Wednesday, December 23, 2009

Prologue sleeping forest

Posted by Snow_Queen at 12:40 AM
    Kisah ini terjadi apabila aku, Ayu dan Ika pergi bercuti ke rumah atuk Han iaitu atuk Ika sewaktu kami

berusia 13 tahun.. sewaktu berada di situ tanpa di sengajakan kami masuk ke sebuah stor lama dan tertarik

melihat 3 senjata yang terapung di dalam balang..

Sebaik sahaja kami mendekati balang tersebut ketiga-tiga senjata tersebut sudah berada dalam tangan kami..

atuk Han yang kebetulan melihat kejadian itu tersenyum lega kerana akhirnya dia menjumpai pewaris untuk

ketiga-tiga senjata yang dipanggil Artemis, Skull dan Silence kill..






















Atuk Han menceritakan bahawa keluarga Ika terlibat dengan Game iaitu sejenis permainan yang membuat

apa sahaja untuk menjatuhkan pihak lawan.. dan kini kami mesti meneruskan permainan untuk terus hidup

dan membebaskan keluarga Ika dari permainan itu.. tahap permainan bagi setiap group di kategorikan

kepada 6 piramid iaitu A-F dan group F adalah untuk mereka yang baru terlibat dengan game ini.. seperti

kami.. setiap pihak lawan mempunyai badge yang tersendiri dan apabila sesuatu group itu kalah mereka mesti

menyerahkan badge mereka kepada pemenang.. tujuannya adalah untuk melayakkan mereka memasuki final

game untuk melawan group-group yang terus survive..ganjaran untuk pemenang final game adalah mereka

layak meminta apa sahaja dan permintaan mereka akan di tunaikan.. setiap kumpulan juga mempunyai

uniform tersendiri untuk menunjukkan identity sesebuah Group dan kami diwajibkan memakai uniform

tersebut apabila menghadiri perlawanan ataupun meeting sesebuah game..apabila aku bertanya kenapa kami

yang terpilih tapi bukan adik beradik ayah Ika, atuk Han menyatakan ketiga-tiga senjata itu tidak bercahaya

apabila di pegang anak-anaknya sampailah kami datang kemari maknanya senjata-senjata itu sudah menemui

tuannya.. bermula dari hari itu kami berlatih pelbagai helah, seni mempertahankan diri, dan mempersiapkan

diri dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi game….dan dari situlah tertubuh Group Sleeping Forest da

legend… dan ini adalah badge kami hasil rekaan Ayu









Game di ketuai oleh 8 King iaitu Rider, black burn, sleeping forest, spitfire, thunder king, light G-force, black
wolf clan n da dragon untuk mengelakkan pemberontakan ataupun sebarang bahaya yang boleh menjejaskan
permainan ini..
game boleh disertai oleh orang perseorangan ataupun berkumpulan.

Hari ini…

“tahniah..abang kau terpilih jadi ketua pelajar tahun ni..” kata ayu.

“pembetulan..abang tiri aku ye..dan aku rasa kau patut ucap tahniah pada adik dia yang duduk hujung kelas

tu..” kataku menunjuk ke arah Tina yang di kelilingi oleh kawan-kawanya tu..

Sememangnya aku tidak suka kedua-dua beradik itu.. si abangnya seorang yang pentingkan imej dan si

adiknya pula seorang yang suka mencari publisiti..pendek kata dorang tu popular la.. aku bukan dengki

dorang popular tetapi semuanya di sebabkan oleh mamaku.. setelah becerai dengan papa, mama telah

berkahwin dengan seorang ahli perniagaan duda yang mempunyai dua orang anak (Ryan n Tina) yang kini menjadi adik beradik tiriku secara rasmi.. aku di bawa bersama setelah mama berkahwin lain dan abangku pula tinggal

bersama papa.. abangku juga satu sekolah denganku dan kebetulanya sekelas dengan Ryan, abang tiriku…

oleh kerana mama dan suami barunya menetap di luar negara secara diam-diam aku telah berpindah masuk

ke sebuah villa yang terletak tidak jauh dari kawasan sekolah tetapi kawasanya agak sunyi dan aku tinggal

sendirian..tidak rela aku tinggal serumah dengan kedua beradik tu.. adakalanya Ayu atau Ika kawan baikku

akan bermalam di villa itu apabila kedua ibu bapa mereka tiada..

