki.. padan la lelaki takut dengan dia ni..” ujar Tina yang ingin menyakitkan hatiku..

“eh! Suka hati aku la nak pakai macam mana.. baik ko diam sebelum ko melekat kat dinding tak turun-turun..” ujarku yang dah panas hati.. memang tepat keputusan aku keluar rumah.. memang boleh runtuh rumah ni dalam sekelip mata jika kami bertiga tinggal bersama..

“Trisha apa cakap macam tu dekat adik..” ujar mama yang entah bila muncul bersama pak cik..

Adik la sangat.. muda berapa bulan je pon.. boleh blah..

“mama..papa..” Tina memeluk mereka dengan manja.. aku hanya memerhatikan mereka anak beranak berpelukan.. baru je mama nak pergi ke arahku Tina menarik mama ke meja makan.. suasana di meja makan agak riuh dengan gelagat Tina dan soalan-soalan yang ditanya oleh mama dan pak cik..

“Sha sekolah macam mana?..” tanya mama kepadaku.. baru je aku nak menjawab Tina dah menyibuk menjawab bagi pihakku..

“dia buat hal lagi mama..macam biasa la..”

“betul ke Sha?” mama dah memandang tajam ke arahku

“eh mama tau tak abang dah di lantik jadi ketua pelajar..” sengaja Tina nak menarik perhatian mama.. dan mereka berborak tanpa mempedulikan aku.. sungguh aku rasa terasing.. aku rindukan mama.. aku nak peluk mama tapi aku rasa orang di hadapan aku sekarang bukan mamaku yang dulu.. air mata dah nak keluar..

“Sha dah pindah keluar..” kata-kataku menyebabkan sudu di tangan mama terjatuh.. suasana yang tadinya riuh rendah kini sunyi.. terdengar batuk kecil pak cik sebelum dia bersuara “kenapa pindah? Rumah ni tak cukup bagus ke? Atau Ryan dan Tina da buat apa-apa kat kamu?”

Aku ingin menjerit bahawa tempat aku bukan di sini tapi mereka takkan faham

“bukan macam tu.. memang Sha nak try duduk sendiri..nak berdikari..”

“Don’t be childish.. mama tak kira..pindah masuk rumah ni balik..” nada tegas..

“You choose sama ada Sha duduk sendiri atau lari duduk rumah papa..” nada mengugut

Puan Fiona tersentak mendengar kata-kata anaknya.. dia merasakan sudah tidak mengenali anak perempuanya sendiri..

“kamu pindah ke mana?” Puan Fiona mula berlembut dengan anaknya..

“Villa Impian..”

“ok nanti mama hantar pengawal peribadi dan orang gaji ke rumah itu..”

“No need..Really..Sha just nak berseorangan..”

“tapi..” belum sempat Puan Fiona bersuara Tuan Adam bersuara.. “kalau Sha nak apa-apa cakap je kat papa ye..”

“terima kasih.. Sha balik dulu” aku bangun, dan cium pipi mama sebelum keluar dari rumah itu..

Setengah jam dia menunggu bas tapi jangan kata bayang bunyi ekzos bas pun dia tak dengar.. menyesal dia

tak drive sendiri tadi.. dilihat jam tangan jenama Elle Studio di tanganya menunjukkan pukul 8 malam.. ish

seram la pulak.. kebetulan hanya dia seorang yang menunggu di situ.. argh jalan kaki jelah bukan jauh sangat

pun.. sewaktu aku melalui sebuah taman permainan aku melihat seorang lelaki di belasah oleh sekumpulan

lelaki..ewah-ewah sesedap ayam goreng betul dorang pukul laki tu.. mentang-mentang dorang bersenjata

tanpa membuang masa dia campak bag pack berwarna hitam yang selalu di bawa kemana-mana di atas

tanah setelah mengambil Artemis iaitu sebatang besi pendek yang boleh di panjangkan serta mempunyai

kuasa elektrik berkepala kapak dan menghampiri kumpulan lelaki yang tengah ketawa berdekah-dekah

melihat mangsanya tidak berdaya..

“alop bro..seronok nampak..” aku tersenyum sinis

Kumpulan lelaki tadi berpaling ke arah dia.. “bro lauk segar malam ni” kenyataan salah seorang dari

kumpulan itu disambut dengan gelak ketawa yang lain.. mereka menghampiri dia.. aku memanjangkan

Artemis dengan hanya menekan butang yang terdapat di tepi itu..

“ah pompuan ni aku sorang je uruskan..korang semua ke tepi” kata seorang lelaki berbadan gempal..

Tanpa membuang masa lelaki itu mula menyerang dia dari pelbagai arah.. lelaki itu tumbuk dia mengelak ke

tepi.. lelaki tu tendang dia melompat tinggi dan hujung Artemisnya tepat di tujukan ke kepala lelaki itu.. akibat

hentakan yang kuat lelaki itu jatuh jatuh pengsan dan kepalanya berdarah..

“kalau korang semua tak nak di cincang jadi daging halus baik berambus sekarang!!”

Kumpulan lelaki tadi pantas melarikan diri setelah merasakan gadis di hadapan mereka bukan sebarangan orang..

Jun hanya mampu melihat sahaja sewaktu gadis yang entah datang dari mana-mana itu menolongnya.. dia

tidak boleh bangun kerana kesan senak akibat ditendang bertalu-talu masih lagi terasa..

Aku menghampiri lelaki yang kena belasah tadi..

“ko ok tak? Boleh bangun?” tanyaku risau..

Jun hanya menggelengkan kepala..

“meh aku papah ko..” kataku sambil cuba bangunkan lelaki tersebut dan membawa dia ke bangku berhampiran..

Jun melihat gadis tadi berlari-lari anak mendapatkan bag packnya..

Aku membersihkan luka di muka lelaki itu..berkerut muka lelaki itu menahan kesakitan..

Aku menanyakan namanya setelah selesai menyapu ubat di mukanya..

“J..Ju..Jun” payah sekali lelaki tu nak menyebut namanya..

“aiseh ko ni gagap ke Jun?”

Jun memberi jelingan maut kepadaku..

“jangan marah gurau je..hehehe..nama aku Trisha..panggil Sha je..”

“kau selalu bawak se..senjata ke?”

“ha’ah..tapi bila aku keluar waktu malam jelah..”

“kenapa?” Jun buat muka pelik

“sebab aku ada banyak musuh”

“yelah tu..”

Aku hanya ketawa..

“okies aku nak balik dulu.. dah lewat ni.. ko larat tak nak jalan? Ke ko nak aku hantar ko balik rumah ko?”

Aish pompuan ni.. “xpe aku bo..boleh balik sendiri..”

Aku berlalu pergi setelah Jun mula melangkah untuk balik.. tiba-tiba..

“Trisha…trimas se..sebab selamatkan aku” jerit Jun kepadaku..

Aku hanya melambaikan tangan tanpa berpaling ke arah Jun….

3 under spell:

Nira Karmila said...

love this story...
so cool! >.<

Snow_Queen said...

@nira karmila: thanks dear..<3

nfarhana said...

like de story.. tp sometime pening
dgan penggunaan aku and dia yg
merujuk pada sha.. keep it up ^-^

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review