“pengumuman..kepada TriSha, Ayumi dan Erika sila ke bilik guru sekarang.. guru disiplin ingin berjumpa

anda bertiga terima kasih..”

Ek? Apa masalah pak cik harimau tu pulak nak jumpa ktorng.. aku memandang Ayu dan dia hanya

menggangkat bahu.. bila kami hendak melangkah keluar berdesing telinga aku bila mendengar bisikan dari

kumpulan Tina yang menyatakan kami buat kes lagi.. kalau ikut hati mau aku bagi penampar sampai tercabut jantung…

Di hadapan pejabat guru aku terserempak dengan Ryan.. dia hanya menjeling kepadaku..apabila berselisih

“cuba la sehari jangan malukan abang boleh x?”

Dan aku hanya menjeling..abang? uwek mau loya tekakku mendengar..

“kamu tau kenapa kamu di panggil ke sini?” tanya guru disiplin

“tak tau” jawapan Ika menyebabkan dia disiku oleh Ayu..

“adakah kamu yang merosakkan kereta guru besar?”

“tak..”jawab kami serentak

“betul?”

Ish pak cik harimau ni dah cakap tak, tak la yang dia nak paksa-pakse ni pehal?

“Hello sis..What’s up?” sapa abangku Ken secara tiba-tiba..

“kau watpe kat sini?”

“kena panggil dgn pak cik harimau ni la..”

Wah abangku yang sorang itu memang lagi berani panggil pak cik harimau ni depan-depan..aku pun tak

berani macam dia.. ku lihat muka pak cik tu dah merah menahan marah..

“mereka tak buat..saya yang buat..saya yang rosakkan kereta pak cik perut buncit a.k.a guru besar tu” kata
abangku bangga..

“Ken kamu ni biadap betul..baiklah sebagai hukuman kamu di denda lari padang sebanyak seratus pusingan sekarang.. dan kamu bertiga boleh balik ke kelas sekarang” arah cikgu disiplin.

Bila kami beredar abangku hanya membuat tanda peace kepadaku dan berlalu pergi..

Apabila semakin menghampiri kelas hujan gerimis mula turun.. dan

“U guys balik la kelas dulu..”

“ko nak pergi mane tu?” kata Ika

“aaa..buat senaman dalam hujan huhuhu..”

Ika hanya melihat kawan baiknya itu berlari pantas meninggalkan mereka.. dia memandang Ayu yang hanya

mampu menggelengkan kepala..

Huh mau kempis perut aku kalau tiap-tiap hari kena lari…desis Ken

“macam kura-kura larinya..huhuhu” Ken terpana melihat adiknya berlari jauh di hadapan..ek minah ni.. tiba-
tiba sengal nak join aku ni pehal..

“kenapa kau datang?” kata Ken setelah berjaya menyaingi adiknya..huh laju juga minah ni lari…

“mane aci ko sorang dapat men hujan..aku pun nak main gak..”

Sengal budak ni..ditolak kepala adiknya..
“oii..apa men kepala ni..” disepak kaki abangnya itu.. dan bermula la adengan kejar mengejar antara dua beradik tu…

Keriuhan di padang menarik minat Tina untuk melihat ke luar.. dilihat Sha dan abangnya bermain kejar-

kejar.. di sudut hatinya terselit rasa cemburu kerana dia dan abangnya Ryan tak pernah mesra

begitu..abangnya hanya minat untuk menjadi pelajar cemerlang.. oleh itu, setiap hari abangnya di isi dengan

membaca, pergi tuisyen dan sebagainya tambahan pula ini tahun akhir abangnya sebagai pelajar tingkatan 5

di sekolah itu.. yang paling membosankan bila nak makan pun di bawa buku bersama..

Di satu kelas yang lain pula Ryan hanya melihat kemesraan dua beradik yang seronok bermain di padang itu..

dia sedar yang dia tak pernah bermesra begitu dengan adiknya Tina.. dan tiba-tiba dia berasa aneh apabila

melihat Sha ketawa riang sewaktu berkejaran dengan abangnya itu…

2 under spell:

ilyia azira said...

tringatkan aq kpd air gear ~ <3

Snow_Queen said...

@ilyia: mmg cter ni snow buat inspired by air gear tp xsmua sme la..cme certain part =)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review